Jodoh itu merupakan salah satu daripada ketentuan Tuhan. Bagi lelaki, anda harus bijak dan matang untuk memilih seorang wanita untuk dijadikan seorang isteri.
Ya, tak semua orang ada keupayaan atau kelebihan untuk mencari jodoh. Disebabkan itulah masih ramai lagi lelaki berusia 30 hingga 40 tahun yang belum berkahwin. Dan setiap seorang daripada mereka sebenarnya bukannya tak mapu dan tak mahu kahwin. Tapi mungkin masih menunggu orang yang dirasakan mereka betul-betul sesuai.
Kepada anda yang berazam untuk mendirikan rumah tangga namun jodoh masih belum tiba pastinya misi kahwin adalah sesuatu yang diangga cukup sukar.
Apatah lagi buat seseorang yang sudah lama membujang dan hidup selesa seorang diri. Berkahwin menuntut anda untuk berkongsi hidup dengan seseorang hingga ke akhir nyawa. Pertama sekali buanglah jauh-jauh persepsi mencari isteri hanya untuk membantu menyenangkan hidup.
BACA: Single Terlalu Lama? Ini 15 Tanda Jodoh Anda Dah Semakin Dekat Sangat Dah Tu!
Isteri adalah anugerah dan melengkapi hidup anda menjadi lebih baik. Seorang pengguna Facebok bernama Amir Syahir pernah berkongsi tip yang cukup menarik buat anda yng ingin mencari jodoh. Menerusi perkongsian bertajuk ‘Misi Kahwin 2019’ itu, beliau berkongsi kaedah mencari jodoh yang cukup selari dengan ajaran agama.
Jom ikuti perkongsian beliayu di bawah;
Misi Kahwin 2019
Ada yang berazam untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan? Tetapi jodoh yang dinanti masih belum kunjung tiba? Kau boleh baca ni sebagai panduan dalam proses mencari pasangan.
Kita takkan tahu mana satu pilihan yang terbaik. Yang kita tahu ialah, kita yakin dengan pilihan kita. Allah lebih mengetahui. Allah akan bagi kau seseorang yang kau perlu dan bukannya yang kau mahu.
1. Proses Taaruf
Proses taaruf merupakan salah satu cara untuk kau tahu adakah dia pilihan yang terbaik.
Dalam proses berkenalan, kau akan mula nampak kelemahan dan kelebihan masing-masing. Antara calon yang terbaik ialah apabila dia sudi menerima kau seadanya. Kau pun mestilah membuat perkara yang sama kepada dia.
Kau janganlah nak taaruf dalam bilik berdua-duaan pula. Taaruf tengah malam dekat taman bunga. Tu lain jadinya.
2. Agama
Dalam Islam, proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Pilihlah yang beragama maka kau akan selamat dunia akhirat. Tak semestinya dia ustaz ataupun ustazah. Cukuplah dia tak tinggal solat, tak ambil kesempatan ke atas kau, tahu hukum agama dan tahu batas pergaulan.
3. Cari Keserasian
Kau cari lah keserasian dengan dia. Serasi boleh dikatakan kau senang dengan dia. Kau nak buat apa pun tak dikongkong oleh dia selagi tidak melanggar hukum agama.
Tak semestinya kau suka pergi hiking, tetapi dia tak suka, maksudnya tak serasi. Yang penting dia sentiasa sokong hobi kau. Persamaan itu saling mendekatkan dan perbezaan itu pula saling melengkapi.
4. Selidik Latar Belakang
Antaranya kau boleh tanya tentang latar belakang keluarganya, pendidikannya, ciri-ciri pasangan yang dicarinya. Kau tanya apa yang dia suka dan tak suka.
5. Perancangan Masa Depan
Kau boleh tanya apa matlamat masa depannya dalam keluarga nanti, juga perancangan kerjaya. Kau juga boleh tanya impian yang hendak dikecapi dalam hidup.
6. Bertimbang Rasa
Si dia ada sifat bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Bukannya asyik dia saja nak menang. Nak suruh kau dengar cakap dia saja.
7. Jadi Diri Sendiri
Kau jadi diri kau sendiri lah. Tak perlu kau pinjam baju berjenama kawan kau, pinjam kereta Audi kawan kau untuk pikat si dia. Elakkan berlakon, bersandiwara, sembunyikan perkara yang dia patut tahu, sebab nanti akan diketahui juga.
Apabila dah selesai melalui proses semua tu, jangan lupa beristikharah dan berdoa memohon petunjuk daripada Ilahi. Adakah dia jodoh yang terbaik.
*****************************
Dalam rumah tangga nanti, mesti akan ada salah faham. Jadi, kau kena pandai atasi masalah tu. Bawa la berbincang. Bukannya berdiam tanpa mencari jalan penyelesaian.
Yang penting, jangan terlalu harapkan dia, jangan letak harapan yang tinggi masa proses berkenalan supaya tak timbul kekecewaan jika si dia bukan jodoh kau nanti. Niatkan hati, ini ialah proses mencari isteri/suami, bukannya mencari malaikat. Nak cari yang paling sempurna susah la. Jangan membawa harapan yang terlalu tinggi.
Kau kalau nak ajak si dia berkenalan kau kata je “Awak, nak ke kita berkawan dulu. Kenal hati budi masing-masing. Tapi, kalau masa tu awak dah ada orang lain, saya akan mengundurkan diri.” Simple.
Semoga Allah permudahkan urusan jodoh dan proses mencari pasangan korang nanti. Amin. Banyakkan berdoa dan solat hajat ye.
Pada yang dah berkahwin tu, tak payah nak buat misi kahwin 2019 pulak.
Silakan SHARE l TAG member kau yang single dan masih mencari jodoh tu
Buat anda yang masih dalam misi mencari isteri semoga perkongsian daripada saudara Amir Syah ini boleh memberikan manfaat.
Jika pasang niat yang betul dan anda juga betul-betul sedia tiada sebab mengapa anda tak mampu menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
Selamat mencari jodoh!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI