Jika ditanya kepada wnaita tentang lelaki idaman pasti ramai yang mengatakan mereka inginkan lelaki pandai masak sebagai pasangan pilihan.

Tapi ramai lelaki tidak sedar sebenarnya bukan hanya faktor masakan yang enak sahaja yang menyebabkan mereka memilih lelaki pandai masak. Ada banyak sebab yang lain lagi. Biasalah lelaki kadangkala agak ‘blur’ dan tidak dapat memahami apa yang bermain di fikiran dan hati wanita.

Pada zaman sekarang sudah semakin ramai lelaki yang mempunyai skil memasak hebat. Bahkan tidak keterlaluan MASKULIN katakan ada yang skilnya lebih hebat berbanding pasangan mereka.

Tapi pernahkah anda tertanya mengapa ramai wanita memilih dan suka kepada lelaki pandai masak?

Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah untuk merungkai apakah sebenarnya rahsia mengapa mereka jadi pilihan wanita.

Ads

MENUNJUKKAN PETANDA STABIL

Seorang lelaki yang pandai memasak membawa jadi diri kestabilan. Dalam memasak banyak perkara yang perlu dititik beratkan dan diberikan tumpuan seperti aturan memasak, penyediaan bahan dan memastikan kaedah memasak dengan betul. Ia memerlukan ketelitian dan kestabilan yang tinggi.

Lelaki Pandai Masak Disukai Wanita Bukan Kerana Masakannya Semata

LEBIH SETIA

Lelaki yang mempunyai skil memasak juga dianggap sebagai seorang mampu mempertahankan kesetiaan mereka. Bayangkan dalam keadaan memasak makanan yang enak mereka mampu menahan nafsu untuk makan di situ juga.

Ads

Paling penting lelaki ini lebih bahagia melihat pasangannya menikmati makanan yang dimasak lebih dari segala. Bukankah itu sangat romantik sekali!BACA: Nak Berat Cepat Turun, Makan Telur Dengan 12 Cara Masak Ini!

ROMANTIS DAN INTIM

Jika anda suka masuk ke dapur sahaja sekali pun itu sebenarnya sudah cukup mamadai. Di sinilah ruang untuk anda dan pasangan menambahkan keintiman hubungan. Tatkala tangan sedang menghiris bahan, memotong sayur atau menyiang ikan, luangkan masa untuk berbual perihal hati masing-masing. Wanita memang suka lelaki yang lebih terbuka dengan apa jua topik perbualan.

Ads

Lelaki Pandai Masak Disukai Wanita Bukan Kerana Masakannya Semata

PENGALAMAN BARU

Lumrah seorang wanita mereka selalu ingin mencuba sesuatu yang baru. Sebagai lelaki yang pandai memasak anda boleh memberi kejutan istimewa dengan menu-menu baru yang belum pernah dirasainya. Pengalaman baru seperti ini amat berharga bagi seorang wanita.

SUKA LIHAT ANDA DI DAPUR

Percaya atau tidak, wanita cukup senang apabila melihat pasangan mereka sibuk menyiapkan makanan di dapur. Ia memberikan gambaran bahawa mereka dijaga oleh pasangan dengan memberikan hidangan makanan. Lumrah wanita mereka memang akan ada perasaan ingin dilindungi, disayangi dan diambil berat.

Jangan lupa untuk follow IG Maskulin!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI