Buat pengetahuan pembaca, sindrom ini merupakan satu kondisi gangguan irama elektrik jantung yang berpotensi untuk menyebabkan degupan jantung berdegup laju, kencang dan pesat. Malah, degupan jantung yang kejang boleh menyebabkan anda sukar bernafas. Keadaan ini boleh menyebabkan pitam secara tiba-tiba, pengsan mahupun kematian yang mendadak. Jantung berdetik sekitar 100,000 kali sehari bagi mengedarkan darah ke seluruh tubuh.
Istilah ‘Q.T’ merujuk corak abnormal yang dilihat pada EKG (elektrokardiogram) iaitu ia merupakan satu proses atau ujian yang mengesan dan merekodkan aktiviti elektrik jantung.
Ads
Dengan setiap degupan jantung, isyarat elektrik merebak daripada bahagian atas jantung hingga ke bawah. Data dari EKG dipetakan pada graf supaya doktor boleh mengkaji aktiviti elektrik jantung anda
-Berdasarkan pemerhatian Dr Ananya Mandal, MD, ‘ mereka yang mengalami sindrom QT diperoleh daripada genetik keluarga. Kadangkala mereka tidak sedar sedang menghidapnya. Namun, aktiviti seharian kita juga boleh menyumbang pada sindrom ini
Ads
-Selain dari tu, kebiasaan penyebab pada kadar degupan jantung berdetik deras adalah akibat kegiatan yang melibatkan fizik atau kegembiraan terlampau emosional.
– Apabila kita ketawa terbahak-bahak sehingga tidak berhenti-henti. Ini juga boleh menyebabkan degupan jantung berdenyut deras sehingga otak tidak mampu untuk menerima bekalan darah yang mencukupi. Ini yang menyebabkan otot jantung kejang dan boleh menyebabkan kematian yang mendadak, walaupun pada golongan masih muda
Ads
KISAH ALEX MITCHELL TUMBANG KERANA TERLEBIH GELAK
Pada 24 Mac 1975, seorang lelaki yang bernama Alex Mitchell didapati tumbang, pitam dan seterusnya mati selepas ketawa terbahak-bahak ketika menonton sebuah episod daripada rancangan komedi Britain berjudul ‘Goodies’.
Pakar kardiologi ketika itu mengesahkan Alex Mitchell mengalami gangguan irama jantung yang jarang berlaku (pada ketika itu) iaitu sindrom Q.T. yang menyebabkan serangan jantung yang dicetuskan oleh keghairahan, pengerahan tenaga serta kemuncak hormon adrenalina akibat ketawa.
Isteri Alex memaklumkan, ‘Alex ketawa selama 25 minit tanpa henti ketika menonton episod ‘Kung Ku Kapers’ daripada rancangan ‘Goodies’. Isteri Alex turut menghantar surat penghargaan kerana menggembirakan hati suaminya pada saat-saat akhir hidupnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mandi merupakan rutin harian buat kita, ia bukan saja membersihkan badan dari kekotoran ia juga mampu menyegarkan minda dan memberi ketenangan jiwa. Namun, siapa sangka benda yang selalu kita buat ini punya kesan buruk dan memudaratkan diri.
Apa agaknya kesilapan biasa yang dilakukan ketika mandi?
1. Mandi dengan air panas terlampau lama
Mandi dengan air panas akan mendorong kepada masalah kulit kering dan untuk menambah segarkan badan selepas penat seharian, mandi dengan air sejuk akan memberi kesan yang lebih baik.
2. Mandi dengan sabun terlampau banyak
Buih sabun yang terlampau banyak akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit. Terdapat bahan yang dinamakan surfactant yang akan menarik air dan minyak semulajadi daripada kulit.
3. Tidak membilas badan dengan sabun sebersihnya
Bahan kimia terdapat pada sabun akan membawa kepada kerengsaan kulit. Namun terdapat juga jenis pembersihan kulit yang memang dicipta untuk memberi kelembapan pada kulit. Tetapi kalau anda menggunakan sabun mandi biasa, pastikan bilas betul-betul dengan air bersih.
4. Memakai mask muka selepas mandi
Mask muka sepatutnya dipakai sebelum membersihkan muka. Membersihkan muka sebelum dan selepas memakai mask akan membuatkan kulit wajah jadi kering. Produk yang mahu dipakai selepas mandi haruslah yang jenis menghidrasi dan bersifat “mengunci” kelembapan bukan bersifat “pembersihan”.
5. Mengabaikan sesetengah bahagian
Apabila anda mandi, adakah anda pasti akan membersihkan keseluruhan badan anda ? Selalunya bahagian belakang leher, celah jari kaki, tumit, dan bawah lengan antara yang selalu diabaikan.
6. Mengelap dengan tuala secara kasar
Antara tabiat yang membawa kepada rambut rosak adalah mengeringkan rambut secara kasar menggunakan dengan tuala. Begitu dengan badan anda. Jadi keringkan badan badan menggunakan tuala secara lembut, jangan secara menggosok atau terlalu kasar kerana ingin mengejar masa.
7. Membersihkan rambut sebagai bahagian terakhir
Bahan dalam syampu dan kondisioner boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Jadi pastikan anda membersihkan bahagian muka dan badan dengan betul dan teliti selepas membersihkan rambut.
8. Tidak menyapu produk pelembapan
Waktu terbaik untuk meyapu losyen dan krim pelembap adalah selepas waktu mandi. Selain lebih mudah menyerap, rutin ini juga akan membantu dalam mengelakkan masalah kulit kering kerana kulit kehilangan pelelembapan semulajadi selepas mandi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tiada pengalaman bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Selagi ada kemahuan dan kesabaran, hasil yang akan diperoleh pasti terbaik sejajar dengan usaha berterusan. Siapa kita untuk menidakkan takdir yang telah ditentukan oleh Nya. Berbekalkan semangat untuk mengubah kehidupan, kini Khairun Basiran, 30, boleh mengukir senyuman atas pencapaian yang dicapainya sejak empat tahun kebelakangan ini.
Berkesempatan menemu bual anak jati Kuala Kangsar baru-baru ini, cukup mengujakan kerana dari hanya orang yang biasa-biasa sahaja kini Khairun dianggap luar biasa dalam kalangan rakan bisnes.
Memulakan karier sebagai seorang kakitangan kerajaan, Khairun tidak menyangka rezekinya beralih ke bidang perniagaan. Walaupun sudah banyak kali gagal dalam perniagaan tidak sesekali membuatkannya menyesal.
“Mungkin masa saya menjalankan beberapa jenis perniagaan sebelum ini tiada sesiapa yang menasihati saya. Jadi apabila saya terlibat dalam perniagaan Hai-O ini saya rasa lebih yakin kerana adanya mentor yang cukup mengambil berat dan membimbing sehingga berjaya.
“Semasa mula-mula terlibat dalam Hai-O saya tidak tahu adakah saya mampu menjual barangan kesihatan dan kecantikan yang sinonim dengan wanita sedangkan saya seorang lelaki. Macam mana saya nak promosikan? Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran.
“Tambahan pula, semasa saya menyuarakan hasrat kepada kedua ibu bapa dan isteri yang saya mahu berhenti kerja dan menumpukan kepada bisnes networking, saya mendapat tentangan.
“Bukan apa mereka takut saya tidak mampu melakukannya kerana sebelum ini setiap hujung bulan saya akan menerima gaji. Jadi mereka beranggapan ini satu cabaran yang cukup besar buat saya,” katanya.
Khairun berkata, walaupun masih belum ada keyakinan tinggi untuk menjalankan bisnes ini, namun demi untuk mengubah masa depan, saya tawakal dan memberi kepercayaan kepada kedua orang tua dan isteri agar memberi ruang untuk saya membuktikannya. Prinsip saya kalau kita tak cuba kita tak akan tahu hasilnya.
“Dalam masa yang sama, tiada apa yang saya fikirkan pada waktu itu kecuali untuk menjelaskan segala hutang yang ada dan memberi kesenangan kepada ahli keluarga.
“Alhamdulillah pada 2013 saya telah menyertai kumpulan Charismatic Leaders Academy (CLA) di bawah bimbingan mentor CDM Said Saiful Fazli iaitu pengasas CLA yang sehingga kini antara individu yang dikagumi.
“CLA ini dianggap platform terbaik untuk yang berminat menambah pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan produk sendiri dan akan diajar bermula dari bawah,” ujarnya.
Penghargaan diri
Mengakui semasa permulaan, agak perlahan juga jualan sehingga sampai satu tahap saya rasa menyesal. Apabila fikirkan semula tidak boleh mengalah, akhirnya saya cuba juga. Segala ilmu dari mentor saya guna pakai dan dari sebulan ke sebulan sudah mula menampakkan perkembangan positif.
“Paling membuatkan saya gembira apabila menerima insentif pakej melancong ke Vietnam sebagai tanda penghargaan pencapaian yang saya peroleh.
“Dari situ saya jadi bersemangat dan berjaya pula mengikuti trip ke Paris, London, Shanghai, Austria dan Hungary atas komitmen dan kejayaan mencapai target yang telah ditetapkan,” jelasnya.
Menariknya mengenai Khairun, daripada zero dia telah menerima pangkat Crown Diamond Manager (CDM) iaitu pangkat tertinggi dalam organisasi syarikat Hai-O pada 2015 selepas dua tahun serius dalam bisnes.
Daripada seorang yang tiada apa, Khairun juga telah melahirkan dua orang CDM dibawahnya dan sekarang menjadi mentor untuk rakan-rakan bisnes yang lain.
Matlamat jelas
Berbicara mengenai matlamat hidup, Khairun telah mempunyai perancangan khusus demi masa depannya dan insan tersayang. Sebolehnya saya mahu membuat pelaburan dalam bidang hartanah.
“Bidang ini bukan sahaja memberi pulangan yang berganda tetapi tidak rugi. Kita kena bijak merancang dalam keadaan ekonomi sekarang. Apa yang kita buat biar mendapat manfaat.
“Disebabkan saya pernah gagal dalam bisnes yang diceburi, pengalaman itulah yang mematangkan diri. Turun naik lumrah bagi orang berniaga asalkan kita tahu di mana tahap kita untuk terus mengekalkan momentum tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai jaringan bisnes yang dikendalikan sekarang, semangat kerja berpasukan antara yang perlu dititikberatkan. Kita perlu ada satu sikap profesional dan tidak mementingkan diri sendiri.
“Perlu ada tanggungjawab untuk menolong rakan yang lain. Jika konsep ini diamalkan gerak kerja berpasukan berjalan lancar dan kejayaan yang diraih berlipat kali ganda.
“Sebagai orang yang terlibat dalam bisnes, kita juga perlu membuang rasa ego dan malu. Sikap ini antara penghalang untuk seseorang berjaya. Jika kita rasa produk yang kita jual tidak sesuai dengan jiwa sampai bil-bila pun akan kekal berada di takuk yang sama,” tegasnya.
Sudut positif
Bak kata orang, cabaran yang dilalui akan memberi satu inspirasi. Begitu juga buat bapa kepada empat cahaya mata ini. Cabaran sebenarnya membuatkan saya boleh mempertingkatkan diri ke tahap yang lebih baik.
“Melalui cabaran itu saya boleh tahu di mana kelemahan dan kelebihan diri dan secara tidak langsung menjadikan saya anak, suami, ayah, anak didik dan mentor yang lebih baik.
“Saya juga cukup terharu dalam keadaan susah dan senang, isteri, Shafida Sharani sentiasa menjadi tunjang utama dan kini dia juga turut sama terlibat dalam bisnes Hai-O.
“Bagaimanapun saya cukup berterima kasih kepada sifu Multimillionaire CDM Hajah Siti Rohana dan CDM Haji Azlan Deraman yang tidak putus-putus memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada saya dan kumpulan selain mentor Said Saiful Fazli,” akhirinya menutup bicara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan membiarkan kelesuan membataskan aktiviti harian hidup anda – caranya adalah dengan menambahkan pengambilan makanan-makanan yang boleh menambahkan tenaga anda dan menjadikan anda lebih cergas.
Aktifkan diri anda dengan menggalakkan pengambilan beberapa makanan seperti yang telah disenaraikan dibawah.
1. Makanan Berasaskan Oat
Pengambilan makanan oat adalah sangat baik untuk kesihatan kerana ianya amat kaya dengan jumlah serat dan protein yang sihat untuk diri anda.
Makanan berasaskan oat ini kebiasaannya diambil ketika bersarapan untuk membantu menstabilkan kadar gula dalam darah sepanjang hari.
2. Ikan Salmon
Pengambilan ikan salmon ini adalah digalakkan kerana ia memiliki dos protein yang menggalakkan metabolisma pada kandungan yang sempurna.
Oleh kerana ia mampu mempercepatkan proses metabolisma, maka ia juga boleh membantu anda untuk terus kekal lebih bertenaga.
3. Kacang Almond
Makanan seperti kacang almod ini adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana ia memiliki khasiat magnesium yang boleh membantu menukarkan gula kepada tenaga.
Protein dan serat yang dimilikinya itu boleh membantu mengekalkan tenaga dengan lebih berkesan.
4. Beri Biru
Memiliki kadar antioksidan yang tinggi yang boleh membantu melawan wujudnya rasa letih di dalam badan.
Ia juga boleh menjadi sumber tenaga berasaskan karbohidrat tanpa perlu menambahkan lebih gula.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.