Permakanan seimbang dengan diet harian yang betul menjadi kunci asas kepada kesihatan dan tubuh badan yang tegap dan berotot. Jika hanya bergantung pada senaman berat tanpa menjaga rapi soal apa yang dihadam, pastinya usaha mendapatkan tubuh idaman hanya sekadar angan. Bagi Aril, prinsip ‘we are what we eat’ dipegang teguh diselangi usaha dan motivasi tinggi. Dengan Maskulin, Aril berkongsi rahsianya.
Lelaki Maskulin di mata anda? Tegap, sihat dan bergaya.
Motivasi. Pertama sekali pastinya untuk faktor kesihatan, untuk kelihatan segak dan meningkatkan keyakinan diri.
Inspirasi. Micheal Romero Jr
Sasaran 5 tahun akan datang. Untuk sasaran akan datang, pastinya saya ingin menjadi seorang ikondalam bidang badan cantik dan berterusan memiliki badan yang cantik sebagai sumber inspirasi kepada mereka. Selain itu, saya juga ingin mengadakan seminar dan kelas sendiri bagi membimbing mereka untuk kelihatan lebih maskulin dan berkeyakinan.
Bahagian yang tubuh ingin ditambah baik. Sejujurnya bahagian belakang (back) saya kelihatn agak kecil. Saya perlu melakuan senaman belakang dengan lebih kerap lagi.
Membina badan semestinya memerlukan kos yang tinggi. Silap percaturan dalam soal bajet, pastinya mengundang bahaya dari segi kewangan harian. Tip yang boleh diberikan untuk mereka dalam soal ini? Cara paling bijak untuk mengawal keluar masuk bajet harian untuk fitness adalah dengan cara memasak sendiri makanan berkhasiat. Ini kerana makanan bersih (clean food) di luar adalah mahal berlipat kali ganda dari kos sebenar jika kite memasaknya sendiri. Berkaitan suplemen pula, saya syorkan kepada mereka yang baru menceburi bidang bina badan ini ialah cukup dgn susu protien dan amino acid-BCAA sahaja. Selebihnya bergantung pada misi individu utk sendiri.
Ads
Gim sentiasa menjadi hub lelaki-lelaki homoseksual. Pernah atau tidak anda melalui pengalaman dikacau mahupun diganggu lelaki jenis ini? Pernah juga sekali dua tetapi kita perlu bijak ‘handle’ lelaki-lelaki jenis ini. Jika boleh, pastikan anda tidak bersendirian semasa bersenam di gim. Jika anda dikacau juga, tolak cara halus dan bijak. Jangan sesekali melayan kerenah mereka. Jika tidak makin melarat jadinya. Jangan pula bagi muka!
Persaingan dalam pertandingan bina badan adakalanya cukup meruncing, apatah lagi kini pertandingan seumpama dianjurkan setiap bulan. Jika wanita kebiasaanya akan timbul perasaan cemburu dan dengki, bagaimana pula dengan kaum lelaki? Pandangan anda. Persaingan dengan rakan-rakan di atas pentas adalah sangat sengit kerana masing-masing sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Sejujurnya saya tidak pernah berasa cemburu dengan rakan yang bertanding, malahan saya berasa kagum dengan mereka kerana apa yang kita lihat dari badan seseorang itu adalah hasil disiplin diet dan kerja keras mereka. Jadi kenapa perlu cemburu malahan kami berkongsi ilmu bina badan bersama.
Rutin bina badan
Senaman di gim (Isnin hingga sabtu)
Ads
Ahad (Rehat)
Jadual senaman:
-ISNIN (Senaman dada (Chest)
-SELASA (Senaman belakang badan (Back)
-RABU (Senaman bahu (shoulder) / traps)
Senaman perut (Abs) ISNIN, RABU,KHAMIS, JUMAAT
Ads
Tip permakanan: Tips untuk membina badan yang utama ialah dengan cara menjaga permakanan iaitu pastikan makanan tiada minyak dan kurang gula. Minum hanya air masak sahaja. Ini kerana jika kita tidak menjaga makan, usaha kita utk melihat definasi otot terlalu tipis. Prinsip saya “We are what we eat”.
PROFIL-
Nama penuh: Sharil bin Shariff
Nama komersial: Arill
Kerjaya: Ahli Perniagaan
Tarikh lahir: 03 Jun1985
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Pencapaian dalam mana-mana pertandingan.
1- Top 5 Alim Buddin Classic 2014
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Isu pertambahan berat badan bukan sekadar berpunca daripada tabiat makan malam, sebaliknya amalan diet tidak seimbang seperti makan secara berlebihan, makanan berlemak, berminyak dan tinggi kalori diiringi gaya hidup tidak sihat. Makan malam adalah pelengkap nutrien yang tidak mencukupi pada siang hari seperti pengambilan sayuran, buahan dan tenusu.
Perlu diingatkan satu daripada faktor penyumbang berat badan berlebihan adalah pengambilan makanan melebihi keperluan.
Faktor makan malam dikaitkan dengan masalah kegemukan termasuk:
1. Makan malam beramai-ramai terutama keluarga akan mempengaruhi saiz hidangan dan seseorang makan lebih banyak berbanding makan sendirian.
2. Sikap melangkau waktu makan pada siang hari menyebabkan kelaparan tidak terkawal sekali gus membuatkan seseorang makan berlebihan ketika malam.
3. Tindakan menjadikan makan malam sebagai satu cara melepaskan tekanan turut mendorong masalah obesiti.
4. Kecenderungan mengambil makanan tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek ketika menonton televisyen waktu malam turut dikaitkan dengan masalah kegemukan.
Panduan makan malam yang sihat:
1. Utamakan makanan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
2. Hadkan pengambilan makanan bergoreng, berlemak dan berminyak.
3. Ketahui saiz hidangan makan malam seharusnya membekalkan anda 400 hingga 500 kalori.
4. Waktu makan malam paling sesuai 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya berasa lapar dan tidur lewat, pilih buahan, roti, biskut atau susu suam sebagai snek.
5. Tidak digalakkan ambil makanan lewat malam.
6. Elak makan malam sambil menonton televisyen.
7. Elakkan teh atau kopi selepas makan malam kerana ia boleh mengakibatkan gangguan tidur.
8. Jika menghadiri jamuan makan malam, makan secara sederhana dengan saiz hidangan kecil, pilihan makanan sihat, utamakan buah-buahan dan air kosong.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam membentuk belakang badan yang cantik berkepak, kestabilan seluruh otot badan sebenarnya sedikit sebanyak bergantung pada otot bahagian belakang badan. Kukuhkan ia supaya dapat menyokong otot-otot anggota badan yang lain dengan lebih sempurna.
STEP 1 : Front Chin Up
Mula bergayut pada batang bar sambil kaki dalam posisi bengkokan 45 darjah.
Seperti biasa , tarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa sesi.
Semasa mengangkat bebanan, harus menghembus nafas dan sebaliknya.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua dan menurun kepada 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 2 : Bent Over-Row
Bongkok 45 darjah, muka memandang hadapan, kedua tangan sedia menggenggam.
Kemudian tarik nafas dan angkat bebanan sehingga ke paras pusat, posisi kaki masih dalam kondisi 45 darjah. Hembus nafas ketika menurunkan bebanan.
Lakukan di hadapan cermin. Pastikan posisi kaki kekal sepanjang sesi.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 3 : Seated Row
Sebelum menarik kabel, pastikan kedudukan kaki dan pinggang anda selesa.
Tarik kabel sehingga badan melentik sedikit ke belakang ; ketika ini hembus nafas.
Lepas kabel sehingga badan membongkok sedikit ke hadapan ; ketika ini tarik nafas.
Rasakan kontraksi otot bahagian belakang sepanjang sesi.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 4 : Lat Pulldown (Front)
Selesakan kedudukan, lentikkan badan terlebih dahulu sambil muka memandang atas.
Pegang batang di tahap paling maksimum atau paling hujung.
Kepakkan belakang badan.
Sama seperti sesi terdahulu, hembus nafas ketika menarik bebanan dan tarik nafas ketika melepaskan bebanan. Rasakan kontraksi di setiap tarikan kabel.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan. Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera.
Perkongsian Ibrisam Wossali di facebooknya yang melakukan sendiri skrub limau purut di rumah boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Hanya ambil daun limau purut dibelakang rumah sahaja. Katanya lagi, dia dan keluarganya sering mencuba malah dah lama cuba petua skrub limau purut ni.
“Saya ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah untuk mendapatkan buah limau purut. Skrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut,” begitu katanya.
Cara Membuatnya:
Basuh bersih limau purut.
Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)
Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.
Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.
Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi.
Kelebihan Daun Limau Purut
Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik. Antara kelebihan daun limau purut adalah:
1. Hilang Bau Busuk
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.
2. Pewangi Semulajadi
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.
3. Putihkan Gigi
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.
4. Wangikan Badan
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.
5. Tambah Selera Makan
Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.
sumber: petuaibu
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.