Kini, lelaki tak boleh nak beri alasan susah kalau nak turunkan berat badan. Dalam hal ini, anda lebih beruntung berbanding wanita kerana tubuh dan otak lelaki memang dirancang untuk cepat kurus.
Malah, banyak kajian dan penyelidikan membuktikan bahawa lelaki lebih mudah mencapai sasaran untuk menghilangkan berat badan disebabkan anda memiliki metabolisme yang lebih tinggi dan lebih lemak viscera.
Disebabkan lelaki mengambil lebih banyak kalori setiap hari daripada wanita, maka kesan pengurangan kalori lelaki lebih cepat.
Ini antara enam faktor kenapa lelaki lebih beruntung untuk menurunkan berat badannya.
Artikel berkaitan: Jenis Pakaian Yang Lelaki Perlu Pakai Untuk Samarkan Bentuk Badan Yang Telalu Kurus
Artikel berkaitan: Rugi Kalau Tak Buat Senaman Kardio. Selain Untuk Kurus, Banyak Lagi Kelebihannya!
Lelaki walaupun bertubuh kurus memiliki 10-15% lebih banyak massa otot daripada wanita menurut portal Verywell menerusi sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Physiology. Otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak. Semakin banyak otot yang lelaki miliki, lebih banyak kalori yang akan dibakar walaupun anda berada dalam keadaan rehat.
Ini kerana otot adalah bahagian tubuh yang aktif metabolik, maka ia cenderung untuk membakar lebih mudah apatah lagi jika ditambahkan dengan senaman yang konsisten. Gabungkan antara latihan aerobik dengan senaman angkat beban jika anda ingin mempercepatkan penurunan berat badan.
Leslie Beck, pakar diet yang berasal dari Kanada yang juga penulis kolum di The Globe and Mail mengatakan bahawa lelaki memiliki lebih banyak massa otot kerana kadar testosteron yang lebih tinggi, manakala wanita pula memiliki lebih banyak lemak kerana hormon estrogen.
Beck menyimpulkan bahawa perbezaan biologis ini disebabkan lelaki secara umumnya dianggap ‘pemburu’ yang memerlukan lebih banyak otot untuk kuat bekerja manakala wanita memerlukan lebih banyak simpanan lemak sebagai persediaan untuk melahirkan dan mengasuh anak.
Menurut Weight Watchers, rata-rata metabolisme lelaki sekitar 5-10% lebih tinggi daripada wanita dengan berat dan ketinggian badan yang sama. Dan disebabkan kadar metabolisme yang tinggi maka tubuh lelaki memberi reaksi segera apabila ingin menurunkan berat badan.
Menurut Jurnal Nutrisi British, lelaki dua kali lebih banyak kehilangan berat badan dalam tempoh dua bulan pertama selepas menyertai program diet seperti Atkins, Slim-Fast dan Weight Watchers berbanding wanita. Namun selepas bulan ke-6, kadar penurunan agak statik manakala wanita kekal menurun walaupun pada tahap perlahan.
Tidak seperti lelaki, wanita tergolong dalam kategori “emotional eater” atau pemakan emosi. Menurut penyelidik dari Makmal Kebangsaan Brookhaven, wanita terdedah pada bau atau melihat makanan tertentu yang mana niat makan wanita lebih tinggi berbanding lelaki.
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa wanita memikirkan tentang makanan secara berbeza berbanding lelaki. Kajian yang dipimpin oleh Gene-Jack Wang dari Brookhaven National Laboratory di Upton, New York, meminta 13 lelaki dan 10 wanita (tidak seorang pun daripada mereka yang obesiti) untuk berpuasa selama 17 jam.
Mereka diminta melihat dan mencium aroma makanan kegemaran mereka. Semua responden kemudiannya diminta menahan keinginan makan dengan mengawal diri mengikut cara masing-masing. Otak mereka dikawal dengan tomography scanner yang mengevaluasi cara otak menggunakan glukosa.
Ketika responden melihat dan menghirup aroma makanan kegemaran mereka setelah berpuasa, scanner telah merakamkan reaksi mereka yang mana ketika diminta menyembunyikan reaksi ini, hanya lelaki yang berhasil.
Jadi ini menunjukkan bahawa apabila wanita stres, panik atau depresi, mereka mudah memberikan respons terhadap makan. Sedangkan lelaki pula lebih memilih rokok, minum alkohol atau terlibat dalam aktiviti lain untuk menghilangkan tekanan, panik atau depresi.
Apabila bersenam, wanita cenderung untuk rasa cepat panas, mudah letih dan lemah kerana kapasiti paru-paru wanita lebih kecil berbanding lelaki. Ini menyebabkan sistem pernafasan wanita terpaksa bekerja keras untuk memproses oksigen ke dalam badan ketika mereka bersenam, selain menyebabkan lemak subkutan dalam tubuh wanita tidak terbakar dengan cepat seperti otot lelaki.
Seperti yang dilampirkan dalam artikel bertajuk “Perempuan Lebih Peduli Penampilan daripada Seks”, sebuah kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa sebanyak 25% wanita memikirkan makanan setiap 30 minit.
Empat daripada 10 wanita mengakui yang mereka selalu berdiet atau rasa risau tentang berat badan, dan lebih daripada 60% pula mengakui yang mereka tidak suka makan di hadapan pasangannya.
Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN