Sedia maklum lelaki jarang melakukan pemeriksaan kesihatan. Hanya akan melakukan pemeriksaan kesihatan apabila ingin masuk kerja atau untuk tujuan tertentu. Apakah pemeriksaan yang akan diterima lelaki apabila mereka ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ini? Berbanding dengan wanita , lelaki lebih kurang prihatin untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan. Kita tahu wanita melakukan pemeriksaan mammogram dan pap smear untuk mencegah kanser payu dara serta kanser pangkal serviks. Berikut adalah cadangan pemeriksaan kesihatan untuk lelaki :
Lelaki berumur sehingga 20 tahun
1- Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
2-Pemeriksaan mata setiap 2 tahun atau setiap tahun jika mempunyai masalah penglihatan
3-Tekanan darah diperiksa setiap 2 tahun setengah.
4-Pemeriksaan penuh darah untuk buah pinggang , fungsi hati , darah , kencing manis , kolesterol , pemeriksaan urin ,
Ads
Lelaki berumur 20-50 tahun
1-Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan atau yang di syorkan oleh doktor gigi
2-Pemeriksaan mata setiap 2 tahun atau tahunan jika mempunyai masalah mata
3-Pemeriksaan fizikal setiap 3 tahun atau yang dicadangkan oleh doktor merawat.
4-Pemeriksaan darah tinggi setiap 2 tahun setengah atau setiap tahun jika anda mempunyai faktor risiko darah tinggi
Ads
5-Pemeriksaan kolesterol setiap 3 tahun
6-Pemeriksaan kolon dan rectal selepas berumur 40 tahun
7-Pemeriksaan prostat selepas berumur 45 tahun
8- Pemeriksaan penuh darah .
Ads
Lelaki berumur 50 tahun ke atas
1-Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
2-Pemeriksaan darah tinggi setiap tahun
3-Pemeriksaan kolesterol setiap 3 tahun jika normal atau atas nasihat doktor merawat
4-Pemeriksaan penuh darah
5-Pemerisaan kolon dan prostat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
DISEBABKAN IANYA JAUH LEBIH MURAH, CEPAT DAN MUDAH UNTUK DISEDIAKAN BERBANDING MASAKAN YANG LAIN. BAHKAN SESETENGAH RAKYAT MALAYSIA MENJADIKAN MEE SEGERA SEBAGAI MENU WAJIB HARIAN UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN MEREKA KE TAHAP IDEAL. TETAPI RAMAI YANG TIDAK MENGETAHUI KESAN BURUK MEE SEGERA TERHADAP TUBUH BADAN MEREKA PADA JANGKA MASA PANJANG. JANGAN AMBIL MUDAH WALAUPUN UNTUK DISEDIAKAN SEWAKTU BULAN BERSAHUR
SODIUM
Kesemua makanan yang diawet termasuk mee segera mempunyai kandungan sodium yang tinggi. Pengambilan sodium yang melebihi daripada keperluan seharian akan menyebabkan masalah gemuk air. Lebih teruk, pengambilan sodium yang tinggi juga akan menyebabkan mereka menghidap sakit jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.
BERAT BADAN BERLEBIHAN (OVERWEIGHT)
Umum mengetahui bahawa untuk mengurangkan berat badan, seseorang haruslah meminum air yang secukupnya. Mee segera yang juga mempunyai lemak tepu (saturated fat) yang tinggi akan menyebabkan seseorang mengalami kekurangan air dalam badan mereka dan ini akan menjadi penyumbang yang besar kepada masalah berat berlebihan.
METABOLISMA
Sesetengah orang masih gagal mengurangkan berat badan biarpun mereka telah mengurangkan pengambilan kalori seharian dan mengamalkan senaman secara kerap. Antara penyebabnya adalah mereka mempunyai tahap metobalisma yang rendah. Disebabkan bahan perasa dan pengawetan di dalam pemprosessan mee segera, pengambilan mee segera yang berlebihan akan mengurangkan tahap metabolisma seseorang dan untuk mengurangkan berat badan, seseorang haruslah mempunyai metabolisma yang tinggi.
PENGHADAMAN
Penghadaman amat penting dalam pengurangan berat badan. Kebanyakan pakar akan menasihatkan seseorang supaya memakan makanan yang “ringan” di waktu malam untuk mempercepatkan proses penghadaman seperti biskut dan buah-buahan. Pengambilan mee segera secara kerap akan menyebabkan ketidakhadaman dan akan mengganggu usaha mereka dalam mencapai berat badan yang diidamkan.
KANSER
Pewarna makanan dan lilin adalah salah satu daripada bahan-bahan yang berhubung kait dengan kanser telah ditemui dalam mee segera. Lilin yang digunakan dalam pembuatan mee segera juga dikenali sebagai “Propylene glycol”. Ianya digunakan untuk memastikan mee tidak melekat antara satu sama lain. Penggunaan bahan tersebut dalam pembuatan mee segera menyebabkan kanser dan melemahkan sistem imunisasi seseorang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila berhadapan dengan masalah berat badan ni macam-macam ragam kan? Kami faham jika anda menghadapi kesukaran untuk bersenam kerana ia merupakan perkara yang sagat sukar untuk dilakukan kerana kekangan masa. Jadi apa kata kalau anda meluangkan masa sedikit untuk melakukan beberapa aktiviti mudah ini untuk mengurangkan 2 inci dalam masa dua minggu. Bunyi memang sikit, tapi lama-lama jadi bukit!
Selamat tinggal kepada gula
Ini merupakan perkara pertama yang harus anda lakukan. Bye bye kepada gula. Ia merupakan faktor utama anda akan cenderung kepada berat badan berlebihan. Benar gula penting untuk badan anda, namun melalui makanan anda pun sudah ada gulanya yang tersendiri. Sama juga kepada buah-buahan.
Mula hari anda di waktu pagi
Walaupun hujung minggu, apa kata jika anda bangun awal. Jika anda mengimpikan bentuk badan yang cantik dan menarik dan kekal segar sepanjang hari, boleh lah anda lakukan perkara ini. Mendapat tidur yang cukup dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme andai. Sekiranya anda keluar dari rumah lebih awal, anda akan mendapat rangsangan metabolik tambahan, penyelidik di Northwestern University telah mendapati bahawa orang yang terdedah kepada hanya satu tempoh pendek cahaya matahari pada awal pagi mempunyai BMI yang lebih rendah daripada rakan-rakan mereka yang bangun lewat.
Tolak tepi sos
Sedap kan makan salad dengan sos. Namun, sos mempunyai campuran bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan. Jadi daripada anda makan sos tu, apa kata anda makan raw saja. Tak sedap? Benda sihat mana ada sedap. Tapi itulah terbaik untuk badan. Kata nak kurus kan?
Snek dengan kacang-kacangan
Benar kacang merupakan lemak, namun ia merupakan lemak yang sihat bergantung kepada pengambilannya. Jangan pula anda makan sebalang. Kacang yang berlemak ini membantu anda untuk melawan dan merangsang metabolisme anda ketika badan anda dahaga benda manis. Jadi, cuba makan kacang bila anda sedang lapar. Ia juga membantu anda untuk melengahkan rasa lapar.
Berus gigi lepas makan
Memberus gigi anda sepanjang hari juga dapat membantu anda mengurangkan lemak perut dengan cepat. Satu kajian yang dijalankan menunjukkan lebih daripada 14,000 peserta mendapati bahawa berus gigi selepas makan dikaitkan dengan berat badan yang lebih rendah. Rasa ubat gigi ini bukan sahaja bertentangan dengan semua makanan, memberus gigi juga boleh mencetuskan tindak balas mematikan selera anda untuk terus makan.
Wanita berotot dan sasa persis lelaki sudah semestinya menjadi perhatian ramai. Bentuk tubuh, cara berjalan dan cara percakapan, malah mungkin segala-galanya mengenai tingkah laku mereka mahu diintai orang biasa seperti kita.
Tetapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, dia terbiasa dengan teguran mahupun pandangan orang ramai mengenai tubuh tegapnya itu.
“Nampak sahaja begini, sebenarnya saya pemalu, tidak biasa dengan populariti. Saya canggung berdepan kamera kerana saya bukan selebriti, saya juga banyak baju-baju feminin cuma saya gemar untuk bersenam dan menjaga kesihatan. Namun semua itu semakin mudah, malah bersemangat menjaga kecergasan,” jelasnya.
Kata Nana, tubuh tegapnya itu menuntut komitmen, gigih dan paling utama tiada jalan pintas.
Ini kerana kebanyakan masanya dihabiskan bersenam di gimnasium dengan senaman, latihan angkat berat yang agak mustahil untuk dilakukan orang biasa, tetapi rutin wajib jurulatih kecergasan, atlet atau ahli bina badan.
Anak jati Kuala Lumpur ini, berkata semuanya bermula kira-kira lima tahun lalu kerana rutin tetap ke gimnasium hanyalah mahu menaikkan berat badan yang ketika itu terlalu kurus, sekali gus menjadi titik tolak sebagai peralihan kerjaya.
PENTINGKAN KESEMPURNAAN
Bagi Nana kesihatan anugerah yang tidak boleh dijual beli dan mahu mengekalkan bentuk badan sekarang dan sihat.
“Saya mahu badan berbentuk hourglass atau jam pasir seperti Kim Kardashian tetapi sebenarnya agak mustahil bentuk tulang dan hormon kita berbeza.
“Bentuk badan jam pasir ini adalah simetri, bahu dan punggung selari, pinggang ramping. Menuntut bentuk badan begitu, ia memerlukan kita untuk bersenam enam kali seminggu, malah ada kalanya hingga tiga jam sehari,” katanya.
Kisah Penuh Dapatkan MASKULIN MEi 2018 Di Pasaran
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.