Angin dalam perut yang dihidapi kebanyakan individu berpunca daripada dua sumber utama iaitu:
* Udara yang ditelan iaitu apabila seseorang dalam keadaan tertekan atau stress akan lebih kerap menelan udara tanpa disedari.
* Proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar pada makanan yang tidak dihadam. Gas dihasilkan terutamanya dari seperti karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya methane.\
AEROFAGIA (menelan udara)
Aerofagia atau menelan udara merupakan punca utama bagi masalah angin berada dalam perut.
Semasa makan dan minum, setiap individu pasti menelan sedikit udara.
Selain itu tabiat makan atau minum dengan cepat, mengunyah gula-gula getah, merokok dan gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan seseorang menelan lebih banyak udara.
Bagaimanapun kebanyakan individu mengeluarkan udara yang terdapat dalam perut ini melalui sendawa (burping) dan belching. Sebahagian besar daripada udara yang ditelan mengandungi oksigen, nitrogen dan karbon dioksida.
Sebahagian gas yang ditelan ini bergerak ke usus kecil dan sebahagiannya akan diserap, manakala setengahnya pula bergerak ke usus besar dan dikeluarkan melalui rektum sebagai kentut.
GEJALA
Walaupun hanya sebahagian individu yang mengalami masalah ini, penyakit angin gejala gas yang kerap dialami ialah dalam bentuk:
1. Sendawa
2. Kentut
3. Kembung perut atau abdomen
4. Sakit abdomen (perut)
Ads
SENDAWA
Apabila perut penuh dengan makanan, gas akan dikeluarkan melalui sendawa yang kadangkala berlaku semasa atau selepas makan.
Bagaimanapun mereka yang kerap sendawa biasanya banyak menelan udara dan mengeluarkannya sebelum ia sempat masuk ke dalam perut.
Kebanyakan individu yang sendawa biasanya mengalami masalah saluran gastrousus bahagian atas seperti ulser peptik, penyakit esofagitis dan gastritis.
Dua sindrom kronik yang jarang berlaku, tetapi berkaitan dengan sendawa kronik ialah :
* Sindrom meganblas
Keadaan ini menyebabkan gejala sendawa yang kronik kerana terlalu banyak menelan udara. Ini kerana tabiat makan yang banyak menyebabkan terhasilnya gelembung udara.
Kesannya seseorang akan berasa kembung dan rasa penuh pada perut serta sukar untuk ber-nafas.
* Sindrom kembung angin
Ads
Keadaan ini boleh berlaku selepas pembedahan penyakit esofagitis refluks.
Pembedahan yang dilaku menyebabkan injap sehala berlaku di antara perut dan esofagus.
Ini menyebabkan angin memasuki perut, tetapi menghalang sendawa yang normal dan rasa ingin muntah.
KENTUT
Gejala yang paling kerap berlaku ialah pengeluaran angin yang terlalu banyak melalui dubur.
Pengeluaran angin yang terlalu banyak ini disebabkan karbohidrat tidak dapat diserap atau aktiviti bakteria di kolon.
Bagaimanapun pengeluaran angin melalui dubur berlaku antara 14 hingga 23 kali sehari masih dianggap normal.
RAWATAN
* Menukar jenis pemakanan
* Makan ubat
* Kurangkan menelan udara
Ads
MAKANAN YANG MENGHASILKAN ANGIN
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.
* Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.
* Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.
* Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
* Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.
* Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.
Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.
* Seserat (fiber) yang mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus. Ia terdapat dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan.
Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan. Manakala seserat tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya penguji kehamilan digunakan oleh wanita yang ingin menentukan bahawa mereka hamil atau tidak. Tidak pernah pula admin mendengar lelaki sengaja nak menguji air kencing mereka di alat tersebut. Namun mungkin kerana DIA hendak memberitahu kepadanya bahawa suaminya mengalami penyakit kaser testis, tergerak hati suaminya untuk suka-suka membuang air di alat berkenaan.
Meskipun sangat sedikit kes kanser testis mahupun kanser prostat berlaku dalam kalangan lelaki di bawah 50 tahun, kanser prostat adalah kanser ke-3 paling kerap menyerang kaum lelaki berumur lebih 60 tahun selepas kanser paru-paru dan kanser kolorektal. Apabila didiagnosis dengan kanser prostat yang telah merebak ke bahagian-bahagian badan lain, kadar kelangsungan hidup 5 tahun jatuh kepada 28%.
“ Ceritanya suatu hari seorang suami terjumpa alat penguji kehamilan isterinya ketika dia berada dalam bilik air. Dia pun saja-sajalah membuang air kecil pada alat penguji kehamilan tu.
Alangkah terkejutnya bila dua garis kehamilan warna merah muncul pada alat itu. Biasanya kalau dua garis tu muncul itu tanda wanita itu hamil. Tapi takkanlah dia mengandungkan?
Dengan niat nak bergurau dia pun postlah status tu dekat Reddit.. sekali dengan gambar alat penguji tu.
Sampailah dalam salah satu komen bertulisan “Jika ianya benar, anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengesahkan adakah ianya kanser testis.”Dan dia pun segeralah berjumpa dengan doktor.
Syukurlah dengan tindakannya itu, kerana hasil pemeriksaan mendapati dia memang ada kanser testis. Mujurlah ianya masih diawal stage lagi.
Ini Infonya:
Dalam alat penguji kehamilan, ia akan mengesan HCG (Human Chorionic Gonadottropin) yang mana hormon akan meningkat dalam diri seorang wanita yang hamil. Hal ini samalah dengan penghidap kanser testis. Sebab itulah tindakbalas hormon HCG turut membolehkan kanser testis dikesan.
Ternyata gurauannya itu telah berjaya menyelamatkan nyawanya.
Gejala-gejala kanser Testis :
Kerap membuang air kecil.
Aliran air kencing yang perlahan.
Kesukaran memulakan atau menahan aliran air kencing.
Keinginan untuk kencing yang kerap atau tidak boleh kencing, lebih kerap buang air kecil di waktu malam.
Kehadiran darah dalam air kencing.
Kesakitan atau kakakuan yang kerap pada bahagian bawah belakang, pinggul dan bahagian atas paha.
Ejakulasi yang menyakitkan atau masalah mempunyai ereksi.
Sakit tulang dan lumpuh.
Rosak buah pinggang.
Kanser yang merebak ke otak.
Penurunan berat badan.
Bengkak pada kaki dan tangan.
Sumber : Mingguan Wanita
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
5 Sebab kenapa anda perlu berhenti merokok sebelum berkahwin.
Jika anda boleh menanggung susah payah sakit seorang tidak apa. Namun, jika anda rasa tidak mampu menanggungnya seorang, cuba berhenti merokok. Ini bukan setakat menanggung sakit secara fizikal dan mental sahaja tau. Fikir nanti siapa yang perlu bawa anda ke hospital, teman anda di hospital, menunggu berjam-jam sementara anda mendapatkan rawatan, tidak tidur lena memikirkan masalah kesihatan anda, duit lagi, pendapatan keluarga terjejas kerana masalah kesihatan dan banyak lagi.
1.Duit
Dalam keadaan ekonomi yang sedikit mendesak dan tidak stabil ini, ada baiknya anda kurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu. Contohnya, rokok. Ada yang cakap belanja untuk rokok ini lain sedikit sebab sudah ketagih dan jadi tabiat yang susah hendak ubah. Tapi cuba anda fikir, (RM17 x 30 = RM510) Banyak tu. Tambah sikit sudah boleh bayar ansuran bulanan kereta.
2.Kesihatan anda
Sekarang efeknya tidak terasa sangat. Tetapi jika mahu ditunggu sehingga anda sudah berusia baru mahu menyesal, memang melaratlah nanti. Sekarang merokok mungkin boleh menjadi jalan mudah untuk anda melepaskan tekanan, tetapi ‘jalan mudah’ inilah yang akan menyebabkan anda tertekan di kemudian hari disebabkan masalah kesihatan. Cuba lepak dengan pak cik-pak cik yang selalu berulang-alik ke hospital disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada tabiat merokok mereka. Anda akan tahu betapa payahnya hidup jika dibelenggu penyakit, lebih-lebih lagi jika anda bukan pesara kerajaan.
3. Kesihatan pasangan anda
Tahukah anda, perokok kedua atau perokok pasif terdedah kepada bahaya asap rokok 3 kali ganda berbanding perokok aktif/pertama? Tahukah anda, kajian oleh WHO mendapati wanita yang bersuamikan perokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk mendapat barah paru-paru? Cuba anda fikir, ini tidak termasuk zaman bercinta lagi, bila anda selalu merokok ketika ‘dating’ sambil duduk berhampiran dengan pasangan anda. Kalau dulu memanglah rasa macam romantik, tapi tidak terlintaskah yang perkara ini perlahan-lahan meragut kesihatan insan yang anda sayangi? Bolehkah anda hidup tanpa pasangan anda?
4. Bau
Bau rokok tidak wangi. Anda tahu, semua orang pun tahu bukan? Bukan bau baju anda sahaja yang berbau, badan, rambut, semua pun berbau. Penat sahaja anda mandi wangi-wangi.
5. Kehamilan
Akan tiba satu masa anda akan perlu berhenti merokok apabila pasangan anda mengandung. Okay, mungkin anda akan cakap yang anda boleh sahaja merokok di tempat berasingan daripada pasangan anda. Namun, tahukah anda, kesan rokok pada baju/rambut/badan anda pun masih merbahaya kepada individu yang terdedah kepadanya? Jika anda adalah wanita dan merancang untuk hamil pula, ini adalah alasan terbaik untuk anda berhenti merokok. Utamakan kesihatan anda dan bayi.
Sumber : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anak sulung sering dikaitkan dengan seorang yang garang dan tegas. Kak Long, kakak atau Along merupakan panggilan mesra bagi anak sulung perempuan. Mereka diberikan amanat yang sangat berat untuk menjaga adik-adik agar sentiasa berada dalam keadaaan yang baik dan selamat.
Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Malah anak sulung juga biasanya agak cemerlang berbanding adik beradik lain, baik di sekolah mahupun di rumah.
Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Pun begitu, menurutnya lagi, anak sulung berkebolehan memujuk orang lain sehingga mampu mengawal orang lain dan situasi yang menyulitkan.
Namun adakalanya anak sulung terlihat sedikit sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain, terutama ibu bapa serta adik beradik yang lain. Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka. Namun, disebalik sifat garangnya itu, terdapat ciri-ciri yang membuatkan kaum lelaki tertarik dengan karakter anak sulung.
Jom kita lihat sifat-sifat menarik yang ada dalam diri anak sulung.
1. Pandai memasak.
Anak sulung gemar melakukan kerja-kerja didapur seperti memasak. Bagi mereka, tanggungjawab memasak menjadi keutamaan untuk menyediakan makananan kepada yang tersayang.
2. Seorang yang rajin.
Terdapat satu perkara yang membuatkan lelaki diluar sana jatuh cinta dengan anak sulung. Ini kerana mereka terkenal dengan sifat rajin. Mereka akan mengemas rumah agar kediaman kelihatan bersih dan selesa.
3. Bersifat jujur.
Anak sulung mempunyai sifat yang jujur untuk memberitahu hal sebenar kepada pasangannya. Mereka tidak gemar merahsiakan sesuatu perkara kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.
4. Pendengar yang baik.
Sekiranya anda mempunyai masalah yang ingin dikongsikan bersama, jangan malu untuk meluahkan dan menceritakan kepada mereka yang bergelar ‘Kak Long’. Mereka merupakan good listener kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dan sedia membantu anda untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
5. Seorang yang berdikari.
Bersifat berdikari adalah perkara yang terdapat dalam diri anak sulung untuk belajar tanpa bergantung harap kepada orang lain. Mereka akan melakukan sesuatu perkara secara sendirian tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
6. Mengormati orang tua.
Anak sulung cenderung untuk menghormati orang tua. Mereka lebih bersifat keibuan kerana sudah terbiasa menjaga adik-adiknya. Mereka akan menjaga ibu mertua anda dengan penuh kasih sayang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.