Memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat, bukan lagi sesuatu yang memalukan untuk lelaki. Malah, zaman sekarang ini ramai lelaki yang mula sedar tentang betapa pentingnya penjagaan kulit wajah.
Di Twitter, ada seorang tweet handle bernama @fazjpg ada berkongsi pengalamannya menggunakan produk jenama yang dianggap sangat berpatutan dan memberi kesan yang baik di wajahnya.
Menurut lelaki ini, dia hanya ingin berkongsi pengalamannya menggunakan produk tersebut. Katanya dia hanya melaburkan sedikit wang ringgit (Bawah RM500) untuk miliki produk ini dan bertahan sehingga 5 bulan untuk setiap produk yang di belinya itu, sangat berpatutan.
“Best gila! After pakai glowing. Just biarkan dalam 10minit je and boleh basuh terus. Bau dia rasa wangi weh! Dia tak kering langsung after pakai Hugging face jerawat pun pudar!” tulisnya di twitter.
Ads
Tambahnya lagi, ia mengambil masa selama 3 bulan untuk kulit menjadi cantik dan sihat seperti sekarang. Dia bersyukur sangat kerana sekarang ini dia sudah tidak perlu mencari-cari jenama apa yang sesuai untuk kulitnya.
“My skin gatal-gatal at that time and after that jerawat pasir . Setiap hari saya just amalkan 5 basic skincare routine ni which is cleanser, toner, exfoliator, moisturizer dan tidak dilupakan juga sunscreen.
“5 basic skincare ni dapat merawat my skin day by day. I see that improvement and MaryKay ada semua tu and Alhamdulillah my skin boleh adapt and now tak payah fikir dah skincare apa yang sesuai dan kena dengan saya.” Katanya kepada MASKULIN.
“Asyik style rambut je sayang, tak nak try tukar ke?”
Mungkin itulah yang diperkatakan oleh isteri atau kekasih anda melihatkan gaya rambut yang tak pernah berubah sejak beberapa tahun.
Sebenarnya tak salah kita sebagai lelaki untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba keluar dari zon selesa dan terokaibenda baru. Antaranya gaya potongan rambut.
Percayalah bila anda tukar gaya rambut orang pasti akan perasan. Dan ini boleh membina satu personaliti yang lebih membantu anda dalam aktiviti seharian.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 25 gaya potongan rambut terkini yang boleh anda rujuk. Jadi bila ke kedai gunting nanti tunjuk saja salah satu foto di bawah kepada tukang gunting rambut.
70 daripada 100 individu yang mengikuti kajian anjuran pakar psikologi sebuah universiti di luar negara mendakwa mereka lebih mempercayai lelaki yang memiliki raut muka tajam.
Berbanding lelaki yang memiliki bentuk muka bulat, responden mendakwa kelompok tersebut terlalu comel untuk melakukan kerja-kerja yang serius.
Muka tajam sesuai jadi pemimpin
Dalam erti kata lain, lelaki yang memiliki raut wajah tajam juga dikatakan lebih dipercayai jika berdiri sebagai pemimpin walaupun berbeza pandangan politik.
Sebaliknya, yang berwajah bulat sering menjadi mangsa ejekan umum kerana kredibilitnya sebagai seorang pemimpin tidak dipercayai ramai (berdasarkan kajian psikologi).
Merungkai psikologi aneh tersebut, Maskulin ingin berkongsi sebab kenapa orang lebih suka mendengar kata-kata daripada lelaki berwajah tajam :
1. Fokus
Apabila bercakap dengan lelaki berwajah tajam, pandangannya seperti lebih fokus kepada sesuatu arah. Berbanding mereka yang berwajah bulat, orang akan melihatnya sebagai melilau kerana raut wajah yang lebar.
2. Gerun
Cuba kalau lelaki berwajah tajam hanya diam dan memandang anda untuk seketika. Ada rasa sedikit gerun tak? Cuba kalau anda berdepan dengan lelaki berwajah bulat, rasa gerun atau dan terus nak tegur dan ajak bergurau?
3. Berkarisma
Jika sosok tubuh seorang lelaki berwajah tajam berdiri di sebuah pentas dan berbicara soal politik, anda akan dengar dengan tekun meski pun mengetahui pandangannya tidak selari dengan pemahaman anda. Berbanding pemimpin berwajah bulat, anda akan siap kata, “Ah.. sembang!”
4. Serius
Riak wajah serius lelaki berwajah tajam ini bukan calang-calang. Kita pun jadi takut nak tegur kalau tahu dia sedang cuba menyelesaikan sesuatu masalah yang besar. Berbanding lelaki berwajah bulat, jika dia stress pun, anda mudah untuk mendekati dan rasa selamat (takkan kena marah).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nak dapatkan kulit bersih dan flawless sebenarnya tak susah kalau lelaki rajin jaga kulit. Anda kena tahu, wanita suka bila melihat lelaki ada kulit bersih dan flawless kerana ia melambangkan penampilan dan kebersihan.
Kalau biarkan kulit anda berserabai tanpa sebarang langkah penjagaan. Sebabnya, jangan kata wanita nak pandang, silap-silap kawan lelaki pun akan menjauhi anda.
Pastikan anda jaga 10 tip ini agar kulit bersih dan flawless. Bukan semata-mata nak wanita pandang, anda pun akan rasa yakin bila miliki kulit bersih dan flawless.
1. Pembersih muka
Untuk dapatkan kulit bersih dan flawless, jangan culas nak basuh muka dengan pembersih muka. Elakkan mencuci muka dengan sabun kerana kandungannya tidak sesuai untuk kulit wajah. Gunakan pembersih muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan habuk yang melekat pada kulit wajah. Ini akan membantu anda mendapatkan wajah yang bersih dan flawless.
2. Skrub muka
Skrub wajah merupakan cara terbaik untuk mendapatkan kulit bersih dan flawless. Ia berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Lelaki mempunyai struktur kulit wajah yang agak kasar berbanding wanita. Banyak produk skrub kulit khusus untuk lelaki. Jadilah ia sebagai amalan dalam penjagaan kulit anda.
3. Pelembap
Penting untuk anda melembapkan kulit tetapi pelembap yang berlebihan boleh membawa kepada masalah lain disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Cuba gunakan pelembap yang ringan selepas bercukur dan sebelum tidur. Ini dapat membantu mengelakkan kerengsaan, kulit kering dan mengelupas. Kalau anda tidak mahu memakai pelembap yang biasa wanita pakai, carilah pelembap Johnson & Johnson yang sesuai untuk seluruh badan.
4. Jerawat
Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat. Selain itu ikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, kunyah makanan dengan betul dan elakkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Jangan lupa banyakkan minum air putih.
5. Kulit kering
Kulit kering boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minumlah air putih dan gunakan pelembap sebagai langkah asas untuk melawan berlakunya kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, gunakan pelembap khas yang boleh anda beli di farmasi.
6. Kulit berminyak
Perubahan hormon, tekanan, pemakanan, alam sekitar dan genetik boleh menyebabkan kulit berminyak. Basuhlah muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makan terlalu banyak makanan berminyak, elakkan menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan jangan lupa minum air yang banyak. Cara-cara ini boleh mengatasi masalah kulit berminyak anda.
7. Blackhead
Blackhead adalah pemula kepada berlakunya masalah jerawat kerana ia mengumpulkan bakteria, sel-sel mati dan minyak. Blackhead dicetuskan oleh hormon dan muncul di hidung, dahi dan tulang pipi. Nak elakkan blackhead, bersihkan kulit secara kerap dan elakkan terlalu banyak berjemur di bawah sinaran matahari. Menggunakan nose strip untuk juga bagus untuk menghilangkan backhead.
8. Liang pori
Lubang yang kelihatan pada kulit dan di sekitar hidung adalah disebabkan oleh liang pori yang terbuka. Penting untuk anda mengekalkan kebersihan pada kulit agar anda boleh mencegah berlakunya jerawat dan jangkitan kulit. Banyakkan minum air putih dan jika anda rajin, gunakan penyegar kerana ia sangat bagus untuk mengecilkan liang pori pada wajah.
9. Kedutan
Lelaki juga takut dengan kedutan. Ia boleh muncul dan paling jelas dilihat pada dahi, sudut mata dan mulut. Lebih terdedah kepada matahari boleh menyebabkan kedutan tetapi jika anda cukup tidur dengan postur yang betul, mencuci muka dengan kerap, mengamalkan diet yang kaya dengan antioksida dan Omega-3 boleh membantu anda mengurangkan masalah kedutan.
10. Tip bercukur
Bercukurlah mengikut arah pertumbuhan rambut kerana ia dapat mengurangkan rasa gatal-gatal dan keradangan kulit selepas bercukur. Penting untuk anda memilih alat pencukur yang terbaik bagi mengelakkan kulit luka dan rengsa. Elak pakai pencukur yang boleh memberi tekanan pada kulit. Satu lagi sangat penting untuk anda menukar pencukur secara kerap bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.