Gaya Hidup

Lelaki Ini Kongsi Trik Nak Jimatkan Bateri Handphone, Jika Lupa Bawa Power Bank!

Share

Bila sakan sangat buka macam-macam aplikasi, tak sedar bateri handphone anda nak habis. Kebetulan pula hari tu anda terlupa bawa power bank. Mesti panik sebab bateri handphone makin sedikit.

Kalau alami situasi begini, jangan rosakkan mood anda. Cuba praktikkan tip jimatkan bateri handphone sebagaimana yang dikongsikan oleh Rafiq Sharman Khamis di laman Facebooknya.

7 TIPS UNTUK JIMATKAN BATERI SMARTPHONE KETIKA BATERI PHONE SEDIKIT & LUPA BAWA POWER BANK

Pernah tak kita nak keluar atau pergi shopping sekali bateri phone tinggal bawah 50%

Tengok dalam bag, power bank pula tak bawak! Memang akan gundah gulana smartphone tanpa bateri.

Ini tips yang saya selalu gunakan jika disituasi begini.

1. Tukar kecerahan screen kepada yang paling rendah. Kecerahan screen antara penyumbang utama penggunaan bateri phone.

2. Setkan nada dering ke “silent mode” tanpa vibrate. Pastikan situasi kita bukan menjangkakan panggilan yang penting.

3. Tutup data internet. Buka jika perlu SAHAJA untuk semak apa-apa perkembangan di FB, Whatsapp dan Media Sosial yang lain.

4. Jika lagi extreem, setkan phone ke “Flight Mode”. Ini akan menutup data internet dan line telefon sekali, lagi jimat bateri. Dan pastikan situasi kita bukan menjangkakan sebarang panggilan telefon.

5. Jangan main game di phone. Sesetengah permainan game akan menggunakan pemprosesan CPU dan grafik phone yang tinggi. Sabar kejap, balik nanti baru main game ya.

6. Jangan off dan on semula phone dengan kadar yang kerap jika nak jimatkan bateri. Jika tempoh jangka masa yang lama tak mengapa.

Off dan On phone semula ni ibarat bila kita tidur dan bangun terus lalu terus berlari. Memang memenatkan, sama juga pada phone…ia akan guna bateri yang banyak untuk ‘bangun’ semula.

7. Jika anda masih perlukan data internet tetapi di kawasan anda hanya ada Internet 3G atau lagi rendah, dicadangkan boleh tutup sementara internet anda.

Data Internet 4G adalah paling jimat bateri. Teknologi paling baru akan pastikan pengunaan bateri lebih optimum.

Moga kita boleh shopping dengan hati yang lebih tenang, walaupun bateri phone kita sudah hampir kekeringan.

Dah kena stop menulis, nanti habis bateri pulak

Published by
Roselinda