Seorang lelaki amat terkejut selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, Lelaki itu, seorang profesor di bandar kecil Sidi Slimane di Morocco dilaporkan sangat terkejut apabila diberitahu tentang kemandulannya oleh seorang pakar urologi, susulan pemeriksaan rutin Tindakan drastiknya memfailkan cerai terhadap isterinya selepas 35 tahun berkahwin.Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia adalah seorang lelaki yang mandul hampir sepanjang hayatnya, jadi dia tidak mungkin menjadi bapa kandung kepada sembilan anaknya.
Selepas itu timbul satu lagi masalah apabila dia telah berkahwin dengan isterinya selama 35 tahun dan sepatutnya bergelar bapa kandung kepada sembilan anak hasil hubungan bersama.
Akhbar Morocco Al-Massae melaporkan bahawa lelaki itu tidak tergesa-gesa untuk memfailkan perceraian setelah mendengar berita daripada ahli urologinya, tetapi telah menjalani beberapa ujian yang akhirnya mengesahkan bahawa dia tidak mungkin mampu bergelar bapa dalam tempoh 50 tahun yang lalu.
Terkejut dengan pendedahan ini, lelaki tersebut menghubungi peguamnya dan memfailkan tuntutan terhadap isterinya, menuduh dia berzina dan menuntut perceraian dan pengguguran hak terhadap sembilan anaknya.
Lelaki itu didakwa melakukan petisyen mahkamah untuk melantik satu pasukan pakar perubatan bagi mengesahkan keraguan bahawa dia memang mandul selama lebih dari lima dekad, dan tidak bergelar bapa kandung kepada mana-mana anaknya.
Mahkamah mempunyai pasukan undang-undang yang menyiasat semua keputusan ujian yang telah dibuat oleh lelaki itu, dan mereka mengesahkan bahawa tuduhannya disokong oleh bukti saintifik. Analisis seminal menunjukkan ketiadaan sperma lengkap dan laporan urologi serta analisis biologi mengesahkan bahawa ketumbuhan pada zakarnya selama lebih dari 50 tahun, adalah penyebab kemandulannya.
Zina adalah jenayah yang boleh dihukum di Morocco, jadi jika isteri lelaki itu terbukti bersalah, dia mungkin akan dipenjarakan. Selepas mendengar bahawa dia bukan bapa biologi kepada sembilan anak yang dibesarkan dengan isterinya, lelaki itu memilih untuk memutuskan hubungan dengan mereka dan meminta supaya tanggungjawabnya sebagai bapa digugurkan.
Sumber : mstar online