Kepada sesiapa yang sentiasa melakukan plank pasti betapa sukarnya bertahan dengan lama dalam posisi senaman ini. Kalau dapat lakukan lebih dari lima minit pun sudah dikira cukup lama.

Jadi bayangkan jika melakukannya secara berterusan selama beberapa jam! Tidak boleh nak dibayangkan betapa kerasnya dan penat keseluruhan otot badan terutamanya di bahagian abdomen. Melakukannya dengan cara biasa pun sudah cukup membuatkan kita terketar-ketar.

Namun itulah cabaran yang ingin digalas oleh seoranf lelaki yang telah memecahkan rekod dunia melakukan plank paling lama. Berasal dari Australia, Daniel Scali telah memecahkan rekod dunia melakukan abdominal plank paling lama di dunia dengan catatan masa 9 jam, 30 minit dan 1 saat.

Rekod baharu yang dicipta olehnya tersebut memadamkan rekod lama lebih satu jam. Ia merupakan satu pencapaian yang bukan sahaja luar biasa malah di luar batasan pemikiran kita sebagai manusia normal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniel Scali (@daniel_scalii)

Lebih menarik, cubaan memecahkan rekod dunia yang dilakukan oleh Scali juga dilakukan seiirng dengan misinya menyebarkan kesedaran tentang kondisi kesakitan kronik atau chronic pain. Kondisi kesihatan tersebut merupakan salah satu pengalaman yang telah dilaluinya sendiri dengan complex regional pain syndromme.

Ads

Sindrom tersebut menyebabkan sebarang sentuhan, pergerakan atau terkena air dan juga angin boleh mendatangkan kesakitan. Misi memecehkan rekod lama yang dicatatkan oleh George Hood pada tahun lalu dengan catatan masa 8 jam, 15 minit dan 15 saat.

Selepas berjaya melakukan percubaan tidak rasmi denfan catatan 9 jam 9 minit sebelum ini telah memberikan keyakinan besar buat Scali bagi memecahkan rekod tersebut. Namun memecahkan rekod tersebut tidaklah semudah seperti yang disangkakan oleh dirinya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniel Scali (@daniel_scalii)

Ads

“Pada minit ke-14, bahagian betis saya mula terasa seperti ‘terbakar’ dan dari situ saya tahu ini merupakan percubaan yang sangat mencabar. Dengan meletakkan tekanan berpanjangan pada bahagian siku, tangan dan bahu saya harus menguatkan semangat dan bijak untuk mengendalikan kesakitan yang dirasai,” jelasnya.

Memasuki tempoh di antara enam dan tujuh jam, badannya mula memberikan reaksi. Pada saat ini tubuhnya mula menggeletar sedikit. Malah lebih teruk dia mula muntah akibat kepenatan melampau.

“Kesakitan itu dapat saya rasakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Segalanya seakan berasa sangat kebas termasuklah pada bahagian kaki, paha dan tangan kiri pula terasa sangat teruk,” tambahnya lagi.

Ads

Seleps 9 jam, 30 minit dan 1 saat, Scali berasa berpuas hati, Kejayaannya memecahkan rekod dunia merupakan satu pencapaian peribadi yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Semoga kisah ini memberikan inspirasi untuk terus melakukan senaman demi kesihatan fizikal dan mental berpanjangan.

Kredit: Daniel Scali

https://www.youtube.com/watch?v=5r9hqcbGFrc

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI