Lelaki Kulit Sensitif, Anda Perlu Pilih Sabun Yang Sesuai Untuk Kulit Anda

Share

Bagi anda yang memiliki kulit sensitif pastikan anda mengehadkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang terlalu banyak. Jalan terbaik pilih sabun organik yang lebih mesra bahan-bahan asli. Susu kambing, minyak zaitun dan ekstrak bunga antara yang baik untuk kulit sensitif. Setiap bahan ini punya upaya tersendiri dalam membaik pulih kuit sama ada menggantikan sel kulit atau memberi kelembapan pada kulit. Bahan seperti badam juga mampu membaik pulih sel kulit yang rosak dengan menggantikan sel yang baru.

 

1-SABUN BIASA

Ya betul, kita semua jarang berfikir panjang ketika memilih sabun yang sesuai dengan kulit badan. Selalunya hanya bergantung pada keutuhan jenama sesuatu produk sahaja. Kebanyakan sabun biasa mengandungi nilah ph yang tinggi dan tidak sesuai. Akhirnya menyebabkan kegatalan, kekeringan dan menghilangkan kelembapan semulajadi pada kulit.

 

2-GLYCERIN

Bahan glycerin dalam sabun mampu membantu dalam mengekal kelembapan dalam kulit. Ia menjadikan kulit lebih lembut dan sangat sesuai bagi anda yang mengalami kulit kering serta sensitif. Bagi anda yang memiliki kulit berminyak, elak memilih sabun jenis ini kerana ia akan membantutkan pertumbuhan pori kulit.

 

3-SABUN BERPELEMBAP

Jika terlihat atas paparan pembungku sabun tertera untuk kulit lembap selalunya ia mengandungi bahan seperti susu, krim dan losen, kebiasaannya ia akan lebih mahal daripada sabun biasa. Namun ia sangat berfungsi dalam memberi tindakbalas baik terhadap kulit badan.

 

4-ANTI-BAKTERIA

Sabun jenis anti-bakteria mengandungi jumlah bahan kimia yang dikenali sebagai Triclosan Menurut salah seorang ahli dermatologi Dr. Vidula menyatakan sabun jenis ini tidak begitu sesuai. Bagi anda yang mengalami masalah kegatalan kulit dan kemerahan sesuai menggunakan sabun jenis ini. Sabun ant-bakteria biasanya digunakan untuk mengatasi bau badan akibat pepeluhan.

Kombinasi bahan organik dan sabun adalah yang paling memberi kesan positif terhadap tindak balas kulit. Bahan semulajadi seperti lavender, citrus, lemongrass dan ros merupakan bahan semulajadi yang baik untuk kulit. Amalkan juga penggunaan bahan  mandian seperti skrub dan losen badan untuk membantu membaik pulih struktur kulit.

ANTARA BAHAN KIMIA BAIK UNTUK STRUKTUR KULIT ANTARANYA

1-Surfactant yang berfungsi menyepadukan tindak balas air dan sabun. Ia membantu dalam membersihkan keseluruhan bahagian yang kotor dan menyahkan minyak dengan mudah. Namun ia mudah memberi kesan kering yang keterlaluan.

2-Detergents yang memiliki bahan sintetik mampu bertindak sebagai pelembap kepada kulit yang kering dan mampu mengurangkan iritasi.

3-Fragrances diilhami bahan wangian seperti Sandalwood, ros dan aloe vera yang memberi aroma apabila dipakai. Namun kelemahan bahan ini adalah mudah memberi kesan iritasi dan agak sukar untuk dibersihkan, dan meniggalkan kesan sabun pada kulit.

 

 

Published by
Kim Rahim