Memiliki komputer riba atau lebih mesra dengan panggilan laptop dan juga telefon pintar merupakan satu keperluan harian yang banyak membantu kita dalam melaksanakan tugasan harian.
Wujudnya dua peranti ini telah banyak membantu bukan sahaja golongan profesional tetapi juga pelajar yang ingin menyiapkan assignment mereka. Kepelbagian fungsi peranti ini juga sudah menjadi satu keperluan wajib dalam kehidupan kita.
Pastinya setiap orang mempunyai spesifikasi untuk laptop atau telefon pintar tertentu mengikut keperluan atau kegunaan. Jika anda seorang pereka grafik digital pastinya komputer riba dilengkapi dengan perisian dan perkasan berperestasi tinggi menjadi idaman.
BACA: Laptop @ Telefon Pintar Terkena Air? Ini Cara Untuk Hidupkan Semula!
Oleh itu seiring dengan perkembangan karier anda mungkin ingin tukar peranti dan cara terbaik dan paling jimat ialah menjual yang sedia ada dan menggunakan wang itu sebagai tambahan untuk membeli yang baru.
Namun ramai juga orang yang mengambil ringan akan kondisi laptop mereka sebelum dijual atau diserahkan kepada orang lain terutamanya segala data dan maklumat peribadi yang terkandung di dalamnya.
Seorang pengguna Facebook, Abu Hurairah Asifa telah membuat perkongsian menarik dan berkongsikan tip sangat berguna buat anda yang ingin mrnjual laptop peribadi.
Ikuti perkongsian beliau di bawah;
Ini adalah laptop yang di jual dan di trade in oleh pelanggan.
Pelanggannya adalah seorang perempuan.
Apa salahnya?
Apa yang membuatkan saya post gambar ni?
Satu je.
Segala data dan maklumat ada dalam laptopnya. Di dedahkan begitu saja.
Gambar, video, aksi, assignment, dan segalanya ada. Laptop ni kalau dapat pada seller lain, saya boleh jamin mereka boleh buat duit dengan data-data ni.
Gambar boleh di jual. Kalau ada gambar tanpa pakai baju atau video mesra, lagi lah tinggi harganya.
Peringatan dan tolonglah orang perempuan.
Apa yang anda perlu buat sebelum trade in atau jual laptop anda?
CUT & PASTE
1. Cut and paste semua data yang ada. Samada di partion C atau D. Atau di dalam mana-mana saja folder yang anda simpan dalam laptop.
FORMAT
2. Format semula laptop anda. Kalau boleh buat sendiri lagi baik. Jika tak, whatsapp saja saya dan 20 minit siap! Laptop anda akan jadi kosong dan macam baru dibeli dulu-dulu. Maka, akan selamat.
JANGAN SIMPAN HDD
3. Jangan simpan gambar atau video peribadi dalam hdd laptop. Simpan dalam external hdd. Sebab kalau dalam laptop, anda susah nak transfer balik bila nak jual nanti.
TUKAR HARDDISK LAIN
4. Kalau susah nak buat semua di atas, masa nak jual atau trade in, ambil harddisk yang ada dalam laptop tu. Harddisk laptop boleh di jadikan external harddisk atau boleh di pindah ke laptop baru yang lain.
Oh ya. Laptop ni saya beli sebab ada dealer baru dapat. Saya risau dia ambil data-data ni.
Banyak betul gambar si pemiliknya yang cantik manis.
Jadi, saya dah format, delete, padam dan saya jamin data cik tiada seorang pun yang dapat.
Sekali lagi orang perempuan, kalian adalah mahkluk yang mudah ditipu.
Jagalah diri.
Jadi kepada anda yang ingin menjual laptop atau telefon pintar peribadi kepada pihak lain, buanglah dahulu segala data peribadi anda di dalamnya.
Semoga perkongsian dari saudara
Perkongsian asal:
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI