Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar larangan terhadap lelaki Islam untuk memakai pakaian berwarna merah.
Larangan pakaian merah itu juga pernah dizahirkan menerusi beberapa ceramah agama dan pernah menjadi tular di laman-laman media sosial.
Pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin tampil menjelaskan mengenai larangan tersebut menerusi sebuah hantaran video di laman sosialnya.
Memetik video itu, Dr Kamilin mengambil pandangan yang mengharuskan lelaki berpakaian serba merah menerusi pandangan sebahagian sahabat dan juga tabiin seperti Abi Thalib RA, Talhah RA, Al-Bara’ bin Azib RA, Said bin Al-Musayyib, Hassan Al-Basri dan lain-lain lagi.
Dalil Surah Al-A’raf (Ayat 31 & 32)
Dr Kamilin berkongsi petikan Al-Quran dari ayat ke 31 surah Al-A’raf yang bermaksud, “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”.
Foto: Ayat 31 Surah Al- A’raf.
Ayat seterusnya pula menyambung, “Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semua itu adalah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia”.
Foto: Ayat 32 Surah Al-A’raf.
Maka ayat demikian jelas menunjukkan yang pakaian merah juga termasuk di dalam pemakaian yang diharuskan selagi tiada dalil terperinci yang melarangnya, demikian jelas Dr Kamilin.
Ads
Rasulullah SAW Pernah Berpakaian Merah
Selain itu, Dr Kamilin juga menjelaskan yang ada beberapa hadis yang memberitahu bahawa Rasulullah SAW juga pernah memakai pakaian berwarna merah.
“Hadis Al-Bara’ bin Azib RA riwayat Al-Bukhari yang beliau pernah melihat Nabi SAW berpakaian merah yang mana beliau berkata beliau tak pernah nampak Nabi SAW seindah itu”.
Selain itu, hadis Wahab bin Abdillah RA riwayat Al-Bukhari menyebut yang Rasulullah SAW pernah solat dengan berpakaian merah.
“Jadi kalau dalam solat pun boleh pakai baju merah, di luar (solat) lagilah,” jelas Dr Kamilin.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Rasulullah pernah berkhutbah di Mina dengan berbalut pakaian merah, demikian menurut hadis Amir bin Amru Al-Ansari RA riwayat Abi Dawud.
Ads
Jabir bin Samurah RA juga menyebut dalam satu hadis yang beliau pernah melihat Rasulullah SAW berbaju merah pada suatu malam bulan yang terang, sehinggakan baginda kelihatan lebih indah dari bulan purnama.
Hadis Ibn Abbas RA dan Jabir Abdillah RA menyebut yang Rasulullah pernah memakai baju merah pada hari raya dan juga hari Jumaat.
Selain Rasulullah SAW, dua orang cucu baginda iaitu Hassan dan Hussain pernah memakai baju qamis berwarna merah ketika baginda sedang berkhutbah, demikian menurut hadis riwayat Abi Dawud
Kebanyakan Hadis Larangan Baju Merah Adalah Daif
Mengulas mengenai hadis yang menegah dan mencela lelaki yang memakai baju merah, Dr Kamilin menjelaskan yang kebanyakan hadis berkenaan adalah daif ataupun ada ‘illah (kecacatan) tersendiri.
“Contohnya, tidak menyerupai orang kafir ataupun tidak menyerupai wanita sebab masa itu mungkin orang bukan Islam yang suka memakai warna itu. Ataupun golongan wanita yang akan pakai dengan cerupan warna itu”.
Ads
Namun dalam kaedah fiqh ada menyebut yang sesuatu hukum akan berpusar atau berpaksi kepada ‘illah nya. Jika tiada ‘illah, maka tiadalah hukum tersebut, tambah Dr Kamilin.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
“Contohnya zaman ini, merah itu bukan simbolik atau sinonim dengan wanita ataupun orang bukan Islam. Kita orang Islam pun pakai macam biasa. Maka tiada sebab mengapa warna merah itu tidak boleh semata-mata”.
Secara tuntasnya, orang Islam dituntut untuk memakai pakaian yang mudah dan tidak membebankan baginya. Oleh itu, tiada masalah bagi seorang lelaki memakai baju berwarna merah, yang penting tidak menyerupai orang kafir ataupun wanita.
Queenstown merupakan negeri yang penuh dengan sukan lasak. Shotover adalah sungai sepanjang 70 kilometer dengan air jernih namun deras yang berasal dari Souther Alps. Di sepanjang kiri dan kanan sungai ialah tebing batu yang tinggi dengan pepohon dan semak sana sini. Aktiviti lasak ini boleh dinaiki 13 orang dalam 1 bot termasuk pengemudi. Penggemar aktiviti ini harus berhati-hati kerana bot ini memutar 360 darjah dengan kecepatan tinggi. Anda dinasihatkan untuk membawa pakaian lebih kerana potensi untuk anda lencun sangat tinggi.
Gunung Himalaya (Annapurna, Nepal)
Kepada anda yang gemar mendaki gunung, anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk mendaki gunung Himalaya ini. Selain daripada stamina yang tinggi, anda perlu menyediakan barang teknikal serta peralatan khusus untuk mendakinya, seperti tali temali, sepatu es (crampoon), kapak es (axe ice), sepatu boot khusus salju dan helmet. Ketinggian gunung ini 8848 meter merupakan salah satu aktiviti menarik buat anada yang menggemarkan sukan lasak.
Skydive, Sepanyol
Jika anda seorang yang gemar dengan ketinggian, anda boleh mencuba terjun dari ruang udara dengan ketinggian 15,000 kaki. Iaitu ketinggian tertinggi di Eropah dengan menawarkan jurulatih bertaraf dunia. Jika ini kali pertama anda ingin mencuba, dinasihatkan agar anda mengikuti kelas bersama skydiver yang berpengalaman. Skydive ini terletak di hujung Sepanyol dengan hanya 20 minit perjalanan dari pusat bandar Seville.
Laie Point Cliff Jump,Hawaii
Lompat tebing setinggi 25-30 kaki di pantai utara Oahu telah menjadi tempat yang terkenal untuk untuk peminat sukan lasak. Pemandangan lompat yang popular dari filem Forgetting Sarah Marshall’ telah di filemkan di sini. Ia merupakani tebing yang terbaik di pantai utara Oahu dan cara terbaik untuk persinggahan jika anda menuju dari pantai timur. Masa terbaik untuk membuat loncatan tebing adalah pada musim panasberikutan ombak besar semasa musim sejuk.
Bungee Jumping, Menara Macau, China
Pada ketinggian 233m di tengah-tengah ibu kota perjudian itu, ini adalah lompatan bungee tertinggi di dunia dari bangunan. Anda melompat dari bucu besi luar menara gergasi itu dan anda akan dilihat seperti seekor lalat kecil berterbangan dari arah jauh. Tali yang direka merupakan tali bungee gergasi kedua yang hanya boleh jatuh lurus tanpa hayunan. Jika anda gemar sukan seperti ini, anda boleh ke Menara Macau jika anda bercuti di China.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada anda pengguna TikTok atau mana-mana platform laman media sosial popular masa kini, wajah pemuda yang sering tampil dengan video jenaka sinisnya pasti sudah tidak asing lagi.
Khaby Lame yang kini dikenali sebagai antara pempengaruh laman TikTok paling terkenal dunia dikenali bukan sahaja oleh warga massa tetapi selebriti popular dan juga jenama-jenama terkenal.
Jadi tidak hairanlah pemuda dari Senegal ini turut dilamar banyak jenama-jenama fesyen untuk memperkenalkan kolaborasi istimewa. Terbaru, Khaby Lame tampil bersama jenama fesyen berpenharuh BOSS dengan koleksi kapsul edisi terhad bagi Spring/Summer 2022.
BOSS dilaporkan mengenal pasti Khaby Lame sebagai bakat baharu yang mempunyai potensi cukup hebat. Tahun lalu, BOSS menampilkan Khaby Lame di persembahan fesyen Russel Atletic x BOSS. Malah dia cukup dilantik sebagai spokesmodel untuk jenama tersebut.
Menerusi koleksi kapsul istimewa kali ini, Khaby Lame menyerlahkan beberapa koleksi pakaian BOSS seperti jaket varsiti, hoodie dan juga kemeje-T. Dengan menggunakan pelet warna hitam, setiap item turut dikelgkapi dengan logo khas dari Khaby Lame.
Menurutnya, “Koleksi BOSS x Khaby ini datang dari imaginasi saya dan juga pasukan di BOSS yang inginkan sesuatu lebih menyeronokkan. Saya cukup minat dengan streetwear tetapi dengan BOSS saya mempelajari untuk keluar dari zon selesa dan mendakap gaya lebih berbeza.
“Fesyen merupakan sebahagian daripada kehidupan dan juga kerjaya saya pada masa kini. Dan semestinya saya cukup teruja!” jelasnya lagi.
Dari memuat naik video reaksi komedi hingga dilamar oleh jenama berprestij. Cukup luar biasa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sacoor Blue, sebuah jenama yang mementingkan kehidupan mampan amat teruja melancarkan koleksi terbarunya yang mendapat inspirasi daripada semangat anak muda serta kreativiti, membawa pembeli-belah mengembara melalui tiga inspirasi berbeza.
Digital Daydream
‘Digital Daydream’ mendapat inspirasi daripada dunia permainan dengan rangkaian kemeja-T serta baju panas yang dinamik, menggabungkan ilustrasi retro pertengahan 80-an dan 90-an.
Pakaian-pakaian itu tertumpu kepada budaya gaming dan menjadi tanda ingatan kepada keseronokan dan keterujaan yang dibawa permainan-permainan ikonik ini ke dalam kehidupan kita. Dengan mengenakan gaya ini seolah anda melangkah ke dalam kapsul masa, membawa anda kembali ke era kegemilangan Walkman dan permainan arked.
Masih ingatkah kegembiraan mendengar muzik pada pemain CD, atau keseronokan memelihara haiwan kesayangan Tamagotchi anda? “Digital Daydream” menyingkap intipati detik itu. Sama ada anda meminati permainan fizikal atau dalam talian, koleksi ini direka untuk keselesaan yang diperlukan bagi sesi permainan yang kompetitif atau sekadar bersantai di sofa.
Lunch Break
‘Lunch Break’ membawa kita kembali ke detik-detik indah bersama rakan-rakan selepas sekolah, membangkitkan kenangan ketawa riang dan makan bersama. Koleksi ini memberi penghormatan kepada estetika 50-an dengan warna-warna terang.
Direka untuk golongan muda dan yang berjiwa muda, ia menggabungkan unsur-unsur pakaian sukan universiti dengan potongan yang diilhamkan oleh akademia untuk gaya preppy yang menarik.
Dalam dunia yang bergerak pantas, ‘Lunch Break‘ menekankan kepentingan berehat, bukan sahaja untuk kesejahteraan fizikal tetapi juga untuk kesihatan mental kita. Ia mengingatkan kita untuk berhenti seketika daripada rutin kita, dan mengisi semula dengan meluangkan masa untuk bersama rakan-rakan yang benar-benar memahami kita.
Homeland
‘Homeland’ meraikan saat-saat yang menggembirakan bertemu semula dengan orang tersayang dalam suasana yang damai dan selesa. Pilihan jaket serta pakaian berkait yang selesa di bawah rangkaian ini membayangkan suasana itu.
Setiap satu direka untuk mendorong anda lari daripada tekanan kehidupan seharian, sebaliknya menikmati aktiviti luar dan membiarkan imaginasi anda bebas berlari.
Koleksi ini menampilkan cetakan botani rustic, bunga-bunga yang menyegarkan dan corak foklor dalam warna-warna yang ceria. Ia memberi inspirasi kepada gaya hidup nomad dan menggalakkan kita untuk meluangkan masa dikelilingi alam semula jadi.
Setiap satu mencerminkan keindahan semula jadi kita, menjemput anda untuk menerapkan gaya hidup yang berkaitan dengan kehidupan yang bermatlamat.
Rekaan dari Portugal, koleksi terbaru dari Sacoor Blue ini pasti akan menarik jiwa-jiwa muda dalam diri kita semua dengan setiap inspirasi menceritakan kisah pengembaraan anak muda. Inspirasi di sebalik koleksi ini bukan sahaja mempamerkan komitmen Sacoor Blue terhadap fesyen tetapi juga untuk memupuk hubungan bermakna dan mempromosikan kesejahteraan secara keseluruhan.
Koleksi baharu ini boleh didapati di semua kedai Sacoor Blue di Malaysia, termasuk Pavilion KL, IOI City Mall Putrajaya, LaLaport BBCC dan MyTOWN Shopping Centre. Ikuti Sacoor Blue di Instagram dan Facebook untuk ketahui tentang produk terbaru.
Ketahui lebih lanjut mengenai rekaan terkini di laman web rasmi Sacoor Blue.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.