Jodoh dan pertemuan itu sudah ditentukan olehNya. Jadi siapalah kita untuk menghalang perkara ini daripada berlaku atau tak berlaku.

Mungkin itulah antara sebab utama yang diberikan oleh seorang lelaki yang lebih senang membujang dan tak berkahwin walapun usia sudah melepasi ‘3 series’.

Jujur MASKULIN katakan lelaki zaman sekarang memang ramai yang tidak tergopoh-gapah dalam mencari pasangan.

Setiap orang mempunyai sebabnya yang tersendiri. Namun perlu diakui ramai yang membujang disebabkan mereka sangat cerewet untuk memilih pasangan. Pelbagai kriteria perlu ada bagi mereka kalau ingin menamatkan zaman bujang.

“Lelaki Kalau Cerewet Mengalahkan Wanita”, Antara Sebab Lelaki Membujang Sampai Tua
Bagi ramai lelaki, single is better!

Tapi benarkah lelaki lebih cerewet daripada wanita? Mungkin ada benarnya dan mungkin tidak. Ia bergantung kepada personaliti serta penerimaan seseorang itu terhadap individu berlainan jantina dalam hidupnya.

Apa yang penting asalkan anda bahagia. Betul tak?

MASKULIN ingin kongsikan sedikit daripada pemerhtian terhadap rakan-rakan juga masyarakat sekeliling tentang mengapa lelaki lebih cerewet memilih pasangan.

SUKA YANG CANTIK

Lumrah seorang lelaki suka kepada sesuatu yang cantik terutamanya wanita. Tidaklah cantik seperti ratu tetapi cukuplah sedap matanya memandang.

IKLAN

HARUS KENA JIWA

Lelaki lebih suka pasangan yang boleh masuk dengan jiwanya. Cukup sekadar memahami, biar dia yang menyayangi.

“Lelaki Kalau Cerewet Mengalahkan Wanita”, Antara Sebab Lelaki Membujang Sampai Tua

SEBAB NAK BANGGA

Mungkin lebih cerewet sebab lelaki secara tak sedar suka berbangga diri dengan kawan-kawannya apabila mempunyai isteri yang bukan sahaja ada rupa tapi baik hati.

BACA: 5 Kelebihan Wanita Dapat Jika Kahwin Lelaki Berusia 35 Tahun Ke Atas

IKLAN

GEMAR CABAR DIRI

Dalam mencari pasangan seorang lelaki terutamanya yang ada rupa serta memiliki karier yang baik mahu seorang wanita yang mampu memcabar intelek serta kredibilitinya.

“Lelaki Kalau Cerewet Mengalahkan Wanita”, Antara Sebab Lelaki Membujang Sampai Tua

MAHU MEMIKAT

Kebanyakan lelaki lebih cenderung untuk memikat wanita bukannya sebaliknya. Jika dia didekati wanita mungkin besar kemungkinan dia menjauhkan diri. Tapi itu bergantung pada keadaan juga.

RASA SUKAR BEBAS

Meninggalkan kehidupan sebagai seorang yang bebas dan single bukanlah mudah bagi seorang lelaki. Terutamanya jika sudah single selama beberapa tahun. Jadi jika ingin bercinta semula memang dia akan cerewet dan perlu menepati ciri-ciri wanita disukainya.

IKLAN

“Lelaki Kalau Cerewet Mengalahkan Wanita”, Antara Sebab Lelaki Membujang Sampai Tua

SEBAB PERASAN

Sebab lelaki ini mudah perasan. Mungkin ramai lelaki tak sedar bahawa mereka itu bukanlah siapa-siapa pun hendak jadi terlalu cerewet. Tapi lumrah seorang lelaki, perasan handsome itu mesti ada.

NAK TEST MARKET

Ada juga yang jadi cerewet sebab sengaja nak uji diri sendiri atau test market. Bagi lelaki jenis ini mereka sebenarnya hanya mencari keseronokan bukannya hubungan yang serius pun.

FANTASI TINGGI

Seorang lelaki juga menjadi terlalu cerewet dalam memilih pasangan disebabkan oleh fantasi yang dicipta mereka sejak dari zaman remaja. Ini mungkin terbina daripada rasa minat mereka terhadap selebriti dan artis yang cantik lalu menetapkan bahawa itulah ciri yang harus ada pada wanita idamannya.

MENGADA-NGADA

Yang terkahir sekali tak lain tak bukan sebab lelaki juga ada perangai mengada-ngada. Kadangkala cerewet itu mengalah seorang wanita yang ingin memilih warna tudung. Sikap mengada ini kalau dibiar berlarutan maka kita boleh tengok dia akan hiodup single dalam tempoh yang lama.

Perkongsian ini hanyalah pendapat peribadi MASKULIN sahaja. Dan janganlah anggap ia terlalu serius ya. Setiap orang ada hak untuk mempunyai sikap cerewet. Namun dalam pada masa yang sama biarlah ia berpada-pada. Kalau tak cerewet pun nanti orang akan cakap kita main sauk saja apa yang lalu di depan mata.

Hidup ini kena relaks sikit!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI