Lelaki Lebih 35 Tahun Elak Pakai 10 Jenis Pakaian Ini, Barulah Tak Nampak Macam Kebudakan

Share

Bila sentuh bab pakaian ramai lelaki sebenarnya cukup sensitif. Ini kerana pakaian itu merupakan identiti mereka yang dibawa setiap hari.

Dan berfesyen itu juga adalah satu perkara atau hal yang cukup subjektif. Cantik di mata kita tidak semestinya cantik di mata orang lain.

Namun dalam berfesyen juga kita seharusnya berpijak di bumi yang nyata. Ada sesetengah jenis pakaian dan gaya cukup sesuai untuk kita dan begitu juga sebalik. Kesesuaian pula bergantung kepada banyak faktor dan salah satunya ialah faktor usia.

Walaupun tidak selalu, berfesyen harusnya selari dengan peningkatan usia. Bukan sahaja ia menunjukkan kematangan tetapi ia boleh memberi persepsi pandang pertama yang tidak tepat kepada orang lain jika gaya itu tidak sesuai dengan usia.

Jadi apakah jenis pakaian dan gaya yang tidak sesuai untuk lelaki 35 tahun ke atas? Ikuti perkongsian ikhlas dari MASKULIN di bawah.

SKINNY JEANS

Lupakan zaman kegemilangan anda ketika era ‘indie’ dahulu. Zaman itu sudah lama berlalu. Skinny jeans ini biarlah anak muda sahaja yang pakai. Lebih buruk jika perut anda pun sudah semakin maju dan amatlah tidak sesuai untuk pakai seluar seperti ini.

TOPI BESBOL

Tidak salah memakai topi besbol jika anda melakukan aktiviti outdoor di bawah cahaya matahari yang panas. Tapi kalau sepanjang masa hatta berada di dalam panggung wayang pun pakai juga, ia tidak sesuai. Selain itu anda juga akan nampak tidak serius dan ‘try to hard’ nak nampak muda.

ANKLE SOCK

Pakailah stoking normal yang sesuai untuk anda. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan ankle sock yang tidak sesuai dengan umur semakin matang. Lebih parah kalau ada yang pakai stoking jenis ini dengan sneakers.

AKSESORI SEPERTI RANTAI MANIK

Mungkin waktu muda dulu anda seorang yang cukup ekspresif dan berjiwa seni. Tapi bila usia sudah makin meningkat mungkin boleh simpan aksesori seperti itu di dalam laci almari sahaja. Aksesori lelaki matang perlu kelihatan lebih ‘classy’ dan tidak terlalu menonjol.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Payah Tekan Banyak Kali, Butang ‘Push Start’ Perlu Tekan Sekali Saja Bila Nak Hidupkan Enjin

HOODIE

Ingat ya, pakailah pakaian seperti ini untuk fungsi ia dicipta. Sebagai contoh hoodie yang boleh saja anda pakai jika dalam cuaca sejuk atau di dalam bilik berpenghawa dingin. Tapi kalau sepanjang masa hendak dipakai walaupun dalam cuaca panas, itu satu perkara yang pelik.

SINGLET

Nak tonjolkan otot lengan yang padu ke sana-sini dengan memakai singlet? Sebenarnya tidak perlu semua itu untuk paparkan body sasa anda. Cukup hanya dengan pakai t-shirt atau kemeja pun orang boleh tahu. Ingat anda bukan Dominic Toretto.

RANTAI BEG DUIT

 

Rantai beg duit atau wallet chain ini satu gaya yang tidak pernah ditelan zaman. Akan tetapi buat anda berusia 35 tahun ke atas, ini merupakan antara aksesori yang tidak sesuai.

T-SHIRT KARTUN

Percayalah kebanyakan orang tidak peduli akan t-shirt kartun anda walaupun ia adalah baju vintaj. Mungkin di kalangan penggemar akan mengaguminya namun tidak kepada massa. Simpanlah untuk koleksi peribadi semata bukan untuk tayangan di badan anda.

PAKAIAN ‘OVERSIZE’

Sesetengah jenama memang terkenal dengan seleksi pakaian oversize. Mungkin ia menjadi kegemaran anda ketika waktu kegemilangan pada usia 20-an dahulu. Tapi tidak sekarang!

Pada usia ini, anda seharusnya tahu apakah jenama dan juga jenis cutting yang sesuai untuk diri sendiri. Dan semestinya bukan pakaian dengan gaya ‘oversize’.

SELUAR JEAN LUSUH

Seluar jean merupakan item fesyen yang relevan untuk semua peringkat usia. Tapi tidak seluar jean yang lusuh dan koyak-rabak ya.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video MASKULIN Xtra seperti di bawah!

Published by
Team Maskulin