Berkebun kian menjadi aktiviti popular di Malaysia, baik di kawasan bandar mahupun luar bandar. Dengan perkembangan teknologi, berkebun kini tidak lagi terbatas kepada kaedah tradisional yang rumit.
Tambahan lagi bagi kita yang sibuk tapi ada hobi berkebun ni.
berkebun
Seperti video perkongsian @irfansallal yang memaparkan penggunaan teknologi ‘berkebun atas talian’ di kebun sayurnya.
Dengan menyambungkan beberapa teknologi kepada internet dan peralatan di kebunnya, Irfan mampu mengawal kebunnya hanya dengan menggunakan telefon pintar.
Irfan turut menunjukkan cara dia mengawal paip air melalui aplikasi dalam telefon pintarnya asalkan ada sambungan internet di tempat tersebut.
Kalau aku dekat UK pun aku masih boleh berkebun. Satu benda yang best tentang berkebun cara moden ni kan, kau boleh guna teknologi.
Teknologi Netafirm
Selain itu, Irfan juga berkongsi ilmu mengenai teknologi Netafirm, di mana terdapat satu paip halus yang disambungkan kepada beberapa pokok yang telah disusun di dalam kebun. Dapat dilihat juga, terdapat satu alat yang dibenamkan dalam tanah di sekitar pokok-pokok tersebut.
Ads
Menurutnya, fungsi Netafirm adalah untuk menyamaratakan tekanan air sebelum air yang terkumpul disiram pada pokok-pokok secara serentak.
Selain itu, teknologi ini juga membolehkan kita mengetahui jumlah air yang digunakan dalam masa seminit untuk menyiram pokok-pokok menggunakan sistem Netafirm.
Ads
Tambah Irfan, teknologi ini adalah sebahagian daripada Internet of Things (IoT), yang membolehkan sesuatu teknologi dikawal hanya menggunakan capaian internet.
Menarik cara ni.. boleh jimat masa dan tenaga kan!
Petinju yang bergelar juara Light Heavyweight WBC Asian Continental, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy pernah berlatih seorang diri sebagai persiapan untuk bertanding di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) suatu ketika dahulu.
Bercerita kepada MASKULIN, Adli Goldenboy mengenang kembali saat dia terpaksa mengorbankan sesi latihan di Johor kerana mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Waktu itu saya dapat tawaran sambung belajar di UiTM dan pada waktu itu saya terpilih untuk mewakili negeri Johor ke SUKMA,” katanya.
“Saya kena korbankan masa saya berlatih di Johor dan saya harus berlatih sendiri di kampus”.
Dengan kekurangan kemudahan untuk berlatih sekitar awal 2000an di kampus itu, Adli tekun menjalani latihan dengan usaha sendiri, bahkan terpaksa menumpang kemudahan beg penumbuk milik persatuan taekwondo universiti itu.
“Itu adalah titik perubahan untuk saya belajar erti kecekalan,” kata Adli lagi.
Hasil keazaman dan disiplin yang tinggi itu, Adli berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.
Hal ini kerana Adli diberitahu oleh jurulatihnya di Johor yang dia tidak boleh bertanding di temasya SUKMA jika dia tidak menurunkan berat badannya.
Penat lelahnya menyusun di antara jadual latihan dan jadual kuliah ternyata membuahkan hasil apabila pada temasya SUKMA berkenaan, Adli berjaya mara ke peringkat akhir dan membawa pulang pingat perak.
Adli percaya tiada apa yang mustahil selagi mana seseorang itu mempunyai kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri
“Berlatih seorang pun boleh berjaya. Janji kena disiplin dan pengurusan masa sebagai seorang mahasiswa itu kena betul,” tambah Adli.
Laman media sosial kini bukan hanya menjadi medium perkongsian foto dan video semata. Platform seperti Instagram terutamaya telah berubah menjadi medan ramai selebriti dan juga individu berpengaruh menjana wang.
Ia telah menjadi ‘lubuk’ besar yang mampu memberikan pendapatan sangat tinggi kepada pengendali akaun Instagram. Dengan jumlah pengikut yang ramai maka tidak hairanlah mengapa banyak syarikat berjenama rela berbelanja besar untuk mempromosikan produk mereka di laman Instagram mereka.
Bahkan jumlah bayaran yang diterima mereka untuk satu posting atau hantara mungkin kedengaran sangat tidak masuk akal namun hakikatnya itulah angka yang diterima mereka.
Menurut carta yang dikeluarkan oleh Hopper, kebanyakan senarai individu yang berada pada kedudukan top 10 rata-ratanya memang selebriti terkenal sama ada dalam bidang lakonan, sukan, fesyen dan juga bintang sosial media.
Anda ingin tahu berapa siapakah yang menerima bapyaran paling mahal untuk satu posting? Ikuti carta top 10 di bawah.
Sudah banyak kita dengar tentang intermittent fasting. Bahkan MASKULIN sendiri sudah berulang kali mengupas tentang teknik diet yang pada asanya berpuasa selama 12 jam. Dan ia kebanyakannya dilakukan bermula pada malam sehinggalah keesokan pagi.
Akan tetapi bagi jejaka bernama Mohd Ariff Shafiq Bin Husin yang berusia 29 tahun ini, selain mengamalkan intermittent fasting dia juga menggabungkan satu lagi teknik diet yang cukup berbeza.
Jejaka berasal dari Kuala Terengganu yang berkhidmat sebagai Pegawai Keselamatan di dalam bidang pembinaan ini berkongsi rahsia bersama MASKULIN bagaimana dia berjaya menurunkan berat bada dari 109 kilogram ke 81 kilogram.
Jom sama-sama kita ikuti temubual MASKULIN bersama Mohd Ariff yang dihubungi menerusi e-mel di bawah.
Pernah mencatat berat 109kg membuatkan Mohd Ariff ingin berubah dan menurunkan berat badan.
KEINGINAN TURUN BERAT BADAN
BAGAIMANA BERAT BOLEH MENCECAH SEHINGGA 109KG?
Selepas berkahwin saya jadi kurang jaga pemakanan. Terutamanya pada waktu malam. Makan nasi dengan banyak, ambil makanan bergula serta makanan lain yang tinggi kalori.
APA YANG MEMBUAT ANDA INGIN TURUNKAN BERAT BADAN?
Saya mendapat motivasi untuk turunkan berat badan bila saya perasan keyakinan diri sangat rendah bila nak berdepan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada masa itu saya fikir saya belum ada anak tapi sudah pakai baju bersaiz XXL.
Bidang kerja saya pula perlukan orang yang berada dalam tahap kesihatan baik. Bila dah makin berisi saya juga selalu deman, malas dan cepat letih. Itulah yang membuatkan saya ingin berubah dan mahu turunkan berat badan untuk diri sendiri, kerjaya, keluarga dan masa depan.
Kini dia lebih berkeyakinan dan selesa terutamanya ketika bertugas di lapangan.
BAGAIMANA DENGAN PERUBAHAN DIET CONTOH MENU DIAMBL SETIAP HARI?
Bulan pertama saya makan 3 biji telur pada waktu tengahari.Selain itu saya akan makan sekeping roti putih berserta air yang banyak iaitu kira-kira 2 liter. Pada waktu malam selepas ke gym pula saya biasanya akan makan epal hijau. Dengan mengikuti intermittent fasting saya tak akan makan apa-apa dari jam 9 malam hinga 12 tengahari.
BOLEH KONGSI TIP TAHAN DIRI UNTUK MAKAN SEPERTI SEBELUM INI?
Seperti saya katakan tadi, diet saya telah berubah dengan banyak minum air putih dan makan telur 2 biji. Telur merupakan makanan sempurna yang boleh buat saya tahan rasa lapar. Elak pergi kedai makan dan isi masa lapang dengan hobi lain contohnya main video game PUBG.
PERUBAHAN FIZIKAL PADA PERINGKAT AWAL
ADAKAH PERUBAHAN PADA BULAN PERTAMA PADA FIZIKAL JADI KETARA?
Selepas sebulan perut saya jadi makin mengecil serta badan rasa sangat selesa bila buat kerja dan tugasan harian.
BAGAIMANA PULA DENGAN SENAMAN?
Ya, senaman memang memainkan peranan sangat penting! Saya berlari atau jogging selama lebih kurang 30 minit sehari. Pada permulaannya saya akan buat dengan lari pantas sejauh 20 meter dan sambung dengan berjalan. Kemudian lari pantas 20 meter dan berjalan untuk 10 meter hinggalah cukup masa 30 minit.
Bagi jarak pula saya tak pernah tetapkan tapi saya cuba untuk buat 5km. Tiga bulan kemudian saya buat 4km dalam masa 28 minit. Kini saya jogging hanya 2.5km dalam masa bawah 12 minit.
ADAKAH SUDAH UAS HATI DENGAN BERAT SEKARANG?
Alhamdullah saya sudah turun 28kg. Tapi misi saya seterusnya ialah nak turun lagi hingga 75kg.
TIP BAGAIMANA KEKALKAN MOTIVASI DIRI?
Antara tip yang saya praktikkan ialah membeli baju bersaiz yang lebih kecil. Contoh sekarang saya bersaiz L, jadi saya akan beli baju saiz M. Dengan itu saya akan kerja keras untuk sasarkan saya boleh pakai baju saiz itu.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Mohd Ariff yang berkongsi tip serta pengalamannya menurunkan berat badan. Semoga perkongsian perjuangannya menurunkan berat badan ini boleh menjadi sumber inpirasi buat adan yang ingin melakukan perkara saya.
Dia kini dalam misi menurunkan berat hingga ke 75kg.
Syabas MASKULIN ucapkan buat Mohd Ariff. Teruskan berusaha keras dan kekalkan fikiran positif untuk terus maju ke hadapan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.