5 Sebab kenapa anda perlu berhenti merokok sebelum berkahwin.
Jika anda boleh menanggung susah payah sakit seorang tidak apa. Namun, jika anda rasa tidak mampu menanggungnya seorang, cuba berhenti merokok. Ini bukan setakat menanggung sakit secara fizikal dan mental sahaja tau. Fikir nanti siapa yang perlu bawa anda ke hospital, teman anda di hospital, menunggu berjam-jam sementara anda mendapatkan rawatan, tidak tidur lena memikirkan masalah kesihatan anda, duit lagi, pendapatan keluarga terjejas kerana masalah kesihatan dan banyak lagi.
1.Duit
Dalam keadaan ekonomi yang sedikit mendesak dan tidak stabil ini, ada baiknya anda kurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu. Contohnya, rokok. Ada yang cakap belanja untuk rokok ini lain sedikit sebab sudah ketagih dan jadi tabiat yang susah hendak ubah. Tapi cuba anda fikir, (RM17 x 30 = RM510) Banyak tu. Tambah sikit sudah boleh bayar ansuran bulanan kereta.
Ads
2.Kesihatan anda
Sekarang efeknya tidak terasa sangat. Tetapi jika mahu ditunggu sehingga anda sudah berusia baru mahu menyesal, memang melaratlah nanti. Sekarang merokok mungkin boleh menjadi jalan mudah untuk anda melepaskan tekanan, tetapi ‘jalan mudah’ inilah yang akan menyebabkan anda tertekan di kemudian hari disebabkan masalah kesihatan. Cuba lepak dengan pak cik-pak cik yang selalu berulang-alik ke hospital disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada tabiat merokok mereka. Anda akan tahu betapa payahnya hidup jika dibelenggu penyakit, lebih-lebih lagi jika anda bukan pesara kerajaan.
3. Kesihatan pasangan anda
Ads
Tahukah anda, perokok kedua atau perokok pasif terdedah kepada bahaya asap rokok 3 kali ganda berbanding perokok aktif/pertama? Tahukah anda, kajian oleh WHO mendapati wanita yang bersuamikan perokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk mendapat barah paru-paru? Cuba anda fikir, ini tidak termasuk zaman bercinta lagi, bila anda selalu merokok ketika ‘dating’ sambil duduk berhampiran dengan pasangan anda. Kalau dulu memanglah rasa macam romantik, tapi tidak terlintaskah yang perkara ini perlahan-lahan meragut kesihatan insan yang anda sayangi? Bolehkah anda hidup tanpa pasangan anda?
4. Bau
Bau rokok tidak wangi. Anda tahu, semua orang pun tahu bukan? Bukan bau baju anda sahaja yang berbau, badan, rambut, semua pun berbau. Penat sahaja anda mandi wangi-wangi.
Ads
5. Kehamilan
Akan tiba satu masa anda akan perlu berhenti merokok apabila pasangan anda mengandung. Okay, mungkin anda akan cakap yang anda boleh sahaja merokok di tempat berasingan daripada pasangan anda. Namun, tahukah anda, kesan rokok pada baju/rambut/badan anda pun masih merbahaya kepada individu yang terdedah kepadanya? Jika anda adalah wanita dan merancang untuk hamil pula, ini adalah alasan terbaik untuk anda berhenti merokok. Utamakan kesihatan anda dan bayi.
Sumber : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rezeki setiap individu berbeza. Orang kata kalau nak lebih murah rezeki, kita perlu sentiasa memberi pada orang lain. Memberi pada mereka yang memerlukan ini ada banyak kelebihannya.
Setiap wang yang kita miliki bukanlah sepenuhnya milik kita. Bila kita faham konsep ini, hati akan menjadi lebih redha untuk memberi. Sekiranya anda mahu rezeki bertambah, cuba lakukan 8 perkara ini. Nampak ringkas tapi ia sebenarnya mampu memberi impak yang besar.
1. Sediakan makanan kucing
Cat eats from a plate canned food
Tak susah pun kan? Cuma sedikan satu bekas makanan dan semangkuk air di luar rumah anda. Ia khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah anda. Itu rezeki untuk dia.
2. Asingkan gaji
Setiap kali anda mendapat gaji, asingkan sedikit untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Tidak perlu bersusah payah mencari orang jauh. Beri sahaja pada adik-adik atau anak buah yang masih belajar. Tetapi ingat, beri ikut kemampuan anda.
3. Duit kecil
Sentiasa sediakan duit kecil di dalam poket untuk disedekahkan.
4. Majlis keramaian
Sekiranya anda mngunjungi majlis keramaian, anda boleh memberi sedekah air mineral kepada tetamu selain daripada memberi wang pada tuan rumah. Paling baik dilakukan ketika berlakunya kematian kerana kadangkala tuan rumah tidak menyediakan makanan dan minuman.
5. Amalkan sikap ‘keep the change’
Okay ini bukan berlagak atau niat menunjuk-nunjuk ya. Setiap kali anda membeli makanan dari peniaga kecil, tidak perlu ambil bakinya. Niat sahaja untuk bersedekah. Buat orang lain gembira pun ada pahalanya.
6. Kotak kecil
Letakkan sebuah kotak kecil di dalam bilik tidur. Setiap kali anda melakukan dosa atau melakukan perkara yang tidak baik, masukkan wang kecil di dalamnya. Genap satu bulan, sedekahkan wang ini ke mana sahaja yang anda mahukan.
7. Beli Al-Quran
Jika anda mempunyai wang lebih, belilah Al-Quran atau sejadah untuk disedekahkan kepada mana-mana masjid atau surau. Sekiranya ada yang membaca dan menggunakannya, anda turut mendapat tempiasnya.
8. Amalkan membaca Al-Fatihah
Sebaiknya, amalkan membaca surah Al-Fatihah setiap pagi dan sedekahkan pada kedua-dua ibu bapa anda tidak kira masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
Pada 23 November lalu, jenama jam mewah terkenal Rado meraikan pembukaan butik baharunya di Pavilion Kuala Lumpur dengan kehadiran dutanya Ji Chang-wook, seorang bintang dari Korea Selatan.
Kehadirannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Rado Adrian Bosshard disambut dengan ratusan peminat yang turut serta ingin mengambil kesempatan merakamkan gambar dan video bintang Korea itu dihadapan mata mereka.
Acara bermula pada jam 3 petang apabila Chang-wook dan Adrian memasuki pusat membeli belah tersebut di atas hamparan karpet merah menuju ke bahagian Centre Court.
Di situ, Adrian memperkenalkan jam tangan Rado DiaStar Original berwarna kuning pertama dengan bezel Ceramos™ yang inovatif jenama itu.
Adrian kemudian mempersembahkan jamitu kepada Chang-wook, sekaligus menjadikannya pemilik rasmi pertama DiaStar Original sejak dilancarkan pada 1972.
Selepas itu, kedua-dua mereka menuju ke butik Rado untuk acara memotong reben. Mereka turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Membeli-Belah Pavilion Dato’ Joyce Yap, Pengarah Kanan Runcit dan Pajakan Lovell Ho, Naib Presiden Pemasaran Rado Rico Steiner, serta Pengurus Jenama Rado untuk Malaysia Penny Chong.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wangian anda akan mendahului anda sebelum anda memasuki sesebuah tempat dan akan berlegar apabila anda telah meninggalkan tempat tersebut.
Oleh itu jangan sebarangan mengambil wangian yang ada di atas almari anda namun sebaliknya cari wangian yang benar-benar menonjolkan personaliti anda yang sebenar.
Anda boleh memulakan dengan lima pilihan yang dicadangkan seperti di bawah.
1. Untuk Mereka Yang Berfikiran Kreatif
Gabungan cili hijau dan vetiver dapat membantu anda untuk kelihatan lebih rileks dan tenang. Manakala bauan daripada teh hijau Cina pula boleh membangkitkan imaginasi dan juga menjana inspirasi.
2. Untuk Mereka Yang Menggilai Golf.
Tiada wangian yang boleh membawa anda dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. Pengunaan jenis wangian yang berasal daripada bauan yang didapati dari sitrus dan rumput boleh memberikan kesegaran pada tubuh dan penampilan anda.
3. Untuk Lelaki Lasak
Bersesuaian dengan imej lasak yang kerap dibawa oleh lelaki, bau-bauan yang dihasilkan dari kulit binatang dan kopi yang dipanggang dapat menonjolkan imej “rugged” seseorang.
Manakala bau-bauan yang berasaskan halia pula memberikan tanggapan bahawa anda jenis yang pembersih.
4. Untuk CEO Yang Berjaya
Gabungan bersesuaian yang terhasil daripada ketiga-tiga bahan iaitu limau mandarin, lemon dan daun mint memberikan bayangan suatu arah baru yang segar.
Dengan ini betapa teruk pun idea yang anda keluarkan tetap akan dianggap sebagai berinovasi.
5. Untuk Lelaki Bujang
Anda tentu ingin memulakan sebuah perkenalan dengan memberikan tanggapan pertama yang benar-benar menyebabkan orang ramai ingin tahu lebih lanjut mengenai anda.
Sedikit bauan mawar dapat memberikan suatu kelainan sambil menyembunyikan sisi lembut seseorang lelaki dengan berkesan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.