Sama ada suka atau tidak satu perkara yang perlu kita akui ialah juadah yang berkisarkan nasi merupakan makanan paling popular di negara kita.
Sebut sahaja nasi pelbagai jenis lauk-pauk yang boleh dinikmati bersama akan muncul dalam kepala. Itu belum lagi cerita tentang masakan berkait secara terus dengan nasi seperti nasi goreng, nasi himpit, bubur nasi dan sebagainya.
Malah dalam seminggu rasanya paling kurang pun kita akan makan nasi lebih lima kali. Bagi mereka yang sedang berdiet, cabaran mengurangkan pengambilan nasi dalam menu haria juga cukup besar.
Sebenarnya tak salah kalau kita makan nasi tapi dalam waktu yang sama berdiet. Cuma apa yang salahnya ialah jika diambil melebihi daripada kuantiti diperlukan. Atau bagi mereka yang berdiet perlu dkurangkan dengan lebih banyak.
Seorang pengguna Twitter @NaufalAntezeem pernah berkongsi petua dan tip bagaimana dia makan hanya sesenduk nasi tapi boleh buat perut rasa kenyang.
Anda mesti curious bukan? Jom ikuti perkogsiaan yang cukup menarik dari saudara kita ini.
Menurut Naufal Antezem, anda perlu minum air dulu sebelum makan. Ini bagi buat anda rasa perut sudah terisi, barulah makan tak macam orang lupa dunia nanti.
Nasi biar satu senduk sahaja tapi lebihkan sayur sama ada sama banyak atau gandakan. Kalau tak makan sayur ambil lauk biar lebih sikit.
BACA: Minum Teh Hijau Kosong Selama 2 Bulan, Rahsia Lelaki Ini Turun 10kg Walaupun Makan Nasi!
Elak ambil kuah ‘berlemak’ dan kaya dengan santan.
Perlu ingat otak memerlukan masa untuk terima bahawa perut sudah kenyang. Jadi makanlah dengan perlahan. Kalu makan cepat anda pasti tak rasa kenyang dan nak makan lagi.
Selepas makan jangan terus minum air. Sebaliknya tunggu sekurang-kurangnya lima minit selepas habis makan. Jika mampu minumlah sebotol air mineral 500ml.
Selepas satu atau dua jam jika masih rasa lapar anda boleh makan snek sihat seperti buah-buahan, salad atau kekacang yang rendah kalori.
Bagi anda yang nak berdiet mungkin boleh cuba tip ini. Selamat mencuba!
Sumber: @NaufalAntezem