Cuba laburkan sedikit wang anda untuk kelihatan lebih segak dan bersih!
Tidak pernah tertakluk dalam mana-mana buku bahawa bab kecantikan dan kebersihan adalah hak mutlak golongan wanita. Namun entah mengapa apabila acap kali soal kecantikan dibicarakan tumpuan sepenuhnya ditujukan khas kepada wanita.
Situasi tersebut bagaikan berat sebelah dan menunjukkan seolah-olah jejaka tidak menitikberatkan kecantikan dan kebersihan. Tapi itu cerita antara dua hingga lima tahun lepas. Ini kerana realitinya kini lelaki tidak ketinggalan mendapatkan perkhidmatan kecantikan di spa mahupun salon.
“Jika fesyen dan stail rambut berubah mengikut zaman, maka tidak mustahil selera lelaki terhadap kecantikan turut berubah. Sebelum ini saya mendapati lelaki malu untuk bercakap mengenai kecantikan. Apatah lagi untuk mengunjungi spa bagi menjalani rawatan wajah, badan dan urutan.
Ads
Kunjungi spa
Biasanya kehadiran pelanggan lelaki di spa tersebut lebih gemar mendapatkan rawatan sauna, lulur dan rawatan wajah. Memahami gaya hidup lelaki lebih aktif daripada wanita, Kimie banyak menggunakan ramuan-ramuan semula jadi bagi mengurangkan bau badan dan melegakan otot-otot yang tegang.
Dalam proses lulur dan skrab tubuh badan, bahan-bahan seperti kunyit, temulawak, mengkuang, sengkuang dan rempah asli yang digunakan mampu menanggalkan sel kulit mati. Proses lulur banyak diberi tumpuan pada bahagian bawah lengan dan siku yang menjadi tempat daki-daki kotor berkumpul.
Mandi
Ads
Begitu juga apabila menyentuh soal mandian. Jangan ala kadar saja, sebaliknya mandi dengan bersih. Pastikan air mengalir ke seluruh badan dan gosok menggunakan berus badan yang sudah dititiskan krim mandian. Tapi, jangan lupa bersihkan di bahagian kaki terutamanya kuku jari kaki.
PROSES mandian perlu dilakukan dengan sebaiknya menggunakan krim mandian dan berus badan.
Salon
Ads
Sekiranya mendapati gaya rambut anda sudah tersasar daripada potongan asal segeralah ke salon. Di sana pendandan rambut akan trim semula rambut anda, di samping melakukan proses cucian dan merawat kelemumur, keguguran rambut serta kegatalan kulit kepala.
Jangan terlalu kerap bercukur
Menerusi blog kecantikan antarabangsa beauty-and-the-bath, golongan lelaki tidak digalakkan melakukan proses mencukur jambang dan misai terlalu kerap. Ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kulit wajah khususnya bagi individu yang memiliki jenis kulit sensitif. Paling utama gunakan alat pencukur yang bersih dan tidak berkarat bagi menggelakkan sebarang jangkitan bakteria.
Bau badan
Bermacam-macam cara boleh diaplikasikan bagi mengelakkan bau badan. Selain mandi, penggunaan deodaran, losen badan dan minyak wangi turut membantu melenyapkan bau badan yang kurang menyenangkan itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam kedaan kita bergembira di hari raya, pasti anda terbabas makan makanan yaang penuh dengan kalori kan? Sedap sangat biskut raya dan segala kerepek. Tambah lagi sambil anda menonton filem atau drama yang disajikan untuk anda di kaca tv, mesti seronok kan?
Anda pasti ingat jumlah kalori harian yang perlu anda ambil bukan? Untuk hidangan kuih raya, makanan ini mengandungi tepung, gula dan butter yang sangat banyak. Dan semua barang makanan itu terdiri daripada lemak! Jadi, sebelum anda tersasar jauh, kami nak listkan kalori kuih raya untuk anda makan pada hari raya yang mulia ini.
Jadi berapa kalori biskut biskut dan kuih raya ni?
Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal
Almond London = 110 kkal
Biskut cornflakes = 80 kkal
Biskut Arab/ makmur = 50 kkal
Biskut suji = 40 kkal
Kuih Semperit = 40 kkal
Bahulu = 60 kkal
Dodol = 70 kkal
Kek buah = 130 kkal
Kek lapis Sarawak = 160 kkal
Muruku = 120 kkal
Kerepek pisang = 40 kkal
Rempeyek = 70 kkal
Ingat: Kalori di sini berdasarkan 1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.
Kesemua yang tersenarai ini ialah sebahagian daripada biskut kuih raya yang popular pada hari raya. Bila anda sudah tahu jumlah kalori yang terkandung dalam biskut raya kegemaran anda, mungkin lebih mudah anda merancang diet hari raya anda, bukan? Janganlah tak merasa langsung, kempunan pula nanti.
Makanlah secara berhemah, dua tiga biskut raya mungkin sudah mencukupi, kalau kenyang dengan biskut kuih raya sahaja, makanan lain mungkin tiada tempat dalam perut.
Selamat Hari Raya!
Sumber: kevinzahri.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila menyebut tentang penyakit rabun warna, kebanyakan masyarakat masih tidak memahami tentang masalah ini.
Mereka menganggap ia sekadar masalah kecil dan sering menyangka golongan tersebut hanya boleh melihat warna hitam dan putih sahaja.
Masyarakat Sering Tersalah Persepsi
Persepsi tentang perkara itu adalah tidak benar sama-sekali kerana penghidap rabun warna cuma gagal membezakan beberapa warna sahaja.
Misalnya, orang yang memiliki mata normal melihat daun itu berwarna hijau tetapi bagi penghidap masalah itu, daun tersebut persepsinya mungkin menampakkan warna kuning.
Sama juga seperti warna biru dan ungu serta merah dan coklat. Golongan tersebut boleh menjadi keliru kerana menganggap warnanya kelihatan hampir-hampir sama.
Dua Penyebab Popular Masalah Rabun Warna
Faktor Kongenital – Faktor ini berlaku sejak seseorang itu dilahirkan atau bermula semasa zaman kanak-kanaknya. Dalam erti kata lain, rabun warna ini diwarisi secara genetik dari keturunan yang sama.
Faktor Perolehan – Faktor ini berlaku disebabkan penyakit yang singgah ke tubuh badan manusia. Antara penyakit popular yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah rabun warna adalah seperti kencing manis, masalah katarak, glaukoma, proses penuaan serta kesan sampingan sesetengah ubat.
Kajian perubatan dunia pernah mengeluarkan nisbah daripada 12 orang lelaki, salah seorangnya pasti menghidap masalah ini manakala dari populasi wanita pula, daripada 200 orang wanita, hanya seorang sahaja mengalami masalah tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penyampai berita Nightline, TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah meninggal dunia, sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.43 pagi.
Perkara itu dimaklumkan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3.
Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.