Ramai pemilik kereta gemar menambah aksesori untuk keselesaan dan gaya, tetapi tahukah anda bahawa ada aksesori yang boleh membahayakan nyawa?

Seorang lelaki telah berkongsi tentang empat barang yang patut dielakkan dalam kereta kerana ia boleh mengancam keselamatan pemandu dan penumpang.

Walaupun nampak biasa atau berguna, aksesori ini boleh menjadi faktor utama dalam kemalangan jalan raya.

Lelaki Ini Kongsikan 4 Aksesori Bahaya dalam Kereta, Jangan Pasang Jika Sayangkan Nyawa!
Foto : The Rakyat Post

Karpet Kereta Tebal

Karpet kereta sering digunakan untuk memastikan lantai kenderaan kekal bersih dan selesa.

Namun, memilih karpet kereta yang terlalu tebal boleh menyebabkan masalah besar, terutama ketika anda perlu menekan brek dengan pantas.

Karpet yang tidak sesuai atau tidak dipasang dengan betul boleh tergelincir dan menyekat pergerakan pedal, menjadikannya sukar untuk membrek dalam situasi kecemasan.

Selain itu, karpet yang terlalu tebal juga boleh menyebabkan pedal brek atau minyak tersekat, mengakibatkan pemandu kehilangan kawalan ke atas kenderaan.

Lelaki Ini Kongsikan 4 Aksesori Bahaya dalam Kereta, Jangan Pasang Jika Sayangkan Nyawa!
Foto : Shevron Auto Accessories

Dashboard Cover 

Ramai yang menggunakan penutup dashboard untuk melindungi permukaan daripada cahaya matahari atau untuk mencantikkan dalaman kereta.

Ads

Namun, anda mungkin tidak sedar bahawa aksesori ini boleh menghalang airbag daripada berfungsi dengan baik semasa perlanggaran.

Airbag direka untuk mengembang dengan pantas dalam kemalangan, tetapi jika terdapat objek seperti penutup dashboard yang menghalang kawasan letupan airbag, impaknya boleh berkurangan dan mengancam keselamatan penumpang.

Lelaki Ini Kongsikan 4 Aksesori Bahaya dalam Kereta, Jangan Pasang Jika Sayangkan Nyawa!

Seatbelt Clip 

Seatbelt clip sering digunakan untuk mengurangkan ketegangan tali pinggang keledar, memberikan rasa lebih selesa kepada pemandu dan penumpang.

Namun, hakikatnya penggunaan aksesori ini boleh membahayakan nyawa anda.

Ads

Dalam keadaan kemalangan atau brek kecemasan, seatbelt clip boleh pecah dan menyebabkan tali pinggang keledar gagal berfungsi dengan baik.

Ini bermakna, jika berlaku perlanggaran, badan anda tidak akan ditahan dengan kuat, meningkatkan risiko kecederaan serius atau maut.

Lebih memburukkan keadaan, jika pihak insurans mengetahui anda menggunakan aksesori ini, kemungkinan besar tuntutan insurans tidak akan diluluskan kerana anda dianggap tidak menggunakan tali pinggang keledar dengan cara yang betul.

Lelaki Ini Kongsikan 4 Aksesori Bahaya dalam Kereta, Jangan Pasang Jika Sayangkan Nyawa!
Foto : PngTree

Manik-Manik Hiasan 

Bagi mereka yang gemar menghias tempat duduk dengan aksesori seperti manik-manik atau kusyen berbatu, anda perlu lebih berhati-hati.

Ads

Walaupun aksesori ini mungkin kelihatan cantik dan memberikan keselesaan tambahan, ia sebenarnya boleh menjadi ancaman serius jika berlaku kemalangan.

BACA LAGI : 5 Servis Kereta Paling Penting Sebelum Pulang Kampung Sambut Hari Raya Aidilfitri

Jika berlaku perlanggaran dan airbag meletup, manik-manik ini boleh bertaburan dengan kelajuan tinggi dan mencederakan mata atau muka anda. Dalam beberapa kes, serpihan kecil dari aksesori ini boleh menyebabkan kecederaan serius atau buta.

Memasang aksesori dalam kereta bukanlah satu kesalahan, tetapi pastikan pilihan anda tidak mengorbankan keselamatan.

Setiap pemilik kenderaan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala aksesori yang digunakan bukan sahaja memberikan keselesaan, tetapi juga tidak menjejaskan aspek keselamatan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI