Lelaki Ini Nak Turun Lagi 8kg Ketika Raya, Lepas Berjaya Buang 10kg Sepanjang PKP!

Share

Siapa yang tidak bangga dan puas hati jika turun sebanyak 10kg sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Bukan mudah, lagi pula dapat isteri yang suka memasak, lagi lah haru.

Namun menurut Harit Faisal, dia tidak menyangka dirinya hilang sebanyak 10kg sepanjang PKP ini dalam masa 30 hari.

Menurutnya, dia sebenarnya berisi sejak kecil dan bermula sekolah menengah duduk asrama di memiliki badan yang diidamkan sehinggalah dia berkahwin. Berat badannya naik sehingga 20kg dalam tempoh 3 tahun.

“Masa sekolah rendah dulu saya ni gemuk. Memang selalu kena ejek “gemuk” dengan kawan-kawan.

“Start sekolah menengah duduk asrama, terus kurus sampai kahwin. Lepas kahwin, naik 20kg dalam masa 3 tahun.

“Tiba-tiba saya dapat lost 10kg dalam 30 hari PKP ni. Tak strict sangat cara saya turun 10kg ni. Iya! Semua orang boleh buat.

“Cuba kau bayangkan kau angkat beras 10kg. Berat tak? Hah! Berat macam itulah hilang dari badan saya. Bahagia rasa.” Tulisnya di Facebook.

Tambahnya, dia tidak merancang untuk turunkan berat badan. Dalam fikirannya sama seperti orang lain, confirm berat badan naik kerana asyik buka peti ais. Tetapi entah bagaimana dia boleh konsisten turunkan berat badan setiap hari.

“Sepanjang PKP ni, purata berat saya turun 300gram hingga 350gram setiap hari. Saya mula dengan berat 82kg masa 1st day PKP, sekarang dah 72kg pada 30th day PKP.” Tambahnya lagi.

Tip yang diamalkan olehnya:

Dia akui antara cabarannya ialah bila isteri buat pencuci mulut, puding karamel. Walaupun itu adalah favoritenya, tetapi demi menyelesaikan misi yang telah di tetapkan dia hanya menjamah satu atau dua sudu sahaja.

Malah dia turut memberitahu selain dari Coco Crunch anak sebagai snackingnya, kurma juga sangat bagus untuk mengekalkan perutnya mudah merasa kenyang.

Dia juga percaya, di bulan Ramadan ini lagi senanglah turun berat badan kerana tiada bazar Ramadan, buffet hotel, iftar dengan kawan-kawan dan syarikat serta moreh.

Malah, kini dia mempunyai misi untuk turunkan lagi 8kg dia memerlukan kurang dari sebulan lagi untuk dapatkan berat badan idamannya.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi beberapa tip untuk timbang berat badan yang ramai tidak tahu dan sering terlepas pandang;

1. Timbang berat badan hari-hari, kerana senang untuk monitor progress.

2. Timbang pasa masa yang lebih kurang sama setiap hari.

3. Lebih selesa timbang pada siang hari, terutamanya sebelum sarapan dan selepas buang air kecil serta besar.

4. Jika mula timbang pakai kain pelikat, setiap hari kena pakai kain pelikat

Malah, dia juga mengalakan orang ramai untuk minum air kosong, tetapi perlu di ambil secara berpada-pada.

Sumber: Harith Faisal

 

Published by
lany