Kecurangan. Satu perkara yang sangat serius dalam hubungan.

Sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tak kira status, pekerjaan, tahap pendidikan malah juga ajaran agama.

Jika tak pandai kawal diri memang mudah terjerumus ke kancah kecurangan. Siapa yang rugi? Pastinya yang paing terkesan adalah pasangan!

Curang memang tidak dapat dimaafkan. Andainya dapat dimaafkan pasti susah untuk dilupakan dan susah untuk mendapat kepercayaannya kembali. Lelaki dan wanita boleh sahaja untuk curang. Tapi tahukah anda sebab kenapa lelaki curang terhadap wanita?

Lelaki Kurang Perhatian & Kasih Sayang Lebih Cenderung Berlaku Curang

Ads

CINTA

Jatuh cinta boleh membuatkan lelaki berpaling dari wanita yang mencintainya. Johnny Depp pernah mengatakan ‘bila anda curang, maka anda mencintai wanita itu. Kerana kalau anda mencintai wanita yang pertama, maka tidak akan ada cinta yang kedua‘.

BALAS DENDAM

Ada juga lelaki yang curang kerana ingin membalas dendam dengan pasanganya. Untuk pengetahuan anda wahai wanita, harga diri lelaki lebih tinggi dari anda hingga tidak mahu kalah dalam apa jua.

BACA: Kaitan Antara Hubungan Intim & Jantung, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Ads

KETAGIH

Untuk mereka yang baru sahaja berkahwin, salah satu sebab lelaki curang adalah kurang hubungan intim bersama anda wahai wanita. Ini berkemungkinan anda masih terlalu sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya.

KURANG PERHATIAN

Bagi isteri, luangkan sedikit masa untuk ketahui apa yang pasangan anda tidak puas hati dan apa masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Andai wanita lain berjaya melakukan itu semua terlebih dahulu, penceraian mungkin akan berlaku bagi pihak anda.

Ads

Lelaki Kurang Perhatian & Kasih Sayang Lebih Cenderung Berlaku Curang

PENGARUH RAKAN

Curang juga boleh terjadi akibat terikut-ikut dengan gaya hidup rakan. Dalam perlakuan curang seperti ini, ianya akan berlaku tanpa kita sedari.

INGIN MENGAKHIRI HUBUNGAN

Ramai lelaki mengambil cara mudah dengan berlaku curang terhadap pasangan hanya untuk mengakhiri sesebuah hubungan.Kebiasaanya mereka akan berterus terang yang mereka sudah ada yang lain yang bertakhta di hati.

KAKI PEREMPUAN

Pentingnya bagi anda wahai wanita untuk kaji serba sedikit latar belakang bakal suami anda. Jangan nanti selepas berkahwin anda hanya akan bertemankan sekotak tisu sebab menangis atas berita curang suami anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI