Terdapat sejuta orang di Malaysia mengalami tinnitus dan kelaziman tertinggi adalah pada usia 40 hingga 70 tahun manakala gejala penyakit itu lebih biasa dalam kalangan lelaki berbanding wanita.
Gegendang telinga boleh pecah disebabkan perubahan tekanan pada atmosfera. Contohnya bagi mereka yang turun dari tempat tinggi secara mendadak seperti dalam kapal terbang, turun dari gunung atau kawasan tanah tinggi. Ia juga boleh berlaku kepada penyelam skuba selain berlaku akibat terdedah pada bunyi yang kuat. Dalam kebanyakan kes, tekanan atmosfera yang berubah secara mendadak menyebabkan peningkatan tekanan dalam telinga tengah seterusnya menyebabkan gegendang telinga bocor atau pecah kerana ia tidak dapat menampung tekanan berkenaan.
Pesakit akan mengalami sakit telinga yang teruk disertai darah keluar dari corong telinga. Darah yang keluar akan menitis sedikit demi sedikit. Selain daripada itu pesakit mengalami pening dan loya. Ini disebabkan oleh gangguan secara tidak langsung pada bahagian telinga yang juga berfungsi sebagai sistem keseimbangan badan.
Pendengaran juga akan terjejas pada bahagian telinga yang bocor. Ini disebabkan gegendang telinga yang tidak bergetar seperti biasa untuk menyampaikan denyutan kepada telinga tengah dan saraf ke otak. Ada kala pesakit mendengar bunyi bising berdesing yang tidak selesa pada bahagian telinga berkenaan. Ketika pemeriksaan awal di klinik atau wad kecemasan, kebiasaannya gegendang telinga yang bocor tidak dapat disahkan. Ini kerana darah pada corong telinga luar akan mengganggu pandangan doktor untuk melihat gegendang telinga.
Oleh itu, pakar atau doktor di jabatan telinga, hidung dan tekak (ENT) terpaksa menyedut keluar darah dan ketulan daripada corong telinga luar. Selepas itu barulah kebocoran pada gegendang telinga dapat dikenal pasti. Selain itu, ketika pemeriksaan, kemungkinan lain selaku penyebab telinga berdarah juga dapat dikesan. Dalam kebanyakan kes, gegendang telinga yang bocor akan sembuh atau tertutup sepenuhnya lepas beberapa minggu. Paling utama ialah memastikan telinga sentiasa kering untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Ada kala ubat titisan telinga mengandungi antibiotik atau antibiotik diberi sama ada untuk dimakan atau suntikan bagi mengelakkan jangkitan kuman yang boleh melewatkan proses penyembuhan juga mengeruhkan keadaan. Pendengaran akan baik seperti sedia kala sebaik sahaja kebocoran gegendang telinga tertutup sepenuhnya. Jika ini tidak berlaku, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk menutup kawasan bocor itu.
Tinnitus boleh diklasifikasikan sebagai tinnitus objektif atau tinnitus. Tinnitus subjektif lebih kerap berbanding tinnitus objektif.
Tinnitus objektif berlaku apabila pesakit merasa bunyi yang dihasilkan oleh struktur paraauditori (saluran darah, telinga dalam, otot leher dan kerongkong) yang boleh didengar pemeriksa. Sebab yang mungkin termasuk tiub eustachian tidak berfungsi, kekejangan otot di dalam mulut atau leher dan masalah vaskular seperti aterosklerosis, tumor saluran darah dan anemia.
Tinnitus subjektif merujuk kepada bunyi tidak dapat didengar pemeriksa yang biasanya tanpa debaran. Tinnitus subjektif berkaitan dengan kurang pendengaran akibat usia meningkat, penyakit Meniere’s, otosklerosis, kanser nasofarinks, trauma kepala, akaustik neuroma, ubat-ubatan, masalah telinga tengah, tahi telinga, masalah sendi temporomandibular, hiperlipidemia, meningitis dan sifilis.
Tinnitus yang berkaitan dengan masalah saraf tidak mempunyai penjelasan fisiologi yang jelas mungkin disebabkan kecacatan koklear, saraf koklear dan bahagian otak yang mengendalilan pendengaran. Teori asal usul tinnitis yang dicadangkan secara umumnya membabitkan sel rambut yang hiperaktif atau ketidakseimbangan kimia di seluruh sel di dalam telinga tengah.