Tiada apa yang mustahil jika ketekunan dan usaha mengiringi setiap langkah. Inilah yang sesuai penulis gambarkan mengenai kejayaan Azarin Razali demi membawa jenama Gospeedi ke persada antarabangsa.

Lelaki OKU Nekad Ubah Hidup, Jadi Tauke Kerusi Roda Bermotor Pertama Di Malaysia

Bergelar orang kurang upaya (OKU) bukan halangan lelaki ini mengasas Good Take Care Trade sehingga mencapai gelaran perintis kerusi roda bermotor pertama negara.

Lelaki OKU Nekad Ubah Hidup, Jadi Usahawan Kerusi Roda Bermotor Pertama Di Malaysia

Mengikut laporan, Azarin memberitahu, hidupnya satu ketika dahulu tidak ubah seperti lelaki lain yang bebas bergerak ke mana sahaja tanpa sebarang kekangan.

Namun, ujian ALLAH yang datang tanpa diduga membuatkan hidup bapa kepada empat cahaya mata tersebut berubah 360 darjah selepas disahkan lumpuh separuh badan buat selama-lamanya.

Ujian Allah

“Pada awalnya, saya mengalami masalah kaki kebas dan susah nak berdiri. Apa yang membuatkan saya risau, ia semakin teruk sehingga terpaksa mendapatkan pemeriksaan doktor.

“Alangkah terkejutnya bila doktor maklum saya sebenarnya mengalami masalah radang saraf tunjang. Paling saya tak boleh terima, hakikat lumpuh seumur hidup,” katanya yang didiagnosis penyakit itu pada tahun 2015.

Ads

Lelaki OKU Nekad Ubah Hidup, Jadi Usahawan Kerusi Roda Bermotor Pertama Di Malaysia

Akui anak jati Melaka itu, untuk bangkit semula bukanlah mudah. Apatah lagi dirinya sudah tidak boleh bekerja sebagai kontraktor pembinaan dengan kudrat terbatas.

“Enam bulan saya ambil masa untuk bina semula apa yang hilang. Tipulah saya tak kemurungan dan hilang semangat. Apa lagi memikirkan bagaimana nak mencari sesuap nasi demi menyara keluarga.

Ads

“Alhamdulillah sokongan famili dan rakan-rakan, sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk saya kembali berjuang,” ujarnya yang memilih bisnes kerusi roda sebagai pendapatan baharu pada tahun 2017.

Minat Menadalam Dalam Dunia Permotoran

Cerita Azarin, minat yang cukup mendalam dalam dunia permotoran membuatkan dirinya mahu mencipta inovasi kerusi roda yang lain daripada lain dan sesuai untuk kegunaan golongan orang kurang upaya (OKU).

Lelaki OKU Nekad Ubah Hidup, Jadi Usahawan Kerusi Roda Bermotor Pertama Di Malaysia

Ads

Tidak hanya model manual semata-mata, usahawan berjaya itu juga menghasilkan kerusi roda bermotor untuk memudahkan OKU bergerak aktif sama ada bersukan, beriadah dan sebagainya.

Berpangkalan di Bandar Tasik Senangin, Mahkota Hills, Lenggeng, Negeri Sembilan, keunikan reka bentuk gabungan komponen tambahan seperti custer hadapan, rim belakang, rim tayar jenis sukan dan tayar tahan lasak menjadikan ia pilihan ramai.

Lelaki OKU Nekad Ubah Hidup, Jadi Usahawan Kerusi Roda Bermotor Pertama Di Malaysia

Lebih membanggakan, pemilik label Gospeedi itu sedang merangka perancangan cukup strategik demi mengembangkan lagi sayap rangkaian produk pada masa akan datang.

MASKULIN: Keadaan hidup mengajar seseorang untuk menjadi lebih berjaya dan gigih mencapai cita-cita tanpa kenal erti lelah.

Sumber : SinarPlus
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI