Memasak memang cukup sinonim sebagai tugas hakiki seorang perempuan. Malah ada yang merasakan seorang perempuan memang wajib untuk pandai memasak sebelum mendirikan rumahtangga. Malah, perempuan pandai memasak juga menjadi satu kriteria penting untuk dijadikan calon isteri. Lelaki pula akan menyerahkan seratus peratus tugasan memasak ini pada perempuan atau isteri. Memang jarang lelaki akan masuk ke dapur.
Namun tahukan ada lelaki yang pandai memasak sebenarnya terlihat lebih seksi berbanding mereka yang tidak. Lelaki seksi bukan hanya dilihat pada postur tubuh yang sasa. Jika lelaki itu menunjukkan kesabarannya saat menghiris makanan dalam bentuk dadu, ia boleh menandakan bahawa dia merupakan jenis lelaki yang mampu untuk membahagiakan pasangannya terutamnya apabila berada di ranjang,” kata seorang pakar hubungan.
Ads
Beruntung atau bertuah jika isteri mendapat suami yang mempunyai hobi memasak dan pandai memasak. Oleh itu lelaki seperti ini memang harus di jaga dengan baik. Lelaki seperti ini juga disifatkan sebagai seorang lelaki edisi terhad dan menjadi rebutan ramai wanita. Malah, lelaki seperti ini juga memiliki ego yang rendah dan mudah untuk bertolak ansur. Walaupun begitu, isteri juga sepatutnya tidak mengambil kesempatan dengan suami yang pandai memasak dan mula mengabaikan tugas memasak dan menyerahkan tugas memasak seratus peratus pada suami
Ads
FRANCO NORIEGA
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki dan perempuan adalah dua individu dan spesis yang berbeza dari sudut personaliti dan juga kehendak.
Lelaki selalunya akan berfikir betapa susahnya mereka untuk memahami perangai wanita dan begitu juga sebaliknya bagi wanita. Banyak bahan bacaan dan jurnal dari internet telah menjelaskan mengenai perkara ini namun tiada satu pun yang benar-benar dapat membantu kita untuk memahami isi hati mereka yang sebenar.
Anda perlukan beberapa perkara yang dapat membahagiakan hidup anda. Di sini disenaraikan ada beberapa perkara di mana lelaki tidak boleh hidup dengan senang tanpa kehadirannya.
Gajet
Lelaki sering dikaitkan dengan kegilaan dengan barangan gajet kerana bagi seorang lelaki, pengetahuan dan kepekaan terhadap gajet merupakan suatu kemestian. Teknologi dan lelaki memang sukar untuk dipisahkan. Tanyalah pada sesiapa sahaja tentu anda akan mendapat jawapan yang sama. Tak kira samada ia merupakan komputer riba, telefon pintar mahupun iPad, lelaki sememangnya tidak boleh hidup tanpa gajet tersebut. Bermain game di komputer sudah merupakan kemestian bagi setiap lelaki. Jika ia adalah hobi asas seorang lelaki bagaimana pula untuk hidup tanpanya walaupun sesaat.
Kereta/Motor
Peminat gajet juga kadangkala mempunyai kegilaan yang kritikal terhadap motosikal dan kereta berkuasa tinggi. Pantang ada keluaran terbaru maka lelak toidak akan berlengah-lengah untuk bertukar kepada jenis yang terbaru. Malah mereka juga gemar untuk berlumba-lumba dengan rakan mereka untuk menunjukkan kereta/motosikal siapa yang lebih hebat. Jika diperhatikan, kaum lelaki sememangnya sangat peka bila ia adalah mengenai berita automotif terkini tentang keluaran kenderaan terbaru.
Ruang Dan Sempadan
Ramai lelaki yang beranggapan jika kekasih mereka terlalu bergantung padanya boleh menyebabkan si dia berasa rimas. Setiap lelaki memerlukan ruang persendirian di dalam hidup mereka.
Terlalu banyak gangguan boleh sedikit sebanyak menguji kesabaran mereka. Lelaki lebih gemar untuk hidup berdasarkan kehendak mereka sendiri. Jika anda langsung tidak memberi sedikit ruang untuk si dia berfikir atau melakukan sesuatu tanpa gangguan ini boleh mengakibatkan si dia meninggalkan anda.
Aktiviti Sukan
Kaum lelaki dan sukan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Bagi kaum lelaki, aktiviti sukan terutama sekali yang lasak itu suah sebati sebagai identiti mereka.
Lelaki bukan sahaja melakukan aktiviti sukan hanya untuk kesihatan tubuh badan malah ia merupakan salah satu cara untuk mereka mengendalikan tekanan kerja dan menguruskan konflik dalaman dengan cara yang lebih produktif.
Seks
Sekarang anda sudah faham mengapa kaum lelaki normal sering dikaitkan dengan gatal dan kaki perempuan. Ini adalah dalam kepala seorang lelaki, mereka akan kerap berfikirkan tentang perempuan dan seks.
Mengikut kajian, lelaki boleh hidup tanpa makanan dan keperluan lain namun adalah amat sukar untuk mereka hidup tanpa memikirkan mengenai seks walaupun seminit.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kepada penggemar setia Sushi, pasti anda tahu bagaimana untuk menikmati hidangan Sushi kan? Namun ada beberapa fakta menarik yang mungkin anda terlepas pandang akan makanan yang berasal dari Negara Jepun ini.
Sihat dah Berkhasiat
Tahukah anda bahawa Sushi mempunyai Kalori yang rendah? Ia bukan sahaja enak, dan berwarna-warni, malah boleh dikatakan sebagai makanan yang paling sihat dan berkhasiat. Sushi mengandungi pelbagai mineral dan serat; ikan mentah pula mengandungi DHA dan EPA yang tinggi dan baik untuk otak!
Aneka Pilihan
Sushi menawarkan rasa dan tekstur yang kaya kerana ia terdiri daripada pelbagai makanan laut. Kombinasi makanan laut tidak terhad dan boleh digandingkan mengikut imaginasi dan kreativiti chef sushi.
Kurangkan Kepedasan Wasabi
Kebanyakan orang suka menikmati sushi dengan sedikit wasabi. Apabila kepedasan wasabi melampau sehingga lidah terasa panas, tutup mulut dan bernafas melalui hidung untuk meredakan rasa pedas yang dialami. Sekiranya anda membuka mulut, kepedasan akan kekal dirasai dalam mulut sahaja. Cubalah!
Halia Merah
Tahukah anda halia merah boleh membangkitkan deria rasa kita apabila menikmati sushi?
Halia merah boleh membersihkan tunas rasa untuk mencegah rasa ikan yang berlainan daripada mengganggu sensitiviti lidah agar kita betul-betul dapat menikmati kepelbagaian dan keenakan sushi!
Mencelup Sushi Dalam Kicap?
a. Kepit sushi dan hanya celup nasi dalam kicap agar tidak menutup rasa ikan yang segar.
b. Kepit sushi, terbalikkannya untuk mencelup bahagian ikan dengan sedikit kicap bagi menyerlahkan rasanya.
Menarik tak Fakta ni? lepas ni kalau Girlfriend ajak dating makan Sushi, anda dah ada knowledge pasal SUSHI!
*Sumber dari Empire Sushi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1. Konfiden Paling Utama
Wanita memang akan sentiasa tertarik dengan lelaki yang yakin pada dirinya sendiri. Untuk ‘gilap’ karekter bad boy, anda tak perlu fikirkan sangat apa yang orang lain kata selagi anda tidak berbuat salah. Kalau anda rasa nak approach seseorang wanita, approach saja dengan yakin. Lelaki dalam kategori bad boy dikatakan selalu cepat bertindak dan agresif.
2.Knowledgeable Tetapi Jangan Terlalu Menonjol
Berbual dengan gaya bersahaja dan jangan gelojoh! Baru borak sepatah dua kata dah request nombor telefon. Memang ‘mintak’ penampar kalau buat begitu. Ketika berbual, cari topik-topik ringan macam hobi, melancong atau makanan dan elakkan topik seperti politik atau pelajaran. Kalau berkongsi pengalaman, jangan asyik bercerita seolah-olah anda seorang saja yang hebat. Wanita memang pantang lelaki begini. Ayat yang power boleh earn respect semula jadi daripada wanita. Ingat, Anda tak boleh suruh orang respect anda. Instead, you have to earn the respect!
3. Jadi Wira Untuk Si Dia
Bad boy sejati adalah lelaki yang menjadi penyelamat tidak kira masa dan siapa. Takkan bila dah declare couple baru nak tunjukkan yang anda sanggup membantunya di kala susah dan senang? Sikap ‘memerlukan’ ini anda patut tanam dalam diri sedari awal lagi. Kalau wanita cerita masalah, dengar dan beri cadangan. Kalau dia dalam kesusahan, bantu dia. Bukannya asyik bercerita tentang masalah anda sahaja!
4. Jiwang bertempat
Bad Boy selalu memiliki satu atau dua ‘kemahiran’ seperti bermain muzik. Kalau anda tak tahu muzik atau kelebihan lain, gunakan teknik ‘jiwang’ seperti memberinya hadiah yang tidak disangka-sangka dengan kata-kata hebat yang memberi inspirasi dalam hidup wanita. Cukup-cukuplah dengan kata-kata “you complete me” dan sebagainya yang sudah basi. Sekali-sekala, buat suprise masa jumpa dia. Contohnya, keluarkan telefon dengan frontam menghala ke kamu berdua dan katakan “I have to show you the prettiest girl I’ve ever seen,” kemudian tekan klik dan tunjukkan padanya!
5. Lawak Semula Jadi
Nam pun bad boy, jadi anda mesti tahu berlawak. Tidak kisahlah cerita betul atau cerita dongeng. Selitkan unsur lawak dalam perbualan. Cuma kena pastikan jangan banyak buat alwak lucah kerana wanita sekarang memang pantang dengar benda-benda macam itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki kuat melatah selalunya seorang yang kelakar. Pernah tak korang jumpa seseorang yang kuat melatah? Baru je kita buat bunyi pelik sikit, terus dia terlompat sambil menyebut benda-benda yang kadang-kadang langsung tak masuk akal.