Metroseksual
Pada mereka, hanya perempuan boleh pening memikirkan gaya dan fesyen. Cuma perempuan yang akan memikirkan gaya hidup sempurna dengan begitu teliti dalam setiap perkara.
Jujurnya, itu semua pemikiran lama yang tidak patut wujud lagi pada 2014 ini. Mentaliti dan pandangan seumpama itu mungkin masih relevan dua dekad lalu namun bukan hari ini terutama golongan anak muda yang sudah sedia terdedah kepada dunia luar.
Mengapa lelaki tidak boleh mementingkan gaya? Adakah seseorang lelaki perlu kekal dengan imej selekeh, serabai dan tidak kemas? Adakah jenis lelaki seperti itu baru dianggap lelaki maskulin dan sejati?
Ciri-Ciri Lelaki Yang Metroseksual
1. Teman membeli-belah
Sering kelihatan di kawasan beli-belah dengan wanita sibuk berbelanja sakan dalam premis manakala pasangan mereka pula setia menunggu di luar. Bukan semua lelaki boleh melayan kerenah anda tatkala cerewet memilih barangan sehingga berjam lamanya.
Lain pula halnya jika kekasih kamu itu dalam kalangan lelaki metroseksual. Mereka tidak kisah untuk menunggu, malah sanggup menemani serta memberi pandangan mengenai pilihan anda.
2. ‘Dua jam untuk bersiap?
Mereka tidak pernah merungut jika anda bersiap dalam masa lama hanya untuk makan malam di kedai mamak berhampiran. Mereka juga apa kurangnya tatkala menghias rambut supaya sentiasa kelihatan kemas ketika bersama kamu.
3. Penyuntik semangat peribadi
Sanggupkah kamu untuk mempunyai kekasih yang jauh lebih kemas dan sihat tubuh badannya daripada diri kamu sendiri? Dengan dia di sisi, kamu akan cuba sehabis baik untuk tampil seiring dengan si dia.
Secara tidak langsung, ia dapat membakar semangat kamu untuk jadi lebih baik dengan mengawal pemakanan seharian, bersenam untuk tubuh badan yang lebih menarik serta tampil dengan gaya yang sedap mata memandang.
4. Lebih banyak persamaan
Kebiasaannya, lelaki metroseksual gemar perkara yang berkaitan dengan seni, muzik dan fesyen. Dia boleh menjadi teman baik kamu untuk melakukan hobi kalian bersama. Tiada lagi keluhan dan rasa tidak puas hati sebelah pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan lokasi bertemu janji.
5. Wangi
Sesetengah lelaki memandang ringan perihal kebersihan serta penampilan diri dan ini yang menjadikan perasaan kurang senang bersarang dalam hati pasangan mereka. Sebagai contoh, bau badan yang ketara tanpa palitan wangian benar-benar mengganggu fokus ketika ‘dating’.
Tetapi jika berdamping dengan kekasih metroseksual, kamu anda seakan sentiasa mahu mendakapnya dengan wangian yang begitu menyenangkan justeru membangkitkan rasa selesa.
Berdasarkan kajian, kebanyakan lelaki menadak mereka tidak punyai cukup masa untuk berbuat demikian dan ada juga dikatakan malu untuk berbuat demikian kerana tidak mahu digelar lelaki metroseksual. Akibatnya, kaum lelaki yang jarang menjaga penampilan diri kelihatan jauh lebih tua daripada usia mereka.
Berikut ini 8 perkara yang biasa dilakukan kaum Adam hingga mereka ‘cepat tua’:
1) Cuci muka menggunakan sabun mandi
Mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi memang lebih praktikal dan mudah dilakukan. Namun, tahukah anda, sabun mandi biasanya menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kasar. Begitulah kesannya nanti kepada kulit wajah anda.
2) Bercukur tanpa menggunakan krim
Mencukur misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kasar. Anda seharusnya membeli krim pencukur yang baik untuk melindungi kulit anda.
3) Merokok
Hentikan merokok sekarang juga. Ini kerana ribuan racun dalam rokok itu boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejas sel tubuh anda.
4) Kurang makanan sihat
“background-color: white; box-sizing: border-box; color: #555555; font-family: Roboto, sans-serif; font-size: 15px; line-height: 22.5px;” />
Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri adalah dengan memakan makanan sihat. Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.
5) Kurang minum air
Meminum air yang cukup itu penting untuk kesihatan kulit dan tubuh. Sebenarnya, inilah perkara utama yang harus dilakukan setiap hari untuk menjaga penampilan diri.
6) Tidak memakai pelembap kulit
Pelembap kulit sebenarnya bukan untuk wanita sahaja. Bagaimanapun kebanyakan lelaki memandang remeh peri pentingnya menggunakan pelembap kulit.
Ini lebih-lebih lagi kerana mereka tidak mahu disifatkan sebagai lelaki metroseksual atau terlalu pentingkan penampilan diri seperti kaum wanita. Padahal, pelembap penting untuk melindungi kulit dari pengaruh buruk cuaca dan pencemaran udara.
7) Tidak memakai pelindung cahaya matahari
Kebanyakan lelaki tiada masalah melakukan kegiatan seperti bersukan di bawah terik matahari. Tapi, kulit anda yang akan ‘merana’ nanti.
8) Kurang bersenam
Kurang bersenam menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar. Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel -sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat.