Setiap tahun pada 14 Jun Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan hari tersebut sebagai Hari Derma Darah Sedunia. Ia bertujuan untuk menggalakkan masyarakat lebih banyak menderma darah dengan harapan untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan.
Antara tujuan derma darah ialah ia akan digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit semasa pembedahan, kemalangan, merawat pesakit leukemia, sakit jantung dan lain-lain lagi.
Untuk maklumat, setiap satu pek darah yang anda dermakan, ia mampu menyelamatkan 3 nyawa dan pada masa yang sama hospital sentiasa mengalami kekurangan darah serta ia adalah sebab utama mengapa pasukan medic seluruh dunia berusaha sehabis baik untuk menjalankan advokasi derma darah.
MASKULIN senaraikan beberapa kebaikan yang bakal anda perolehi jika rajin derma darah.
BACA: Rawat Buasir Berdarah Guna Peria Katak, Ustaz Ini Kongsi Cara Mudah & Mustajab!
Sebelum proses derma darah dijalankan, petugas perubatan akan menjalankan pemeriksaan kesihatan secara ringkas. Antara intipati penting yang bakal anda ketahui adalah kumpulan darah yang anda miliki, tahap tekanan darah, kolesterol dan banyak lagi.
Kebaikannya adalah, anda tidak perlu berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan pemeriksaan sebegitu.
Masa yang sama, darah anda akan ditapis dahulu untuk mengenalpasti samada terdapat sebarang jangkitan virus merbahaya seperti HIV, sifilis, hepatitis dan macam-macam penyakit merbahaya.
Sakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia dan ia banyak menyerang kaum lelaki.
Dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung.
Tanpa kita sedari, kes kanser semakin meningkat. Kita terdeadah kepada risiko serangan kanser apabila mengambil makanan yang tidak berkhasiat serta menghirup udara yang tercemar.
Di ketika ini, apa yang lebih baik adalah mencegah daripada merawat.
BACA: Kalau Ada Yang Tahu 9 Khasiat Berbekam Ini, Mesti Yang Takut Darah Pun Jadi Berani!
Jika anda dengar derma darah boleh menggemukkan, sesungguhnya ia tidak benar. Sebenarnya anda dapat mengurangkan kalori dalam badan dengan hanya berbaring di atas kerusi.
Satu sesi derma darah, anda sebenarnya membakar 650 kalori dalam badan. Bayangkan, anda tak perlu buat banyak perkara tetapi sudah membakar banyak kalori. Namun, ada had untuk menderma, anda boleh menderma sekali dalam 3 bulan bergantung kepada status kesihatan anda.
Anda lebih bertenaga selepas menderma darah kerana berlakunya proses penggantian sel darah merah dalam badan. Masa yang sama ia akan memaksa sumsum dalam tulang untuk menghasilkan sel baru.
Dia macam buang yang keruh, ambil yang jernih. Macam lagu P.Ramlee.
Tidak kiralah siapapun anda, tinggi mana pangkat anda, warna darah tetap sama warna merah. Bila tiba masa anda sakit dan memerlukan darah, tidak kira siapapun boleh mendermakan darah kepada anda.
Sesungguhnya kita adalah sama.