Angin dalam perut yang dihidapi kebanyakan individu berpunca daripada dua sumber utama iaitu:
* Udara yang ditelan iaitu apabila seseorang dalam keadaan tertekan atau stress akan lebih kerap menelan udara tanpa disedari.
* Proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar pada makanan yang tidak dihadam. Gas dihasilkan terutamanya dari seperti karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya methane.\
AEROFAGIA (menelan udara)
Aerofagia atau menelan udara merupakan punca utama bagi masalah angin berada dalam perut.
Semasa makan dan minum, setiap individu pasti menelan sedikit udara.
Selain itu tabiat makan atau minum dengan cepat, mengunyah gula-gula getah, merokok dan gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan seseorang menelan lebih banyak udara.
Bagaimanapun kebanyakan individu mengeluarkan udara yang terdapat dalam perut ini melalui sendawa (burping) dan belching. Sebahagian besar daripada udara yang ditelan mengandungi oksigen, nitrogen dan karbon dioksida.
Sebahagian gas yang ditelan ini bergerak ke usus kecil dan sebahagiannya akan diserap, manakala setengahnya pula bergerak ke usus besar dan dikeluarkan melalui rektum sebagai kentut.
GEJALA
Walaupun hanya sebahagian individu yang mengalami masalah ini, penyakit angin gejala gas yang kerap dialami ialah dalam bentuk:
1. Sendawa
2. Kentut
3. Kembung perut atau abdomen
4. Sakit abdomen (perut)
SENDAWA
Apabila perut penuh dengan makanan, gas akan dikeluarkan melalui sendawa yang kadangkala berlaku semasa atau selepas makan.
Bagaimanapun mereka yang kerap sendawa biasanya banyak menelan udara dan mengeluarkannya sebelum ia sempat masuk ke dalam perut.
Kebanyakan individu yang sendawa biasanya mengalami masalah saluran gastrousus bahagian atas seperti ulser peptik, penyakit esofagitis dan gastritis.
Dua sindrom kronik yang jarang berlaku, tetapi berkaitan dengan sendawa kronik ialah :
* Sindrom meganblas
Keadaan ini menyebabkan gejala sendawa yang kronik kerana terlalu banyak menelan udara. Ini kerana tabiat makan yang banyak menyebabkan terhasilnya gelembung udara.
Kesannya seseorang akan berasa kembung dan rasa penuh pada perut serta sukar untuk ber-nafas.
* Sindrom kembung angin
Keadaan ini boleh berlaku selepas pembedahan penyakit esofagitis refluks.
Pembedahan yang dilaku menyebabkan injap sehala berlaku di antara perut dan esofagus.
Ini menyebabkan angin memasuki perut, tetapi menghalang sendawa yang normal dan rasa ingin muntah.
KENTUT
Gejala yang paling kerap berlaku ialah pengeluaran angin yang terlalu banyak melalui dubur.
Pengeluaran angin yang terlalu banyak ini disebabkan karbohidrat tidak dapat diserap atau aktiviti bakteria di kolon.
Bagaimanapun pengeluaran angin melalui dubur berlaku antara 14 hingga 23 kali sehari masih dianggap normal.
RAWATAN
* Menukar jenis pemakanan
* Makan ubat
* Kurangkan menelan udara
MAKANAN YANG MENGHASILKAN ANGIN
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.
* Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.
* Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.
* Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
* Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.
* Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.
Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.
* Seserat (fiber) yang mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus. Ia terdapat dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan.
Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan. Manakala seserat tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin.