Siapa yang tak stres kalau makanan yang diletakkan di atas meja dihurung semut. Sudahnya terbantut selera nak makan. Bukan hanya makanan, dalam bekas air pun dimasuki semut.

Kalau sudah banyak cara anda lakukan tapi masih belum berhasil, apa kata cuba cara yang dikongsikan Faizal Ismail menerusi entri Facebooknya menggunakan stoking lama.

Semoga perkongsiannya ini berkesan untuk masalah anda.

Tip elak semut naik atas meja

Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.

Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).

Ads

1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.

Tip Elak Semut Naik Atas Meja Makan Guna Stoking Lama!  2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.

Tip Elak Semut Naik Atas Meja Makan Guna Stoking Lama!

Ads

3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah.

Tip Elak Semut Naik Atas Meja Makan Guna Stoking Lama!

Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.

Ads

Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu.

Selamat mencuba. “Happy Wife, Happy Life”

Dah settle satu masalah, sekarang aku dah boleh fokus kerja.

Faizal Ismail
Patent and trademark agent

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI