Suatu ketika dahulu terutamanya semasa berada di bangku sekolah, kita membayangkan usia pertengahan umur ini agak tua. Tapi hakikatnya ia tidaklah seteruk itu pun. Malah lelaki pertengahan umur sedang mengecap zaman paling terbaik dalam hidupnya. Kini jadi jejaka kegilaan ramai!
Pada zaman sekarang semakin ramai lelaki yang masih membujang hingga usia lewat 30-an dan 40-an. Dan rata-ratanya pandai menjaga penampilan diri dan tidak nampak seperti usia sebenar.
Jadi tidak hairanlah mengapa semakin ramai wanita tertarik dengan lelaki pertengahan umur. Jadi apa yang menyebabkan jejaka pertengahan umur ada daya penarik ini?
LEBIH MATANG
Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki yang penyabar dan rasional membuat sesuatu keputusan. Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.
LEBIH SUKSES
Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan kerana faktor material. Lelaki yang berusia ini jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin masa hadapan serta stabil kewangannya.
PENGALAMAN LUAS
Ini mungkin untuk lelaki yang bergelar duda. Ramai wanita berpendapat lelaki seperti ini mempunyai ‘pengalaman’ yang sangat luas. Jadi kalau nak bercakap tentang kebolehan tu memang tak dapat dipertikaikan lagi. Tambahan pula kini sudah wujud pelbagai ubat yang bantu merangsang libido lelaki berusia.
MELUASKAN SUDUT PERSPEKTIF
Oleh kerana perempuan muda yang berkahwin dengan lelaki berusia sering dikaitkan dengan menjadi punca keruntuhan rumah tangga, kaki kikis dan sebagainya, perkara itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara anda menilai sesuatu perkara.
Selain itu, oleh kerana suami anda capai usia pertengahannya dahulu, anda secara tidak langsung akan lebih banyak bersabar dan lebih memahami bagaimana untuk menjalani kehidupan bersama-sama orang berusia.
MENGHARGAI HARI-HARI YANG MENDATANG
Bersama dengan lelaki berusia akan membuat anda lebih menghargai setiap waktu yang dijalani bersama-sama. Bukan sahaja anda lebih mencintainya kerana mengetahui dia tidak akan ada bersama anda selamanya, anda juga akan jadi lebih penyabar kerana melihat sendiri betapa singkatnya kehidupan ini sebenarnya.
Jangan lupa untuk tonton dan subscribe video-video menarik dari YouTube MASKULIN seperti di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=DIPoDgpdup0
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI