Sudah menjadi satu fenomena sosial yang menarik di mana semakin ramai lelaki muda memilih untuk menjalin hubungan dan bahkan berumah tangga dengan wanita yang lebih berusia.
Keputusan ini, yang mungkin dianggap tidak konvensional oleh sebagian masyarakat, sebenarnya ada berbagai alasan. Artikel ini akan mengupas alasan utama mengapa lelaki muda cenderung memilih wanita berusia sebagai teman hidup.
Contoh terbaik yang boleh kita sentiasa jadikan teladan ialah Rasulullah SAW yang berkahwin dengan Siti Khadijah r.a yang lebih tua daripada baginda. Umur bukanlah penghalang untuk mengecap kebahagian dalam berumahtangga dan membina keluarga yang hidup dalam keadaan sejahtera.
Berikut dikongsikan fakta tentang kelebihan lelaki yang mempunyai pasangan dan berkahwin dengan wanita lebih berusia.
NALURI KEIBUAN MENEBAL
Kebanyakan wanita yang lebih berusia mempunyai pemikiran yang lebih dewasa. Jadi secara semula jadi naluri keibuan telah wujud dalam diri mereka. Perasaan kasih sayang dalam membelai dan mendidik anak-anak sudah tersemat dalam diri mereka.
MATANG DAN BERDIKARI
Perempuan yang lebih berusia bersifat lebih matang dan bijak dalam mengendali masalah walaupun dalam situasi yang berbeza. Mereka akan lebih bersabar dalam mengharungi ujian kehidupan dan mampu mengendalinya seorang diri. Setelah memiliki teman hidup, mereka akan menjadi semakin matang.
TINGGI KEYAKINAN DIRI
Ya, kebanyakan wanita yang lebih tua berbanding lelaki memiliki keyakinan diri yang tinggi. Pengalaman mereka telah bertemu dengan seghala macam orang. Lalu menjadikan mereka lebih masak dengan selok-belok kehidupan menjadikan mereka seseorang ada keyakinan diri. Mereka juga dapat membantu suaminya dalam membuat sebarang keputusan dengan lebih matang.
LEBIH SERIUS
Apabila terbuka hati untuk berkahwin itu mereka sudah cukup jelas akan matlamat dan bukan sekadar main-main. Mereka lebih memandang serius akan hubungan suci yang bakal terjalin. Semuanya sudah sangat teratur dan mereka juga seorang yang mempunyai pendirian tetap.
BERSIKAP TERBUKA
Sudah lumrah, kebanyakan wanita terkenal dengan bahasa kiasannya yang kadangkala sukar ‘ditangkap’ oleh lelaki. Keistimewaan dalam memiliki isteri yang lebih berusia adalah mereka lebih cenderung berinteraksi tanpa sebarang kiasan. Mereka akan menyampaikan hasrat di hati dengan jelas agar si lelaki mudah memahaminya.
Di sebalik pilihan yang tampak menyalahi norma ini, tersembunyi sejumlah faktor yang memilih lelaki muda membuat keputusan tersebut. Terpulang kepada diri masing-masing untuk menilai pasangan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.