Gaya Hidup

Lelaki Kahwin Lebih, Perlu Minta Kebenaran Di Balai Polis Jika Ingin Melawat Isteri Lain!

Share

Dengar memang lucu, tetapi ini yang Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin sudah umumkan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) baru dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila suami yang beristeri lebih dari satu perlu memohon kebenaran polis jika ingin berjumpa isteri-isterinya yang lain.

Menurutnya, Polis akan pertimbangkan dan meneliti alasan permohonan itu terlebih dahulu sama ada diluluskan ataupun sebaliknya.

Tambahnya, jika si suami ingin melawat isteri lain di kawasan berbezaa, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat.

“Seperti SOP digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti.

“Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.

“Saya sebagai Ketua Polis Selangor tak pernah lagi berhadapan kes seperti ini (lelaki mohon nak melawat isteri lain), mungkin Ketua Polis Daerah ada (berhadapan kes sebegitu),” Katanya kepada Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Published by
lany