Penularan wabak Covid-19 yang kini berlarutam selama beberapa bulan telah menyaksikan kesan serta impak yang cukuo besar terhadap ekonomi global.
Di negara kita sendiri sudah banyak syarikat-syarikat terutamanya berskala sederhana dan kecil sudah gulung tikar. Manakala yang masih bertahan pula terpaksa melakukan penstrukturan semula bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.
Pemberhentian atau pemberian cuti tanpa gaji sudah jadi satu perkara normal yang didegari telinga kita setiap hari. Malah menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kadar kehilangan kerja di Malaysia meningkat sebanyak 42 peratus untuk suku pertama tahun ini.
Menerusi sebuah laporan bertajuk ‘Employment Outlook, the 1st Quarter of 2020, Volume 4/2020, The Impact of COVID-19 on Loss of Employment (LOE)’, SIP memaklumkan pandemik itu telah menjejaskan banyak perniagaan sehingga mengalami penurunan permintaan sebanyak 37 peratus atau tidak dapat beroperasi seperti biasa (42 peratus).
Malah lebih merisauka pihak mereka juga menjangkakan trend ini akan meningkat kepada 50 peratus hingga ke 200 peratus tahun ke tahun bagu setiap suku berikutnya pada 2020. Manakala kada pengangguran pula dijangka mencecah 4 peratus berbading 3.2 peratus semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan 3.7 peratus ketika kegawatan ekonomi 2018.
Golongan yang paling mudah terdedah dengan isu ini ialah belia lelaki. Data menunjukkan 61 peratus kehilangan pekerjaan adalah dalam kalangan pekerja berusia 40 tahun dan ke bawah, dengan 31 hingga 40 tahun menyumbang 32 peratus manakala pekerja di bawah 30 tahun sebanyak 29 peratus.
Pekerja lelaki mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untk diberhentika kerja berbanding wanita dengan kadar 60 peratus. Laporan itu juga mengatakan; daripada 7.5 juta kakitangan aktif berdaftar dengan Perkeso pada 2019, 1.458 juta bekerja dalam sektor berkaitan pelancongan manakala 1.457 juta bekerja dalam bidang pembuatan.
Lima negeri mencatatkan kadar kehilangan kerja paling tinggi iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.
Sumber: Astro Awani