Masalah breakout atau jerawat di wajah bukan sahaja boleh buat kita stress, tetapi ia juga boleh menggugat keyakinan diri.
Jika breakout ini hanya timbul sebiji dua sahaja tidak mengapa, tetapi kalau sudah memenuhi setiap inci wajah, ia sudah jadi masalah kesihatan yang serius.
Baru-baru ini seorang pengguna twitter iaitu wmawadullah membuat perkongsian bagaimana dia merawat masalah breakout atau jerawat di wajah dengan hanya berbelanja sebanyak RM5 sahaja.
BACA: Risau Jerawat Semakin Membesar, Guna Petua Tradisional Ini Hilangkannya
Ikuti penjelasan lengkapnya bagaimana dia merawat masalah tersebut:
Pernah guna pelbagai produk penjagaan kulit namun tiada hasil
Dia juga pernah membuat percubaan ke klinik swasta namun dia dicadangkan agar untuk merujuk masalah ini kepada hospital kerajaan untuk rawatan lanjut
Pergi ke klinik kesihatan kerajaan dan minta dibuatkan surat mohon untuk temujanji dengan Hospital Kerajaan
Bila sudah dapat surat, terus rujuk di mana sahaja Hospital Kerajaan untuk berjumpa dengan pakar kulit atau lebih dikenali sebagai Dermatologis
Pastikan anda mempunyai surat rujukan daripada klinik kesihatan kerajaan jika tidak sukar urusan anda bila pergi ke Hospital Kerajaan
Dia berkongsi antara jenis ubat yang diberikan oleh Hospital Kerajaan
Ubat ini pula dia kena guna 1 kali sehari
Dia juga diberikan ubat untuk disapu pada jerawat dan sapuan tersebut mestilah nipis sahaja
Ubat ini pula mesti diletakkan dalam keadaan bilik yang gelap
BACA: Orang Lelaki Kalau Nak Awet Muda, Tak Susah, Cuma Kena Amalkan Tip Ini Sahaja
Dia berkongsi lagi bahawa jika sudah alami breakout yang teruk, terus rujuk ke Hospital Kerajaan agar dapat berjumpa dengan Pakar Kulit daripada berbelanja duit yang banyak dengan membeli produk
Tips ini juga disediakan khas untuk mereka yang betul-betul ada breakout, jika setakat sebiji jerawat sahaja, dikhuatiri hospital tidak akan melayani anda dan pastikan mendapat khidmat nasihat pakar kulit dahulu untuk menggunakan ubat yang dia tunjukkan tadi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI