Lelaki Mati Kerana Terlebih Ketawa, Jangan Suka Berlawak Sangat

MATI MENDADAK AKIBAT KETAWA

Buat pengetahuan pembaca, sindrom ini merupakan satu kondisi gangguan irama elektrik jantung yang berpotensi untuk menyebabkan degupan jantung berdegup laju, kencang dan pesat. Malah, degupan jantung yang kejang boleh menyebabkan anda sukar bernafas. Keadaan ini boleh menyebabkan pitam secara tiba-tiba, pengsan mahupun kematian yang mendadak. Jantung berdetik sekitar 100,000 kali sehari bagi mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

Istilah ‘Q.T’ merujuk corak abnormal yang dilihat pada EKG (elektrokardiogram) iaitu ia merupakan satu proses atau ujian yang mengesan dan merekodkan aktiviti elektrik jantung.

IKLAN

Dengan setiap degupan jantung, isyarat elektrik merebak daripada bahagian atas jantung hingga ke bawah. Data dari EKG dipetakan pada graf supaya doktor boleh mengkaji aktiviti elektrik jantung anda

Lelaki Mati Kerana Terlebih Ketawa, Jangan Suka Berlawak Sangat

-Berdasarkan pemerhatian Dr Ananya Mandal, MD, ‘ mereka yang mengalami sindrom QT diperoleh daripada genetik keluarga. Kadangkala mereka tidak sedar sedang menghidapnya. Namun, aktiviti seharian kita juga boleh menyumbang pada sindrom ini

IKLAN

-Selain dari tu, kebiasaan penyebab pada kadar degupan jantung berdetik deras adalah akibat kegiatan yang melibatkan fizik atau kegembiraan terlampau emosional.

– Apabila kita ketawa terbahak-bahak sehingga tidak berhenti-henti. Ini juga boleh menyebabkan degupan jantung berdenyut deras sehingga otak tidak mampu untuk menerima bekalan darah yang mencukupi. Ini yang menyebabkan otot jantung kejang dan boleh menyebabkan kematian yang mendadak, walaupun pada golongan masih muda

IKLAN

KISAH ALEX MITCHELL TUMBANG KERANA TERLEBIH GELAK

Pada 24 Mac 1975, seorang lelaki yang bernama Alex Mitchell didapati tumbang, pitam dan seterusnya mati selepas ketawa terbahak-bahak ketika menonton sebuah episod daripada rancangan komedi Britain berjudul ‘Goodies’. 

Pakar kardiologi ketika itu mengesahkan Alex Mitchell mengalami gangguan irama jantung yang jarang berlaku (pada ketika itu) iaitu sindrom Q.T. yang menyebabkan serangan jantung yang dicetuskan oleh keghairahan, pengerahan tenaga serta kemuncak hormon adrenalina akibat ketawa.

Isteri Alex memaklumkan, ‘Alex ketawa selama 25 minit tanpa henti ketika menonton episod ‘Kung Ku Kapers’ daripada rancangan ‘Goodies’. Isteri Alex turut menghantar surat penghargaan kerana menggembirakan hati suaminya pada saat-saat akhir hidupnya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI