Curang memang tidak dapat dimaafkan. Andainya dapat dimaafkan pasti susah untuk dilupakan dan susah untuk mendapat kepercayaannya kembali. Lelaki dan wanita boleh sahaja untuk curang. Tapi tahukah anda sebab kenapa lelaki curang terhadap wanita?
CINTA
Jatuh cinta boleh membuatkan lelaki berpaling dari wanita yang mencintainya. Johnny Depp pernah mengatakan ‘bila anda curang, maka anda mencintai wanita itu. Kerana kalau anda mencintai wanita yang pertama, maka tidak akan ada cinta yang kedua‘.
BALAS DENDAM
Ada juga lelaki yang curang kerana ingin membalas dendam dengan pasanganya. Untuk pengetahuan anda wahai wanita, harga diri lelaki lebih tinggi dari anda hingga tidak mahu kalah dalam apa jua.
Ads
KETAGIH
Untuk mereka yang baru sahaja berkahwin, salah satu sebab lelaki curang adalah kurang hubungan intim bersama anda wahai wanita. Ini berkemungkinan anda masih terlalu sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya.
KURANG PERHATIAN
Bagi isteri, luangkan sedikit masa untuk ketahui apa yang pasangan anda tidak puas hati dan apa masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Andai wanita lain berjaya melakukan itu semua terlebih dahulu, penceraian mungkin akan berlaku bagi pihak anda.
Ads
PENGARUH RAKAN
Curang juga boleh terjadi akibat terikut-ikut dengan gaya hidup rakan. Dalam perlakuan curang seperti ini, ianya akan berlaku tanpa kita sedari.
Ads
INGIN MENGAKHIRI HUBUNGAN
Ramai lelaki mengambil cara mudah dengan berlaku curang terhadap pasangan hanya untuk mengakhiri sesebuah hubungan.Kebiasaanya mereka akan berterus terang yang mereka sudah ada yang lain yang bertakhta di hati.
KAKI PEREMPUAN
Pentingnya bagi anda wahai wanita untuk kaji serba sedikit latar belakang bakal suami anda. Jangan nanti selepas berkahwin anda hanya akan bertemankan sekotak tisu sebab menangis atas berita curang suami anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rata-rata rakyat Malaysia masih lagi dalam mood meraikan Hari Kebangsaan dan juga kemunculan Hari Malaysia tidak lama lagi. Selepas menyaksikan pelbagai aktiviti bagi membangkitkan rasa patriotik, ketibaan Hari Malaysia pada 16 September juga bakal diraikan dengan cukup meriah.
Gembox yang terletak di Nilai dikenali sebagai Pasar Malam Kebudayaan Simbolik Malaysia bakal menganjurkan konsert istimewa pada 15 September 2022.
Seramai 11 artis dan pempengaruh popular tempatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang akan muncul membuat persembahan sempena Hari Malaysia.
‘WOW! Malaysia Music Festival’ bakal menampilkan kemunculan penyanyi hebat dan legenda seperti Datuk Sheila Majid, Alvin Chong, Dolla, Masha Mashitah, Rynn Lim, Jeryl Lee, Phei Yong, Danny Koo, Chang Yong, Chang Le, Susan, Pink Tan, dan bakat baharu Lil J. Konsert ini akan berlangsung selama 180 minit, dan lebih daripada 30 buah lagu akan dipersembahkan pada malam tersebut.
Lebih menarik konsert yang berlangsung di Gembox, Nilai ini tidak mengenakan apa-apa cas bayaran atau dalam erti kata lain, masuk adalah percuma!
Selain itu, sekiranya pelawat menambah nilai sekurang-kurangnya RM100 ke GEMBOX App, mereka boleh menebusi tiket ‘Rock Zone’ di kaunter yang disediakan.
Banyak aktiviti turut disediakan pada malam tersebut. Pelawat boleh menikmati makanan tempatan dari 13 negeri dan juga persembahan bunga api sempena menyambut Hari Malaysia.
Maklumat lanjut berkenaan dengan penebusan tiket, sila layari ke www.gembox.com.my atau pun ikuti media sosial Gembox.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kata orang, sifat malu dalam diri perlu ada bagi mengehadkan kita daripada melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Namun, lain impaknya dalam bidang kerjaya. Sifat malu kadangkala dapat menghambat gerak kerja anda secara keseluruhan. Rasa malu yang berlebihan sering kali membuatkan anda takut untuk menampilkan potensi diri yang sebenar. Bagaimana untuk anda mengurangkan rasa malu tersebut? Ikuti tip yang Maskulin berikan ini.
CARI PUNCA
Ini langkah pertama yang boleh anda ambil. Kaji terlebih dahulu punca diri malu saat melakukan kerja seharian. Adakah ia berpunca daripada diri sendiri mahupun berikutan dengan persekitaran yang tidak mengizinkan?
Jika malu anda terbit dari dalam diri, berfikiranlah lebih terbuka. Jika kerana persekitaran, ambillah pendekatan untuk cuba menyesuaikan diri dan jangan takut untuk menonjolkan diri.
Oleh itu, bagi memerangi sikap malu dan segan tersebut, harusnya bermula dalam diri. Cubalah merasa bangga dengan kerjaya. Secara tidak langsung ia juga akan memantapkan prestasi kerja anda keseluruhan.
BERSIKAP LEBIH SANTAI
Mungkin sukar untuk kita menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja, tambahan pula jika anda masih baru. Oleh itu, jangan hadkan diri anda. Terbukalah untuk bersikap lebih santai dan keluarlah dari kepompong diri sendiri.
Sekali sekala jangan biarkan bebanan kerja mengehadkan tingkah anda. Sekali sekala cuba bersikap lebih santai, temui rakan setugas yang lain dan cuba untuk hidup dalam persekitaran yang lebih selesa.
JANGAN TAKUT DENGAN CACIAN
Perasaan malu ada kalanya boleh mengongkong pergerakan kita. Namun, jika anda sudah upaya menepis sikap tersebut, jangan pula anda cepat lemas malah rimas dengan cacian serta perlian orang lain yang memandang.
Anggap ia satu cabaran buat anda. Yang penting, sikap anda yang tidak malu untuk bergaul sesama rakan adalah berlandaskan profesional semata-mata. Abaikan apa orang nak kata.
BERPURA-PURA TIDAK ‘MALU’
Rasa malu yang berlebihan akan membuat anda gugup dan kelihatan pelik. Bukan itu sahaja, anda akan berasa tidak selesa malah tidak percaya kemampuan diri. Oleh itu, anda perlu bijak berpura-pura untuk menyembunyikan sikap malu tersebut. Belajarlah untuk berselindung. Kawal riak muka dan gerak tubuh. Pastinya mereka tidak akan perasan sikap malu anda itu.
MANFAATKAN JARINGAN SOSIAL
Dalam menepis rasa malu, langkah paling mujarab adalah berani membuat jaringan dan ‘contact’ luar. Bukan sahaja ia memberikan anda sumber keyakinan malah menyerlahkan sikap profesional.
Di samping itu, anda boleh praktik jaringan sosial maya sebagai permulaan seperti Facebook, Skype dan Instant Massager. Berbicara di laman sosial sedikit sebanyak boleh mengasah corak komunikasi dan teknik mendekati kenalan.
PUNCA MALU
-Tidak yakin dengan potensi diri dan sentiasa rasa diri tidak bagus berbanding rakan sekerja yang lain.
– Kurang bersosial dan tidak berani untuk menonjolkan diri, malah susah untuk memperkenalkan diri di khalayak ramai.
-Tidak bangga dengan jawatan yang disandang
-Risau jika dikecam ‘kaki bodek’ mahupun orang yang inginkan lebih perhatian
-Tidak mengelilingi mereka yang peramah dan bersikap lebih santai.
1_ Berdasarkan kajian penulis ruangan kerjaya terkenal, Alison Doyle, ‘sikap malu yang ada pada seseorang dapat menurunkan prestasi kerja sebanyak 26% pada satu-satu masa dan akan meningkat jika tiada perubahan pada diri dilaksanakan’
2_ Menurut Ensiklopedia Kesihatan Mental, “Perasaan malu ditakrifkan sebagai ketidakselesaan atau perencatan minda dalam situasi interpersonal yang boleh mengganggu dalam mencapai matlamat profesional seseorang”.
3_ Pakar Psikologi Bernando Carducci pula ada menyatakan bahawa peningkatan sikap malu terhadap seseorang adalah disebabkan kemajuan teknologi yang mengehadkan ruang interaksi interpersonal antara manusia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelakon Kanada yang terkenal dengan watak President Snow menerusi siri filem The Hunger Games, Donald Sutherland telah meninggal dunia pada usia 88 tahun selepas lama menderita dengan penyakit.
Memetik laporan BBC, khabar duka itu disahkan oleh anaknya yang juga seorang pelakon, Kiefer Sutherland menerusi hantaran di laman X sekitar jam 1.10 pagi tadi waktu tempatan.
“Dengan berat hati, saya memberitahu anda bahawa bapa saya, Donald Sutherland, telah meninggal dunia. Saya secara peribadi menganggap dia salah seorang pelakon terpenting dalam sejarah filem,” kata Kiefer.
Foto: Gambar yang dikongsikan Kiefer Sutherland di laman X memaklumkan kematian Donald Sutherland.
“Tidak pernah gentar dengan watak (lakonan), baik, buruk atau hodoh. Dia menyukai apa yang dia lakukan dan melakukan apa yang dia suka, dan seseorang tidak boleh meminta lebih daripada itu. Kehidupan yang dilalui dengan baik”.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan yang mendedahkan penyakit apa yang dialami oleh pelakon veteran itu.
Foto: Donald Sutherland dan Kiefer Sutherland. (Sumber: Los Angeles Times)
Sepanjang hidupnya, Donald telah muncul di lebih daripada 190 filem dan rancangan televisyen, demikian lapor The Guardian.
SEJARAH SENI
Donald yang lahir di Kanada pada 1935 itu melanjutkan pengajian di bidang kejuruteraan dan drama di University of Toronto sebelum berpindah ke London, United Kingdom (UK) pada 1957 untuk menyertai kelas lakonan di London Academy of Music and Dramatic Art (Lamda).
Foto: Donald Sutherland ketika muncul di Donald Sutherland di siri Man in a Suitcase (1967). (Sumber: Hollywood Life)
Dia kemudian mula muncul memainkan watak-watak kecil di dalam rancangan televisyen UK seperti The Avengers (1961), Man of The World (1962) dan The Saint (1962).
Selain rancangan televisyen berisiri, Donald turut memainkan watak-watak kecil di filem seperti Fanatic (1965) dan Dr Terror’s House of Horrors (1965).
Setelah itu, barulah Donald terpilih untuk memainkan watak yang lebih besar di dalam sebuah filem aksi perang berjudul The Dirty Dozen (1967) sebagai salah seorang tahanan yang berlatih untuk misi merbahaya ketika perang dunia kedua.
Foto: Poster filem The Dirty Dozen (1967). (Sumber: IMDb)
Watak itu ternyata membawa tuah kepada Donald apabila filem itu berjaya meraih sambutan hangat yang membuka peluangnya untuk muncul di dalam dua lagi filem berunsur peperangan.
Bagaimanapun watak lakonan Donald yang paling diingati sudah pastinya watak President Snow menerusi siri filem The Hunger Games yang siri pertamanya ditayangkan pada 2012.
Foto: Donald Sutherland sebagai President Snow di dalam siri filem The Hunger Games. (Sumber: The Hollywood Reporter)
Wataknya sebagai seorang pemimpin kuku besi di filem yang diadaptasi dari siri novel berjudul sama itu memperkenalkan pelakon veteran itu kepada generasi baharu peminat filem.
Kehebatan lakonan Donald tidak mampu dinafikan lagi dan nyata memberi kesan mendalam terhadap penonton meskipun tidak pernah tercalon untuk penganugerahan berprestij Oscar.
Pada 2017, Donald menerima anugerah Oscar kehormat namun sering disebut sebagai salah seorang pelakon terhebat yang tidak pernah menerima pencalonan di anugerah itu.