Memiliki rumah sendiri merupakan idaman setiap orang terutamanya yang memiliki keluarga. Tak kiralah sama ada membeli atau menyewa, memiliki kediaman yang baik boleh membantu anda mendapat sebuah kehidupan berkeluarga yang aman dan bahagia.
Bila masuk rumah baru pelbagai perkara yang perlu anda lakukan. Bermula dari measang gril hinggalah kepada pemasangan dapur dan pelbagai peralatan eletrik yang penting.
Namun bagaimana pula dengan faktor keselamatan. Jika segalanya telah anda lakukan apa lagi yang boleh dibuat untuk mempertingkatkan faktor keselamatan?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada seorang lelaki menerusi bebenang ringkasnya di Twitter. Pengguna Twitter yang menggunakan nama abang_jambang (@brotherjambang) berkongsi kepada follower-nya tentang basihat ayahnya bila berpindah ke rumah baru.
BACA: Cara Betul Pasang Aircond Untuk Jimat Elektrik, Rupanya Salah Guna!
Jelasnya perkara pertama perlu dilakukan bila nak pindah masuk rumah baru ialah menukar skru plat pintu kepada yang lebih panjang.
Ikuti perkongsian beliau di bawah:
Cari skru yang lebih oanjang dan tukar skru asal yang dipasang oleh kontraktor.
Tambahnya lagi sebahagian besar kontraktor memasang plat pintu dengan skru yang hanya berukuran setengah inci Ini sekali gus membuatkan ia lebih mudah untuk dipecahkan dengan hanya satu tendangan kuat.
Untuk dapatkan lebih ketahanan pada plat pintu, pilihlah skru berukuran lebih panjang. Sebagai contohnya yng berukuran 4 inci.
Dengan memasang skru lebih panjang ini akan menyukarkan pencuri untuk pecah masuk ke rumah anda. Dan jika mereka cuba memecahkannya pasti memerlukan tenaga lebih kuat dan melambatkan serta meyukarkan kerja jahat mereka.
Terima kasih kepada abang_jambang yang berkongsi tip cukup berguna ini. Semoga perkongsian beliau mampu memberikan manfaat yang terbaik kepada anda.
Kredit: @brotherjambang