MASALAH INI BERLAKU APABILA INDIVIDU ITU MENGALAMI KESUKARAN ATAU KEKERAPAN MEMBUANG AIR BESAR YANG BERKURANGAN. SETIAP ORANG PERNAH MENGALAMI SEMBELIT DALAM KEHIDUPAN MEREKA DAN SELALUNYA IA DISEBABKAN AMALAN PEMAKANAN YANG KURANG BAIK.

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, ia akan menyerap air ­daripada makanan yang diambil ketika membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Selepas najis sampai ke rektum, ia menjadi keras kerana kebanyakan air sudah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembap menyebabkan najis bergerak terlalu perlahan. Akibatnya, najis menjadi keras dan kering. Sembelit boleh berlaku disebabkan kekurangan serat dalam diet dan aktiviti fizikal terutama dalam kalangan warga tua.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan sindrom gang­guan ketika pembuangan air besar, perubahan dalam kehidupan rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan serta gemar menahan membuang air besar. Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan kekerapan menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus).

Ia berlaku disebabkan najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku yang menyebabkan darah kelihatan di permukaan najis. Biarpun sembelit dianggap masalah biasa yang berlaku dalam kalangan kebanyakan orang, ia kurang diambil perhatian kerana terdapat mitos dan salah faham mengenai masalah berkenaan. Ini termasuk salah faham mengenai penggunaan ubat laksatif. Satu kajian baru-baru ini ditaja oleh Dulcolax, menunjukkan bahawa mitos ini tidak berasaskan bukti.

Terdapat banyak mitos mengenai penggunaan laksatif termasuk kepercayaan bahawa ia boleh mengakibatkan ketagihan. Tiada asas kukuh dari segi farmasi mengenai ­ketagihan laksatif walaupun kadang kala ia mungkin disalahgunakan.

Lelaki Jangan Pandang Remeh Masalah Sembelit Perut!

 

DI ANTARA CARA YANG BOLEH MEMBANTU MENGURANG­KAN MASALAH SEMBELIT SEPERTI:

Pemakanan: Pengambilan makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabkan najis berketul dan keras.

IKLAN

Minuman: Tekstur najis yang normal akan terbentuk apabila seseorang mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.

Gaya hidup sihat: Aktiviti sukan akan meningkatkan aktiviti usus dan memudahkan proses membuang air besar.

Tidak semua sembelit disebabkan faktor yang dinyatakan di atas. Sembelit dianggap tidak normal jika seseorang individu mengalami tanda-tanda berikut:

Najis berdarah: Darah dalam najis bersama sembelit adalah tanda kanser usus, polip, diverticulum (poket di usus besar), ‘anal fissure’ (luka di dubur) atau buasir.

Pengambilan ubat untuk membantu membuang air besar oleh pesakit sembelit adalah fiber dan minuman ‘detox’. Pengambilan suplemen ini secara berkala boleh menyebabkan usus menjadi malas. Beberapa jenis minuman detox mempunyai kesan sampingan menyebabkan kekurangan garam dalam darah seterusnya membahayakan kesihatan.

Turun berat badan: Ini adalah tanda-tanda awal kanser usus.

IKLAN

Kenaikan berat badan: Kekurangan hormon kelenjar tiroid boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat. Terpaksa menggunakan jari atau memasukkan air ke dubur untuk membantu membuang air besar. Ini adalah tidak normal dan boleh menyebabkan ‘ulser’ (luka) di dalam usus besar. Ia juga satu daripada ciri ‘obstructive defecating syndrome’.

Meluangkan masa yang lama untuk membuang air besar hinggakan boleh membaca majalah, surat khabar atau laman sosial. Ini menunjukkan aktiviti dubur untuk membuang air besar tidak normal dikenali sebagai ‘pelvic floor dysynergia’.

 

MITOS MENGENAI LAKSATIF DAN SEMBELIT

  1. Mitos: Makanan kaya serat dapat mencegah sembelit.

Fakta: Kadangkala tabiat pemakanan yang kaya serat dapat membantu mencegah sembelit untuk individu sihat.

IKLAN

Namun, peningkatan pengambilan serat boleh memburukkan keadaan bagi individu

yang mengalami sembelit serius.

  1. Mitos: Peningkatan pengambilan cecair dapat melegakan sembelit.

Fakta: Tiada bukti

yang menunjukkan pengambilan cecair yang tinggi dapat merawat sembelit kecuali untuk kes sembelit yang disebabkan penyahhidrasi yang serius.

  1. Mitos: Kurang bersenam boleh menyebabkan sembelit.

Fakta: (Kadangkala) Walaupun gaya hidup kurang aktif boleh menyebabkan atau memburukkan sembelit dalam kalangan warga tua, ada faktor lain yang turut ­menyumbang kepada masalah berkenaan seperti ubat dan tabiat pemakanan.

  1. Mitos: Wanita kerap mengalami sembelit sebelum mengalami kitaran haid.

Fakta: (Kadangkala) Hormon berperanan kecil dalam masalah sembelit, namun bagi sesetengah wanita kekerapan ­untuk ke tandas dipengaruhi kitaran haid mereka.

  1. Fakta: Wanita hamil kerap mengalami sembelit. Ini disebabkan hormon kehamilan yang boleh mengurangkan kelajuan pergerakan makanan dan sisa dalam usus sekali gus menyebabkan sembelit.
  2. Mitos: Ubat julap membantu dalam penurunan berat badan.

Fakta: Mengambil ubat julap tanpa keperluan hanya akan mengakibatkan badan kehilangan cecair dan garam.

  1. Mitos: Bergantung kepada ubat julap adalah satu kemungkinan.

Fakta: Walaupun sesetengah individu yang mengalami sembelit kronik kerap memerlukan ubat julap untuk membantu melancarkan pembuangan najis, tiada kemungkinan pengambilan dos yang disyorkan boleh menyebabkan ketagihan.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI