BETUL KATA ORANG TUA, JANGAN TENGOK BENDA TIDAK ELOK, NANTI OTAK JADI LEMAH DAN LEMBAP. TAMBAHAN LEBIH MENYIKSAKAN APABILA CUBA MENGINGAT SESUATU YANG PERNAH KITA LALUI ATAU MERASAI PENGALAMAN TERSEBUT, NAMUN MINDA TIDAK MAMPU MENGEMBALIKAN INGATAN TERSEBUT. APA SEBENARNYA YANG MEMBUATKAN SISTEM MEMORI OTAK TERGANGGU. INI TOP 8 PUNCA OTAK ANDA SEMAKIN LAMBAT SETIAP HARI.
KADAR GULA DARAH TINGGI
Memori manusia boleh terganggu akibat daripada aras gula yang tinggi dalam darah. Awas, kerana keadaan ini mengganggu bahagian otak yang berkait dengan sistem ingatan. Sekiranya anda memiliki sejarah keluarga yang mempunyai masalah kencing manis, eloklah sekiranya dikawal pengambilan gula. Lakukan juga ujian darah secara berkala selain menjaga pemakanan dan melakukan senaman aktif. Berjalan kaki dipercayai salah satu alternatif yang berkesan bagi merawat diabetes dan gula berlebihan dalam badan.
KURANG REHAT
Otak memerlukan rehat untuk merakam dan menyimpan memori baru. Cara terbaik untuk merehatkan otak ialah melalui tidur yang secukupnya. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap hari selama dua minggu mungkin tidak mengalami gejala kurang tidur. Namun begitu, setelah dilakukan ujian mengingat ke atas responden tersebut, hasil menunjukkan mereka sukar mengingat memori jangka pendek. Tajamkan daya mengingat anda dengan membuat keutamaan memberi kerehatan yang secukupnya. Pakar perubatan mengesyorkan supaya mengambil masa selama lebih kurang 6 minit untuk tidur sekiranya benar-benar keletihan. Kaedah ini mampu meningkatkan daya dan kekuatan minda dalam aktiviti rakaman memori di dalam otak.
DENGKUR
Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur seseorang, ia juga mampu menurunkan daya mengingat. Ketika tidur berdengkur, saluran nafas anda akan tersekat dan menghalang oksigen beberapa saat sewaktu sedang tidur untuk sampai ke sel-sel otak yang memerlukan oksigen. Menurut penyelidikan, kaum lelaki lebih banyak berdengkur berbanding wanita. Kebiasaannya berdengkur dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau berusia 40 tahun ke atas.
METABOLISME MENURUN
Jika keadaan ini berlaku, anda mungkin mengalami masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Penghasilan hormon tiroid yang berlebihan atau berkurangan dapat mengganggu sel-sel otak, yang akan memperlahankan kemasukan maklumat ke otak. Sekiranya mengalami masalah ini, anda perlu mendapatkan rawatan.
USIA MELEBIHI 65 TAHUN
Di usia ini, manusia sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 yang serius adalah punca penyakit Alzheimer yang dikaitkan dengan sifat lupa yang teruk atau nyanyuk. Ada sesetengan pengamal perubatan mengesyorkan supaya mengambil makanan tambahan atau suplemen bagi meningkatkan vitamin B12.
TERTEKAN
Individu yang menderita penyakit tekanan yang kronik berpotensi mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika tekanan kronik menyerang, ia mampu membunuh sel-sel otak sehingga daya ingatan semakin merosot. Pakar kesihatan mengesyorkan supaya individu yang mengalami masalah tekanan supaya memperbanyakkan aktiviti fizikal, bersenam dengan teratur serta bersosial bersama rakan-rakan.
PENGAMBILAN UBAT ALERGI ATAU PIL TIDUR
Rawatan atau ubat yang diambil untuk mengatasi masalh insomnia dan alergi ternyata juga mampu menganggu fungsi otak. Oleh yang demikian, sekiranya perlu juga mengambil ubat-ubatan sedemikian, disarankan supaya berjumpa doktor dan meminta preskripsi yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.
TERLALU BANYAK PENGAMBILAN UBAT-UBATAN
Jika mengambil lima atau lebih ubat pada satu-satu masa, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan ubat yang diambil telah melalui pemeriksaan doktor.
Olahan : MajalahSains
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI