Lelaki Power Memasak Lebih Seksi

Share

Memasak memang cukup sinonim sebagai tugas hakiki seorang perempuan. Malah ada yang merasakan seorang perempuan memang wajib untuk pandai memasak sebelum mendirikan rumahtangga. Malah, perempuan pandai memasak juga menjadi satu kriteria penting untuk dijadikan calon isteri. Lelaki pula akan menyerahkan seratus peratus tugasan memasak ini pada perempuan atau isteri. Memang jarang lelaki akan masuk ke dapur.

Namun tahukan ada lelaki yang pandai memasak sebenarnya terlihat lebih seksi berbanding mereka yang tidak. Lelaki seksi bukan hanya dilihat pada postur tubuh yang sasa. Jika lelaki itu menunjukkan kesabarannya saat menghiris makanan dalam bentuk dadu, ia boleh menandakan bahawa dia merupakan jenis lelaki yang mampu untuk membahagiakan pasangannya terutamnya apabila berada di ranjang,” kata seorang pakar hubungan.

Beruntung atau bertuah jika isteri mendapat suami yang mempunyai hobi memasak dan pandai memasak. Oleh itu lelaki seperti ini memang harus di jaga dengan baik. Lelaki seperti ini juga disifatkan sebagai seorang lelaki edisi terhad dan menjadi rebutan ramai wanita. Malah, lelaki seperti ini juga memiliki ego yang rendah dan mudah untuk bertolak ansur. Walaupun begitu, isteri juga sepatutnya tidak mengambil kesempatan dengan suami yang pandai memasak dan mula mengabaikan tugas memasak dan menyerahkan tugas memasak seratus peratus pada suami

FRANCO NORIEGA 

Published by
Kim Rahim