Jika anda tiba-tiba kerap berasa sangat sakit seperti mencucuk-cucuk dan inflamasi (rasa terbakar) terutamanya pada bahagian bawah belakang, tengkuk dan bahu, segeralah berjumpa dengan doktor. Bincang dan ketahui keadaan sebenar mengenainya secara istilah perubatan dan jangan biarkan ia melarat kerana boleh menyebabkan komplikasi kronik seperti lumpuh.
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH SLIP DISC
Adakah Slip Disc hanya berlaku pada tulang belakang kawasan pinggang sahaja? Tidak, kebanyakan kes juga berlaku pada pangkal tulang belakang di leher dan sekitarnya.Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan sakit slip disc ini.
Di antaranya ialah disebabkan:
Faktor Mekanikal : Postur badan yang tidak betul mungkin semasa melakukan kerja-kerja kasar, mengangkat benda-benda berat, bersukan atau berat badan berlebihan yang menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.
Faktor Trauma : Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.
Faktor Nutrien : Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin kurang bernasib baik kerana mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, punca kepada slip disc itu sendiri.
Kesakitan akibat slip disc mungkin berpanjangan jika tidak dirawat dengan sebaiknya. 7 cara berikut mungkin dapat membantu meredakan masalah berkaitan sakit tulang belakang
Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya untuk merasai keselesaan yang sebaik mungkin. Kaedahnya seperti berbaring di atas lantai rata, berlapik tilam sederhana dengan bantal di kepala dan di bawah kaki. Boleh juga berbaring mengiring dengan bantal di antara celah kaki. Boleh juga mencuba kaedah yang lain bergantung kepada keselesaan anda. Jangan terlalu berada pada satu-satu posisi dalam masa yang lama.
Pergerakan mungkin membantu mengurangkan rasa sakit. Ambil sedikit masa antara 10 hingga 20 minit) berjalan di atas permukaan rata (tidak curam, mendaki atau bertangga).
Ulangi untuk setiap 2 atau 3 jam sekali. Berjalan dalam jarak yang pendek sudah memadai supaya kesakitan boleh dikawal dan tidak timbul masalah sakit kaki.
Selepas pemeriksaan doktor, pesakit kebiasaannya disarankan untuk berehat, mengehadkan aktiviti dan diberi preskripsi ubat tertentu. Sakit belakang bukan masalah yang kecil, patuhi preskripsi ubat yang diberikan dan ambil ikut dos dan masa yang ditetapkan.
Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan peritnya kesakitan tulang belakang yang bukan main calang-calang rasa sakitnya.
Kaedah ini tidaklah mendapat pembuktian secara klinikal akan keberkesanannya. Hanya boleh dicuba sama ada boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat slip disc.
Apabila pergerakan terbatas dalam had tertentu, terapi fizikal boleh membantu. Kaedah ini boleh dilakukan sama ada di klinik, hospital, rumah dengan bantuan oleh pakar terapi fizikal. Kebiasaannya dimulakan dengan kaedah mengurangkan kesakitan dan bengkak, kemudian kepada sesi memperbaiki fleksibiliti, koordinasi, kekuatan dan ketahanan. Mungkin memerlukan beberapa kaedah senaman dalam program terapi ini.
Nisbahnya berlaku kepada 1 daripada 10 pesakit slip disc. Rasanya sedikit ngeri. Mungkin pilihan terbaik apabila kerosakan saraf atau kesakitan menjadi semakin kronik atau gagal sembuh sekurang-kurangnya selepas 4 minggu kaedah rawatan lain.
Merujuk kepada laman livestrong.com, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu memperbaiki kerosakan tisu akibat masalah slip disc. Antara kebaikan suplemen ialah ia boleh membantu masalah slip disc anda secara dalaman setelah rawatan asas dan rujukan daripada doktor.