Lelaki pakai baju hitam bukan saja nampak kacak tapi ‘seksi. Tak dapat dinafikan, ada sesuatu tentang lelaki berbaju hitam yang buat ramai orang terpikat.
Lelaki Pakai Baju Hitam Bukan Saja Nampak Kacak Tapi ‘Seksi’
Sama ada dia berpakaian kasual dengan t-shirt hitam atau tampil segak dalam sut serba hitam, warna ini memberi aura misteri dan daya tarikan tersendiri. Tapi kenapa ya?
Apa Rahsia Di Sebalik Pesona Lelaki Berbaju Hitam?
1. Hitam Itu Warna Keyakinan
Lelaki yang memilih warna hitam selalunya nampak lebih yakin dan berkarisma. Warna ini melambangkan ketegasan, kekuatan, dan sikap tidak mudah goyah. Bila seorang lelaki pakai baju hitam, dia secara tak langsung kelihatan lebih berwibawa, seolah-olah dia tahu apa yang dia buat dan tak perlukan pengesahan orang lain.
2. Nampak Lebih Maskulin Dan Dominan
Kajian psikologi menunjukkan bahawa warna hitam sering dikaitkan dengan sifat dominan dan maskulin. Sebab itu kita selalu nampak pemimpin, ahli perniagaan berjaya, atau selebriti lelaki memilih warna hitam untuk menyerlahkan imej mereka. Dalam dunia fesyen, warna ini juga dianggap timeless dan klasik, jadi tak kira apa gaya yang dipakai, lelaki berbaju hitam sentiasa nampak ‘sharp’.
Ads
3. Memberi Aura Misteri
Tak dinafikan, ramai orang tertarik kepada individu yang ada unsur misteri. Bila lelaki pakai hitam, dia seolah-olah ada sisi yang susah untuk dijangka, buatkan orang rasa ingin tahu lebih lagi tentang dirinya. Mungkin sebab itu banyak watak dalam filem yang digambarkan sebagai ‘bad boy’ atau lelaki yang penuh enigma sering memakai warna ini.
4. Sesuai Dengan Semua Warna Kulit
Salah satu kelebihan besar warna hitam adalah ia sesuai dengan semua jenis kulit. Tak kira cerah atau gelap, lelaki tetap nampak segak dengan pakaian hitam. Malah, warna ini juga boleh memberi ilusi badan yang lebih tegap dan fit kerana ia menyamarkan bentuk tubuh. Jadi kalau nak nampak lebih ‘lean’ dan kemas, baju hitam memang pilihan yang tepat.
Ads
5. Mudah Dipadankan Dengan Apa Sahaja
Nak nampak bergaya tanpa perlu berfikir panjang? Pakai sahaja baju hitam. Ia boleh digabungkan dengan pelbagai warna dan masih nampak kemas. Sama ada digandingkan dengan seluar jeans, jaket kulit, atau sut penuh, lelaki berbaju hitam sentiasa nampak effortless tetapi tetap menawan.
Lelaki yang memakai baju hitam bukan sekadar nampak lebih seksi, tetapi juga lebih yakin, berkarisma, dan penuh daya tarikan. Jadi, kalau anda seorang lelaki dan nak tambah aura maskulin serta memikat, baju hitam adalah pilihan yang tak pernah salah.
Tak hairanlah ramai yang kata, lelaki dalam baju hitam memang ada sesuatu yang buat hati mudah cair. Setuju?
Kita bagi anda layan filem Malaysia pu Shuhaimi Baba memgambil inisiatif untuk mengfilemkan detik-detik indah negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Anda dapat saksikan disini pergelutan anak bangsa menegakkan keadilan untuk mendapatkan hak masing-masing. Noor Azhar Murad yang memegang watak sebagai Tunku Abdul Razak sememangnya mendapat pujian daripada pengkritik-pengkritik negara kerana telah melakonkan watak Tunku Abdul Rahman dengan jayanya. Jika anda sayangkan negara dan tidak mahu negara jatuh ke tangan pihak yang salah, maka jadikan filem ini sebagai panduan.
Tanda Putera (2013)
Filem yang menceritakan usaha Tun Abdul Razak Hussein mentadbir negara menjadikan negara Malaysia pesat dengan pembangunan. Menerusi filem ini, anda dapat saksikan kehidupan liku-liku yang terpaksa beliau hadapai demi menjadikan Malaya ketika itu negara yang maju dan pesat dengan ekonomi. Filem Tanda Putera ini merupakan filem kedua bertemakan patriotik Shuhaimi Baba selepas kejayaan beliau dalam filem 1957 Hati Malaya. Filem ini semestinya mendapat kritikan dan pandangan negatif mahupun positif, tapi jika anda benar-benar menonton filem ini sebagai anak Malaysia, pasti anda akan sebak dengan pengorbanan Bapa Pembangunan Malaysia ini.
29 Februari
29 Februari merupakan sebuah filem muzikal cinta dan “biografi fantasi” keluaran KRU Studios yang diuar-uarkan sebagai filem stereoskopik 3D buatan Malaysia yang pertama. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari, dan oleh itu hanya dimakan usia empat tahun sekali, maka dirinya teramat lambat menua berbanding orang lain. Dengan menelan belanja RM 3.5 juta (termasuk promosi), kerja penggambaran 29 Februari dijalankan selama 40 hari sekitar lewat tahun 2011 di pelbagai lokasi, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Taiping. Watak yang dibawa oleh Remy Ishak sedikit sebanyak memberi impak kepada rakyat Malaysia kerana ia melalui detik-detik bersejarah dan pernah mengalami penderitaan semasa penjajahan British.
Paloh
Diadaptasi dari kisah benar penduduk daerah Paloh yang terletak di Johor, filem arahan Adman Salleh ini ditayangkan pada tahun 2003. Sinopsis dikaitkan dengan kisah penduduk Tanah Melayu yang terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya, Paloh dibintangi oleh Janet Khoo, Nam Ron, Ellie Suriaty dan ramai lagi.
Embun
Masih ingat dengan pengorbanan seorang anak dara yang memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu semasa kedatangan jepun? Filem yang dilakonkan oleh Umie Aida dan Aqasha menjadi perhatian umum seluruh Malaysia kerana ia mengetengahkan perjuagan seorang wanita dalam mempertahankan hak penduduk tanah melayu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keadaan kini semakin meruncing dengan kadar kes baharu yang dicatatkan masih lagi tinggi. Kita semua tiada jalan lain untuk bebas dari belenggu wabak ini melainkan mendapatkan suntikan vaksin.
Untuk mencapainya kita harus sama-sama main peranan memberi kesedaran kepada setiap anggota masyarakat akan betapa pentingnya pengambilan vaksin ini.
Kerajaan menerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) kini sedang giat menjalankan program suntikan vaksin dengan jumlah haria meningkat setiap hari. Antara golongan yang paling berisiko ialah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril yang kini sedang menjalankan tugas sebagai barisan hadapan bertugas di salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di PWTC, Kuala Lumpur.
Menurutnya pemerhatiannya, golongan warga emas terutamanya orang Melayu hanya dilihat dalam lingkungan 30 hingga 40 peratus sahaja daripada keselurhan mereka yang datang. Walau bagaimanapun jelasnya itu adalah daripada pemerhatian kasarnya sahaja.
“Pusingan kedua inisiatif sukarela pengambilan vaksin Astra Zeneca bermula Ahad baru ni. Yang dibuka untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas tu. Jadi bila saya bertugas di PWTC hari ni saya expect mostly warga emaslah yg akan datang mengambil vaksin & tepat tekaan saya, hampir 90% adalah warga emas. Tapi yang buat saya sedikit sedih daripada warga emas yang hadir, hanya 30-40% adalah orang Melayu kita”.
Tambahnya lagi itu hanyalah daripada pemerhatiannya sahaja.
“Tapi boleh kira betapa sikitnya penerima vaksin yang ‘bin & binti’ saya consult tadi. Bila saya berterima kasih kepada makcik & pakcik yg datang kerana tampil mengambil vaksin tadi, rata-rata berkata “kawan makcik/ pakcik ramai taknak amik sebab dengar macam2 cerita…”
“…tapi makcik atau pakcik beranikan diri, redha & tawakal demi nak jumpa anak cucu”.
“Berlinang mata kejap dengar statement mereka,” luah Dr Say lagi.
Dr Say juga meneruskan kelantangan kerajaan dan menyeru agar masyarakat tidak mendengar segala info, fakta dan teori konspirasi yang tidak benar tentang vaksin.
“Cukuplah dengar rumours Whatsapp Group atau konspirasi di FB. Pilihlah sumber yg sahih. Marilah sama2 kita cuba capai Herd Immunity secepat mungkin supaya dapat kita pulang kepada kehidupan dahulu kala,” jelasnya lagi.
Kita semua terutamanya anda sebagai lelaki memainkan peranan sangat besar untuk membantu menyebarkan info yang betul kepada ahli keluarga. Jangan biarkan orang tua kita terdedah kepada risiko wabak ini tanpa perlindungan vaksin.
Daftar dan dapatkan suntikan vaksin dengan seberapa segera. Kita jaga kita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang benar, hari ini kita terdedah dengan pelbagai masalah, terutama masalah kewangan yang menjadikan kita semakin tertekan seterusnya membuatkan pemikiran, kehidupan serta corak gaya hidup menjadi semakin tidak terpelihara.
Pola keguguran rambut yang biasa terjadi pada kaum Adam turut ikaitkan dengan faktor genetik, jadi apakah punca sebenar patut lelaki fahami?
�Mungkin ramai tidak menyangka botak tiada kaitan dengan faktor genetik, tetapi hakikatnya, keturunan kerap menjadi punca keguguran rambut.
�Ia boleh diwarisi daripada sebelah ibu atau bapa dan boleh berlaku terhadap lelaki ataupun wanita. Kedua-duanya cenderung untuk mewarisi gen botak,
Akibat daripada warisan gen rambut gugur tersebut, individu terlibat berisiko tinggi untuk berdepan masalah keguguran rambut yang mampu menipiskan rambut namun tidak semuanya berakhir dengan botak.
Namun, keadaan yang dikenali sebagai androgenetic alopeciaini boleh bermula pada usia belasan tahun, 20-an atau 30-an. Hampir 50 peratus anak-anak kepada lelaki atau wanita botak akan mewarisi gen tersebut.
Terjadi secara berperingkat-peringkat. Masalah itu bermula dari kawasan tengah kepala, ia mampu merebak hingga ke seluruh kepala. Ramai lelaki memilih untuk berdiam diri dan tidak berasa ia satu keperluan untuk berjumpa dengan doktor hanya kerana masalah rambut semakin menipis.
Malah, lebih 80 peratus lelaki tidak tahu apa itu MPHL dan menganggap ia berlaku kerana faktor usia sedangkan masalah ini tidak akan melarat jika dirawat daripada awal.
Kebiasaannya penuaan selalu dikaitkan dengan masalah kulit wajah sehingga terlupa bahawa rambut juga mengalamai masalah penuaan apabila uban dan keguguran rambut yang menyebabkan masalah botak menjadi petanda. Namun begitu ramai yang beranggapan bahawa masalah rambut serius seperti botak hanya dialamai oleh mereka yang meningkat usia, sedangkan pada hakikatnya golongan muda juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.
Masalah keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal, tetapi jika berlebihan maka ia perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lebih serius.
Banyak mitos sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut misalnya disebabkan kerap membasuh rambut, menyikat rambut, mewarna rambut, banyak berfikir dan sebagainya, sedangkan ia tidak berkaitan dengan masalah itu.
Antara punca sebenar berlakunya masalah botak ialah genetik. Ia boleh diwarisi daripada kedua ibu bapa atau boleh berlaku atas tindak balas hormon dalam badan. Selain itu, kesihatan rambut turut dipengaruhi oleh pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. Pengambilan zat seperti kalsium dan zink boleh menyihatkan rambut. Walau bagaimanapun, jika mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
Serangan autoimmune, jangkitan mikro organisma dan penyakit kulit juga menjadi punca kepada masalah rambut yang serius.
Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan lebih-lebih lagi oleh si jejaka yang mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding wanita dalam masalah keguguran rambut. Untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan seperti pengambilan nutrien secara seimbang amat digalakkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan rambut, malah kesihatan tubuh badan juga turut terjaga.
Apa yang paling penting, kebersihan kulit dan rambut perlu diberikan perhatian demi menjauhi masalah botak. Melindungi rambut daripada sinaran ultra lembayung juga antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut gugur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.