Ini 5 teknik untuk mendapatkan berat badan yang seimbang, kacak dan menjadikan anda kekal sihat!

Lelaki Kacak Tidak Ambil Makanan Bergoreng

 

1. Tahu dahulu BMI badan

Sebelum mengurangkan berat badan, anda harus membuat kira-kira. Berapa kilogram yang perlu anda kurangkan. Untuk ukur BMI anda dan ketahui berat ideal manakah yang sesuai dengan anda, ia lebih mudah.

2. Makanlah nasi

Jangan pernah berangan dan cuba tinggalkan nasi jika anda merupakan Melayu sejati yang sangat cinta dan sukar menolak apabila nasi terhidang di depan mata. Makan jangan tak makan.  Ambillah nasi dengan kuantiti segenggam. Ingat! Segenggam sahaja. Jangan tipu-tipu dan makanlah nasi.

Ads

Lelaki Kacak Tidak Ambil Makanan Bergoreng

3. Tinggalkan air manis

Ini yang sukar dilaksanakan. Ada yang diet dah ok, nasi segenggam, ayam bakar, makanan kurang garam. Tapi last sekali minum teh ais kaw-kaw manis. Tak jadi.Untuk makluman saya berpantang air manis dalam bulan pertama. HENTIkan ambilan air manis dan ia akan banyak save your calory untuk selanjutnya. Minumlah air putih yang kita tahu sebagai free kalori. Ucapkan selamat tinggal kepada air-air manis dan minumlah air putih!

Jus boleh minum? BOLEH. Tapi jus tanpa gula, tanpa susu, tanpa sirap.

Ads

Lelaki Kacak Tidak Ambil Makanan Bergoreng

4. Makanan bergoreng

Ini antara perkara yang sukar ditinggalkan oleh rakan-rakan yang nak diet. Dalam masa 3 bulan saya berdiet, ini antara disiplin ketat yang sangat sukar. Tinggalkan apa sahaja makanan bergoreng termasuk kuih-kuih bergoreng macam karipap, donut, goreng pisang. Dan apa saja yang terlekat dengan kuantiti minyak yang banyak,

Ads

Tinggalkan untuk sementara waktu. Boleh kan? Gantikan dengan pau, agar-agar dan kek tapi dengan kuantiti gula yang sedikit dan tidaklah dimakan terlalu banyak. Protein yang anda ambil pastikan hanya daripada rebus dan panggang sahaja. Kurang minyak, kurang lemak. Roti canai untuk sarapan? Tinggalkan!

5. Tinggalkan makanan ringan

Walaupun namanya makanan ringan, hakikatnya ia BERAT untuk kalori anda seharian. Kerepek ubi, keropok-keropok yang selalu di makan ketika menonton perlawanan bola sepak atau selalu anda jadikan hi-tea, minta tinggalkan. Kandungan garam di dalam makanan tersebut agak tinggi seeloknya ditinggalkan. Gantikan dengan makanan yang lebih baik. Saya ambil inisiatif kurma sebagai gantinya, kismis dan madu. Cubalah.

6. Makanan bersantan

Kurangkan pengambilan makanan berasaskan santan, jika boleh tak perlu ambil pun tidak mengapa!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI