Aktiviti berbasikal seperti mana kita tahu bertambah popular sekarang. Tidak kisahlah sama ada dari jenis road bike, mountain bike mahupun folding bike ia dilihat mendapat tempat di hati ramai orang pada masa kini sama ada di Malaysia mahupun dunia.
Berbasikal di atas permukaan berbeza-beza memberikan kepuasan berlainan. Layan road bike pastinya lebih tenang dan lancar. Manakala untuk off road seperti menunggang mountain bike pula memberikan cabaran berbeza.
Tapi pernahkah anda membayangkan bagaimana untuk mengayuh basikal di atas permukaan ais? Bagi mereka yang tinggal di negara empat musim mungkin cukup beruntung kerana boleh mencuba seperti mana yang dilakukan oleh lelaki ini.
Lelaki yang merupakan seorang jurutera dan dikenali dengan nama gelaran The Q, mencipta roda yang unik untuk mengayuh basikal di atas tasik yang beku.
Rekaan inovatif yang bukan sahaja unik tetapi berani itu diberikan nama gelaran ‘Icycycle’. The Q menggantikan tayar asal basikal tersebut dengan roda dalam betul xakera besi yang tajam seperti mata gergaji!
Ini juga bukanlah kali pertama dia melakukan ubah suai basikal. Pada tahun 2019 dia pernah mencipta roda menampilkan puluhan susunan kasut digantikan sebagai tayar.
Ketika pertama kali melakukan kayuhan di atas tasik yang beku, rodak unik itu mencengkam terus ke dalam ais dan membuatkan ia sukar untuk dinaiki.
Namun selepas itu dia melakukan sedikit ubah suai dan menambah sedikit komponen besi di bahagian mata bilah untuk mendapatkan kayuhan lebih stabil.
Cubaan kali keduanya berjaya dilakukan dengan baik sekali. Ikuti pengalaman lelaki ini menerusi video di bawah.
Kredit: The Q