Curang memang tidak dapat dimaafkan. Andainya dapat dimaafkan pasti susah untuk dilupakan dan susah untuk mendapat kepercayaannya kembali. Lelaki dan wanita boleh sahaja untuk curang. Tapi tahukah anda sebab kenapa lelaki curang terhadap wanita?
CINTA
Jatuh cinta boleh membuatkan lelaki berpaling dari wanita yang mencintainya. Johnny Depp pernah mengatakan ‘bila anda curang, maka anda mencintai wanita itu. Kerana kalau anda mencintai wanita yang pertama, maka tidak akan ada cinta yang kedua‘.
BALAS DENDAM
Ada juga lelaki yang curang kerana ingin membalas dendam dengan pasanganya. Untuk pengetahuan anda wahai wanita, harga diri lelaki lebih tinggi dari anda hingga tidak mahu kalah dalam apa jua.
KETAGIH
Untuk mereka yang baru sahaja berkahwin, salah satu sebab lelaki curang adalah kurang hubungan intim bersama anda wahai wanita. Ini berkemungkinan anda masih terlalu sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya.
KURANG PERHATIAN
Bagi isteri, luangkan sedikit masa untuk ketahui apa yang pasangan anda tidak puas hati dan apa masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Andai wanita lain berjaya melakukan itu semua terlebih dahulu, penceraian mungkin akan berlaku bagi pihak anda.
PENGARUH RAKAN
Curang juga boleh terjadi akibat terikut-ikut dengan gaya hidup rakan. Dalam perlakuan curang seperti ini, ianya akan berlaku tanpa kita sedari.
INGIN MENGAKHIRI HUBUNGAN
Ramai lelaki mengambil cara mudah dengan berlaku curang terhadap pasangan hanya untuk mengakhiri sesebuah hubungan.Kebiasaanya mereka akan berterus terang yang mereka sudah ada yang lain yang bertakhta di hati.
KAKI PEREMPUAN
Pentingnya bagi anda wahai wanita untuk kaji serba sedikit latar belakang bakal suami anda. Jangan nanti selepas berkahwin anda hanya akan bertemankan sekotak tisu sebab menangis atas berita curang suami anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tawaran Penurunan Harga Pembaikan Buat Pemilik Kenderaan Terjejas Banjir Oleh BMW Group Malaysia
Cukup menyayat hati apabila melihat foto serta video perkongsian di laman media sosial tentang bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang.
Selain kehilangan nyawa, ramai penduduk yang di kawasan terjejas turut mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit apabIla rumah dan kenderaan mereka ditenggelami banjir.
Foto-foto menampilkan deretan kenderaan yang tenggelam sahaja sudah cukup membayangkan kesukaran yang bakal mereka hadapi walaupun selepas banjir surut nanti.
Sebagai jenama automotif yang sentiasa peka dengan keadaan semasa BMW Group Malayia telah mengumumkan inisiatif yang cukup baik buat pengguna kenderaan mereka yang terjejas.
Pengeluar kenderaan premium berkomitmen untuk memberi sokongan kepada para pelanggan BMW, MINI dan BMW Motorrad ketika detik yang mencabar ini.
BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan penurunan kos sebanyak 20% bagi pembaikan komponen jentera pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad yang terkesan dengan bencana banjir yang terjadi baru-baru ini.
Pusat pengedaran bertauliah juga akan menawarkan rebat bernilai RM300 bagi kos tunda buat para pemilik yang terjejas.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Susulan kes banjir yang dilaporkan di beberapa negeri di dalam negara, kami kekal komited untuk memudahkan pengalaman pemilikan para pelanggan kami, termasuk ketika detik yang mencabar ini.
“Oleh itu, BMW Group Malaysia dan jaringan wakil pengedar kami bersedia untuk menawarkan pelanggan kami sokongan yang mereka perlukan melibatkan kenderaan mereka.”
Para pemilik digalakkan untuk menghubungi pusat pengedaran bertauliah pilihan masing-masing atau menghubungi BMW Roadside Assistance untuk maklumat lanjut.
Sebagai alternatif, mereka juga boleh menghubungi Pusat Interaksi Pelanggan (Customer Interaction Centre) di talian 1 800 88 3000. Penurunan kos dan rebat ini sah sehingga 31 Januari 2022.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Top 10 Pemain Bola Sepak Wanita Tercantik Di Dunia Pilihan MASKULIN
Suatu ketika dahulu sukan bola sepak boleh dikatakan dimonopoli sepenuhnya oleh golongan lelaki. Namun dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini bola sepak wanita semakin berkembang dengan pesatnya.
Pelbagai kejohohanan di peringkat antarabangsa dan juga kelab profesional berjaya menarik tontonan yang cukup menggalakkan. Dan ia dilaporkan meningkat dari semasa ke semasa. Seiring perkembangan positif ini, pemain bola sepak wanita profesional juga turut mencuri perhatian dengan bakat hat yang dimiliki mereka.
Pemain-pemain profesional ini kini menjadi idola dan isnpirasi bukan sahaja di kalangan anak muda wanita malah juga lelaki. Jika pemain bola sepak lelaki mencuri perhatian dengan rupa paras mereka yang kacak dan menghiasi jenama-jenama terkenal begitu juga dengan pemain bola sepak wanita.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 pemain wanita paling cantik pilihan kami. Semoga sukan bola sepak wanita akan terus berkembang pesat di seluruh dunia.
POPPY PATTINSON
Memulakan kariernya di Sunderland Girls Academy, pemain berusia 20 tahun ini kini berkaksi bersama Everton dan juga pasukan England bawah 21 tahun.
MORGAN REID
Ketika di bangku sekolah Morgan Reid aktif dalam sukan bola sepak dan bola keranjang. Namun dia memilih bola sepak sebagai kerjaya profesionalnya. Pernah mewakili pasukan Orlando Pride di Amerika Syarikat dan turut mewakili pasukan kebangsaan bawah 20 tahun.
ALISHA LEHMAN
Bintang muda berusia 22 tahun dari Switzerland ini kini bersama pasukan wanita Aston Villa. Dia juga pernah bermain untuk pasukan West Ham pada tahun 2018 dan turut mewakili pasukan kebangsaannya.
NORMA PALAFOX
Merupakan pemain pasukan kebangsaan Mexico yang cukup disegani. Norma Palafox melakukan debut pertama untuk pasukan Guadalajara pada tahun 2017. Kini dia beraksi bersama pasukan Club Pachuca Femenil di Liga MX Femenil.
JACKIE GROENEN
Jackie Groenen memulakan karier bola sepak profesional di Goirlese Sportvereniging Blauw-Wit. Kini berusia 26 tahun, Jackie beraksi bersama pasukan kelab gergasi England, Manchester United. Selain itu, dia turut menjadi tunjang utama pasukan kebangsaan Belanda.
SOFIA HUERTA
Pemain profesional untuk pasukan kebangsaan Amerika Syarikat ini turut menawakili kelab profesional OL Reign di National Women Soccer League. Memulakan karier profesional bersama Chicago Red Stars, Sofia turut dikenali kerana menjadi pemain bola sepak wanita pertama pernah mewakili Mexico dan Amerika Syarikat.
LAUREN SESSELMANN
Dianggap sebagai antara pemain legenda untuk pasukan kebangsaan Kanada. Uniknya sepanjang karier dia pernah bermain di posisi penyerang dan juga pertahanan.
BRITTANY ISENHOUR
Penjaga gawang untuk pasukan bola sepakj Angel City FC, Brittany Wilson mula aktif dalam sukan bola sepak pada usia 12 tahun. Membesar di Littleton, Orlando dia juga pernagh menjadi tunjang utama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat bawah 19 dan 20 tahun.
JORDYN HUITEMA
Pemain tunggak utama pasukan Paris Saint-Germain ini merupakan pemain asal Kanada. Jordyn mula dikenali ramai kerana berjaya mewakili pasukan kebangsaan Kanada seawal usia 16 tahun. Malah dia kini menjadi penjaring terbanyak di Liga Juara Eropah untuk negaranya. Hubungan cintanya bersama pemain Bayern Munich, Alphonso Davies juga sentiasa mencuri perhatian ramai.
ALEX MORGAN
Wajah yang paling sinonim dengan dunia bola sepak wanita, nama Alex Morgan mungkin tak perlu lagi diperkenalkan. Memegang cap sebanyak 115 kemunculan bersama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Alex Morgan juga pernah dinama sebagai US Soccer Female Athlete of the Year.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Biji Telur Dan Kopi Kosong Untuk Sarapan Pagi_Fuad Al-Hakim
FUAD AL-HAKIM
Gimnasium telah mengubah nasib dan dirinya 360 darjah. Dahulu orang memanggilnya dengan pelbagai gelaran dan kini dia mampu tersenyum tatkala memiliki tubuh sasa malah menjadi juara Manhunt 2015 adalah bukti kesungguhannya yang tidak berbelah bahagi. Ikuti tip yang diberikan bersama Maskulin.
Mulakan sekarang!
Sekali pandang, memang tiada siapa yang menyangka bahawa juara Manhunt 2015, Fuad Al-Hakim, pernah mengalami masalah peribadi yang menjejas fizikalnya. Kini dia kembali beraksi di gelanggang seni untuk mengabdikan bakat terpendamnya sebagai seorang pelakon dan model. Baginya sebelum menjadi seorang yang dikenali, seseorang itu haruslah bersedia dari segi fizikal terlebih dahulu.
“Jangan takut untuk ke gimnasium kerana di situlah anda akan melihat transformasi diri anda secara lebih baik. Dahulu saya pun asyik berlari di treadmill tanpa membuat sebarang latihan beban. Rasa malu ditertawakan, tapi itu dahulu, buat sahaja mengikut kata hati, cari teman untuk membantu anda pasti boleh berjaya.”
“Bagi anda yang masih baru iaitu beginner dalam bidang bina badan ini, anda harus memahami langkah-langkah tepat bagaimana pergerakan awal boleh dilakukan. Manfaatkan sahaja aplikasi terkini yang ada. Laman youtube juga mempunyai terlalu banyak video workout yang anda boleh download dan cuba ikuti langkah yang disediakan. Jangan gelojoh dan nak cepat siap. Belajar satu satu. Take it slow, ini penting untuk mengelakkan kecederaan. Antara contoh senaman yang anda boleh lakukan adalah dengan melakukan senaman darbell dan dumbbell, mesin inchline bench press dan mesin chest fly.”
Kerap buat latihan
“Sebagai orang baru, anda boleh lakukan latihan lebih kerap berbanding mereka yang sudah lama dalam bidang ini. Anda akan dapat belajar untuk mengerjakan otot anda secara lebih keras dan menyebabkan kerosakan atau otot terkoyak yang mengambil masa yang lama untuk sembuh. Walau bagaimanapun, untuk orang yang baru, kerosakan otot akan mengambil masa yang cepat untuk sembuh kerana kesan koyakkan masih baru.
“Jangan risau, ia adalah satu kebaikan untuk seorang ahli bina badan kerana ia akan menggalakkan badan untuk pulih dan seterusnya menyebabkan peningkatan pembentukan otot untuk workout yang seterusnya. Ini adalah apa yang dinamakan bina badan satu kitaran yang berterusan one-step-back, two-steps-forward, dan ulang berulang kali untuk minggu seterusnya. Oleh kerana itu, tempoh rehat dan tidur amat penting kerana semasa inilah badan akan berehat dan memulihkan otot yang rosak (two-steps-forward).
Latihan secara berperingkat
“Saya mencadangkan anda untuk pecahkan latihan bina badan kepada dua hari iaitu bahagian atas badan kecuali abs pada hari pertama, bahagian bawah badan (lower body) berserta abs pada hari kedua. Oleh kerana matlamat kita untuk melatih setiap bahagian otot dua kali seminggu, anda boleh mulakan hari pertama dan kedua pada hari Isnin dan Selasa sebagai contoh.
“Untuk mendapatkan berat badan ideal pula, anda perlu menambah jumlah otot dan lemak secara seimbang. Menaikkan berat badan dengan menambah lemak sahaja akan membuat bentuk tubuh menjadi kurang cantik, oleh karena itu kita juga perlu meningkatkan jumlah otot agar bentuk tubuh menjadi lebih padat berisi.”
Teknik tambah otot
1.Kawal pola pemakanan secara disiplin, cuba makan lima hingga enam kali sehari, tinggi protein, karbohidrat dan lemak dalam jumlah sedang bertujuan untuk meningkatkan kemasukan kalori yang penting untuk penambahan berat badan dan otot.
2.Rutin latihan, melatih setiap bahagian otot tubuh dalam seminggu secara berjadual.
- Pola rehat, dapatkan kualiti rehat yang cukup untuk pembentukan otot.
4.Pengambilan suplemen, pilih suplemen yang sesuai mengikut program latihan, banyakkan minum air.
Pelan Diet
Pola makan adalah salah satu aspek penting dalam keberhasilan pembentukan tubuh. Konsep pola makan dari program anda setiap hari adalah dengan menambahkan kalori dari jenis makanan yang ideal dan pilihan suplemen cenderung mencari weight gainer yang berkalori cukup tinggi.
Sarapan
- 4 biji telur rebus
- Kopi kosong
Tengah hari
- 150-250gram dada ayam / ikan / sapi
- 100 gram sayuran
Snack Siang
- 2 potong roti gandum / 1 cup oatmeal
- Susu tinggi kalori dan protein (weight gainer)
Makan Malam (Sebelum jam 7 malam)
- 150gram dada ayam / ikan / sapi
- 100gram sayuran
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI