Batuk adalah antara penyakit yang sering berlaku pada kita. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurag seminggu. Bagaimanapun, oleh kerana sakit yang dideritai agak kuat, kebanyakan kita akan mencari ubat untuk melegakan batuk. Batuk juga kerap berlaku semasa kita selsema. Sebenarnya, batuk adalah tindak balas normal yang baik untuk kita. Tindak balas ini dikenali sebagai tindak balas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan pengganggu.
Ada dua jenis batuk yang utama:
* batuk yang berkahak
* batuk yang tidak berkahak
Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi sebab berlakunya dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk kita mengenalpasti jenis batuk yang didiami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.
Pesakit asma (lelah) kerap mengalami batuk kerana saluran pernafasan yang menjadi sempit. Bagi pesakit asma, pengambilan ubat asma yang diberikan adalah penting untuk melegakan batuknya.
Ada juga orang yang batuk kerana pengambilan ubat tertentu seperti Zestril dan Renitec (untuk darah tinggi). Dapatkan nasihat doktor untuk menukar dengan jenis ubat darah tinggi yang lain.
Batuk yang berkahak
Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui janis batuk yang dialami.
Ads
* Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak adanya penyakit-penyakit lain yang membahaya.
* Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamsa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.
* Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.
* Kahak yang putih atau jerneh menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang membahaya.
* Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB) dan sebagainya. Segera dapatkan rawatan lanjut.
Ads
Kaedah mengurangkan batuk
* Minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.
* Ambil bahan-bahan yang menambah lendir seperti tenusu, daging, gula dan makanan manis. Tepung putih dan sebagainya hendaklah dikurangkan.
* Sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa untuk menghentikannya.
* Persekitaran yang berhabuk, berasap, toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.
Ads
* Sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.
* Hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.
Perhatian :
-Sesetengah ubat batuk yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi pseudoephedrine, yang boleh menambah tekanan darah. Orang yang ada tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini. Dapatkan penerangan lanjut dari farmasi atau klinik.
-Kebanyakan ubat adalah dalam bentuk sirap dan ia mengandungi gula. Pesakit kencing manis harus mengelakkan pengambilannya sekiranya boleh.
-Sekiranya batuk tidak berkurangan dalam masa seminggu, atau ada tanda-tanda yang lebih serius seperti batuk berdarah, rawatan lanjut diperlukan.
-Batuk yang berlaku pada waktu malam sahaja (semasa baring sahaja) mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Dapatkan rawatan selanjutnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa sangka pempengaruh yang dikenali dengan perkongsian kisah-kisah mistik di ML Studio rupanya mahir menunggang kuda dan memanah.
Kemahirannya yang tersembunyi itulah menyebabkan John Bear akhirnya memainkan watak Sitong di dalam filem Pendekar Awang.
Ditemui MASKULIN selepas sesi tayangan perdana filem itu pada 2 Januari lalu, John menjelaskan yang beliau sendiri tidak pernah merancang untuk terlibat dalam dunia lakonan.
Bagaimanapun, peluang itu hadir disebabkan kebolehannya menunggang kuda dan memanah.
“Tok Guru saya beritahu ada nak pakai pelakon yang kena berkuda. Ada aksi kena buat kuda-kuda, saya suka lah. Jadi, saya pun okay,” katanya kepada MASKULIN.
Tambah John, pada awalnya beliau menyangka dirinya hanya diperlukan sebagai watak tambahan tanpa berdialog.
“Tahu-tahu sampai-sampai, ada watak penting pula kena berlakon. Jadi, Alhamdulillah. Rezeki,” jelasnya.
Takut Pada Awalnya, Namun Dibantu Pelakon Lain
John yang tidak pernah berlakon sebelum ini turut mengakui berasa takut apabila dipertanggungjawabkan memainkan watak Sitong.
“Sebab kita tak biasa dengan benda ni kan. Tapi Alhamdulillah, selepas saya belajar, ada banyak orang yang hebat-hebat dikeliling saya yang banyak membantu saya, dapatlah kita lihat hasil seperti yang kita lihat hari ini (hari tayangan perdana)”.
Meskipun dunia lakonan adalah sesuatu yang baharu baginya, John memberitahu yang dia tidak teragak-agak untuk mencabar dirinya mencuba sesuatu yang baharu apabila diberi peluang berkenaan.
Dia yang aktif dalam nyanyian dan kandungan video atas talian beranggapan yang lakonan adalah satu lagi cabang seni yang patut dicuba jika terdapat peluang.
Diterbitkan juga oleh Studio Kembara, filem yang dibintangi oleh Fattah Amin sebagai teraju utama ini akan ditayangkan di pawagan bermula 11 Januari 2024.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rsanya sudah lebih setahun kita berdepan dan bergelut dengan penularan wabak Covid-19. Selepas beberapa ketika, kita dilihat berjaya membendung penularan dengan angka jangkitan pernah mencatat sifar.
Namun selepas itu muncul gelombang kedua dan kini yang ketiga. Perintah Kawalan Pergerakan pula sudah tiga kali diumumkan di seluruh negara. Dan situasi kini makin genting dengan kadar jangkitan dan kematian yang jauh lebih tinggi berbanding dahulu.
Kemunculan pelbagai varian yang lebih bahaya dan agresif juga membuatkan usaha membendung penularan ini menjadi bertambah sukar.
Selain faktor kesihatan, sektor ekonomi juga telah banyak terjejas teruk. Pelbagai industri telah terekna tempias pandemik yang cukup malang ini. Semakin ramai orang tersepit dengan cabaran yang entah bila ada penghujungnya. Jadi tidak hairanlah ramai yang sudah penat sama ada fizikal atau mental.
Perkara itulah juga yang disuarakan oleh rapper, ikon hip hop dan komposer terkenal tanah air, Altimet. Menerusi satu hantaran di Instagram kendaliannya, Altimet melahirkan dan meluahkan rasa penat apabila terpaksa menmpuh norma baharu dan fasa kehidupan yang sukar akibat pandemik ini.
Luahan yang cukup tulus tersebut turut disambut baik oleh rata-rata pengikutnya yang menyatakan Altimet menzahirkan apa yang turut terbuku di hati mereka.
Lebih menarik ia juga berupa satu teguran yang terbuka kepada pihak atasan bahawa ramai sebenarnya yang sudah kepenatan dengan dugaan berpanjangan seperti sekarang.
“Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan. Kehendak peribadi letak tepi, utk kebaikan semua, jadi negara kita ni pulih balik, kalahkan pandemik ni. Aku penat nak bgtau kat anak aku pasal virus ni, musuh yg tak dpt dilihat ni. Aku penat nak jelaskan kat dia kenapa dia tak dpt main dgn sedara dia, kawan kawan dia.
Altimet juga melahirkan rasa terkilannya kerana terpaksa melihat perkembangan anak-anak yang terbantut prkembangan sosial mereka sepanjang penularan wabak Covid-19.
“Aku kesiankan anak2 aku sbb perkembangan sosial & persahabatan diorang terbantut akibat tak pegi sekolah. Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku. Aku tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan2 aku kena lepaskan jadi penganggur.
Selai itu, Altimet turut berasa sedih dengan nasih rakan-rakan dan peniaga yang terpaksa gulung tikar dan menanggung kerugian. Dan ia juga termasuklah kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.
“Aku dah penat beli barang niagaan kawan kawan industri hiburan, yg terpaksa berniaga sbb takde job. Aku harap, orang atasan tahu yg aku ni kepenatan. Aku harap orang atasan tau, bukan Aku sorang yg kepenatan, tapi kami tetap ikut saranan & SOP yang ditetapkan. Walaupun kami penat. #KitaJagaKita kan? Bismillah.”
Semoga teguran terbuka Altimet ini boleh membuka mata kita semua bahawa kita semua belum menang. Dan kepada pihak yang diberi teguran oleh Altimet, jadikanlah ini sebagai pembuka mata untuk memberikan yang terbaik buat anak bangsa.
Wangian anda akan mendahului anda sebelum anda memasuki sesebuah tempat dan akan berlegar apabila anda telah meninggalkan tempat tersebut.
Oleh itu jangan sebarangan mengambil wangian yang ada di atas almari anda namun sebaliknya cari wangian yang benar-benar menonjolkan personaliti anda yang sebenar.
Anda boleh memulakan dengan lima pilihan yang dicadangkan seperti di bawah.
1. Untuk Mereka Yang Berfikiran Kreatif
Gabungan cili hijau dan vetiver dapat membantu anda untuk kelihatan lebih rileks dan tenang. Manakala bauan daripada teh hijau Cina pula boleh membangkitkan imaginasi dan juga menjana inspirasi.
2. Untuk Mereka Yang Menggilai Golf.
Tiada wangian yang boleh membawa anda dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. Pengunaan jenis wangian yang berasal daripada bauan yang didapati dari sitrus dan rumput boleh memberikan kesegaran pada tubuh dan penampilan anda.
3. Untuk Lelaki Lasak
Bersesuaian dengan imej lasak yang kerap dibawa oleh lelaki, bau-bauan yang dihasilkan dari kulit binatang dan kopi yang dipanggang dapat menonjolkan imej “rugged” seseorang.
Manakala bau-bauan yang berasaskan halia pula memberikan tanggapan bahawa anda jenis yang pembersih.
4. Untuk CEO Yang Berjaya
Gabungan bersesuaian yang terhasil daripada ketiga-tiga bahan iaitu limau mandarin, lemon dan daun mint memberikan bayangan suatu arah baru yang segar.
Dengan ini betapa teruk pun idea yang anda keluarkan tetap akan dianggap sebagai berinovasi.
5. Untuk Lelaki Bujang
Anda tentu ingin memulakan sebuah perkenalan dengan memberikan tanggapan pertama yang benar-benar menyebabkan orang ramai ingin tahu lebih lanjut mengenai anda.
Sedikit bauan mawar dapat memberikan suatu kelainan sambil menyembunyikan sisi lembut seseorang lelaki dengan berkesan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.