Lelaki Perlu Elak Berlatih Bersendirian Di Gimnasium, Agar Tidak Diganggu ‘Kunyit’

Share

 

 

Permakanan seimbang dengan diet harian yang betul menjadi kunci asas kepada kesihatan dan tubuh badan yang tegap dan berotot. Jika hanya bergantung pada senaman berat tanpa menjaga rapi soal apa yang dihadam, pastinya usaha mendapatkan tubuh idaman hanya sekadar angan. Bagi Aril, prinsip ‘we are what we eat’ dipegang teguh diselangi usaha dan motivasi tinggi. Dengan Maskulin, Aril berkongsi rahsianya.

 

Lelaki Maskulin di mata anda? Tegap, sihat dan bergaya.

Motivasi. Pertama sekali pastinya untuk faktor kesihatan,  untuk kelihatan segak dan meningkatkan keyakinan diri.

Inspirasi. Micheal Romero Jr

Sasaran 5 tahun akan datang. Untuk sasaran akan datang, pastinya saya ingin menjadi seorang ikondalam bidang badan cantik dan berterusan memiliki badan yang cantik sebagai sumber inspirasi kepada mereka. Selain itu, saya juga ingin mengadakan seminar dan kelas sendiri bagi membimbing mereka untuk kelihatan lebih maskulin dan berkeyakinan.

Bahagian yang tubuh ingin ditambah baik. Sejujurnya bahagian belakang (back) saya kelihatn agak kecil. Saya perlu melakuan senaman belakang dengan lebih kerap lagi.

Membina badan semestinya memerlukan kos yang tinggi. Silap percaturan dalam soal bajet, pastinya mengundang bahaya dari segi kewangan harian. Tip yang boleh diberikan untuk mereka dalam soal ini? Cara paling bijak untuk mengawal keluar masuk bajet harian untuk fitness adalah dengan cara memasak sendiri makanan berkhasiat. Ini kerana makanan bersih (clean food) di luar adalah mahal berlipat kali ganda dari kos sebenar jika kite memasaknya sendiri. Berkaitan suplemen pula, saya syorkan kepada mereka yang baru menceburi bidang bina badan ini ialah cukup dgn susu protien dan amino acid-BCAA sahaja. Selebihnya bergantung pada misi individu utk sendiri.

Gim sentiasa menjadi hub lelaki-lelaki homoseksual. Pernah atau tidak anda melalui pengalaman dikacau mahupun diganggu lelaki jenis ini?

Pernah juga sekali dua tetapi kita perlu bijak ‘handle’ lelaki-lelaki jenis ini. Jika boleh, pastikan anda tidak bersendirian semasa bersenam di gim. Jika anda dikacau juga, tolak cara halus dan bijak. Jangan sesekali melayan kerenah mereka. Jika tidak makin melarat jadinya. Jangan pula bagi muka!

Persaingan dalam pertandingan bina badan adakalanya cukup meruncing, apatah lagi kini pertandingan seumpama dianjurkan setiap bulan. Jika wanita kebiasaanya akan timbul perasaan cemburu dan dengki, bagaimana pula dengan kaum lelaki? Pandangan anda.  Persaingan dengan rakan-rakan di atas pentas adalah sangat sengit kerana masing-masing sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Sejujurnya saya tidak pernah berasa cemburu dengan rakan yang  bertanding, malahan saya berasa kagum dengan mereka kerana apa yang kita lihat dari badan seseorang itu adalah hasil disiplin diet  dan kerja keras mereka. Jadi kenapa perlu cemburu malahan kami berkongsi ilmu bina badan bersama.

 

Rutin bina badan 

Senaman di gim (Isnin hingga sabtu)

Ahad (Rehat)

Jadual senaman:

-ISNIN (Senaman dada (Chest)

-SELASA (Senaman belakang badan (Back)

-RABU (Senaman bahu (shoulder) / traps)

Senaman perut (Abs) ISNIN, RABU,KHAMIS, JUMAAT

Tip permakanan: Tips untuk membina badan yang utama ialah dengan cara menjaga permakanan iaitu pastikan makanan tiada minyak dan kurang gula. Minum hanya air masak sahaja. Ini kerana jika kita tidak menjaga makan, usaha kita utk melihat definasi otot terlalu tipis.  Prinsip saya “We are what we eat”.

 

PROFIL-

Nama penuh: Sharil bin Shariff

Nama komersial: Arill

Kerjaya: Ahli Perniagaan

Tarikh lahir: 03 Jun1985

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Pencapaian dalam mana-mana pertandingan.

1- Top 5 Alim Buddin Classic 2014

Published by
Kim Rahim