Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Bantu Padamkan Kebakaran Kereta & Betapa Pentingnya Untuk Standby Alat Pemadam Api!

Share

Malang tidak berbau. Jika ia berlaku sekelip mata sahaja segalanya boleh ranap. Kebakaran kenderaan yang berlaku boleh berpunca dari pelbagai faktor. Dan apabila ia berlaku kebiasaannya api boleh merebak dengan begitu cepat.

Dalam situasi ini mereka yang tidak bersedia pastinya akan panik dan sekali gus tidak melakukan tindakan yang sepatutnya seperti mencurah air. Telah banyak kejadian kenderaan yang terbakar kita saksikan berlaku sama ada di atas jalan raya atau pun di tempat letak kenderaan.

Ia satu perkara yang cukup mengharukan terutamanya kepada pemilik kenderaan tersebut. Bagaimana jika anda berdepan dengan situasi kereta yang sedang anda pandu terbakar dengan secara tiba-tiba?

Foto: firefighter.com.my

Di sinilah betapa pentingnya alat pemadam api kebakaran terutamannya yang bersaiz 1kg disimpan di dalam kereta sebagai langkah keselamatan dan kecemasan!

MASKULIN tertarik dengan perkongsian berserta video mencemaskan dari saudara Nazri Ahmad

yang berdepan sendiri pengalaman membantu seorang pemilik kereta yang terbakar.

Menerusi hantarannya di Facebook, beliau berkongsi pengalaman yang mencemaskan berlaku di Shah Alam.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

——————————————————————

Semalam ke Plaza Shah Alam dengan anak-anak, ada urusan sikit di situ.
Once keluar je dari situ, ternampak ada asap tebal kat kawasan parking kereta tepi jalan bertentang dengan Plaza tu. Ada sebuah Peugeot terbakar rupanya. Ternampak sorang chinese guy brader Lalamove tengah kelam kabut ke sana sini kat kereta tu dengan sebotol air mineral kecil di tangan cuba nak padamkan api yang dah mula besar.

Saya berhenti kereta tepi jalan dan keluar terus capai pemadam api yang sentiasa standby dalam kereta sebelum ni. Alhamdulillahh berjaya juga padamkan api besar tu walau dengan fire extinguisher 1KG. Dan ada sorang lagi brader turut membantu padamkan api dengan jaket yang dia pakai. Steady brother!

Tu pun masih ada bahagian fiber di bonet yang masih terbakar, spontan rentap pakai tangan ja untuk elakkan dari terus terbakar di kereta.

TIGA PERKARA PENTING!

Saya belajar 3 benda dalam insiden ni semalam :

1. Sentiasa simpan standby 1 atau 2 unit pemadam api di dalam kereta. Kebakaran besar kereta dapat dielakkan dari awal semasa api masih kecil. Dah banyak kereta terbakar saya saksikan sendiri sebelum ni yang betul total loss. Dalam keadaan semalam, mungkin lebih baik selepas ini simpan pemadam api 2kg. Saiz tak banyak beza dengan yang 1kg.

2. Sentiasa latih diri untuk cepat bertindak hulurkan bantuan ke mereka yang perlukan bantuan. Sewaktu kejadian semalam, sekeliling tu ramai ja orang. Banyak kedai. Banyak sumber air. Banyak orang berhenti dan jadi penonton. Tiada yang hulurkan bantuan. Kesian kat brader tu minta tolong. “Tolong saya, tolong saya!”

3. Jangan sembang kemas kalau tak mampu membantu. Haha ni ramai.

BYSTANDER EFFECT

Once dah setel padamkan api. Ada lah sorang abang ni. Datang dok komen itu ini. Persoal itu ini. Sedangkan waktu kejadian dia berdiri ja jadi penonton.
Ini yang kita panggil Bystander Effect. The term bystander effect refers to the phenomenon in which the greater the number of people present, the less likely people are to help a person in distress.

When an emergency situation occurs, observers are more likely to take action if there are few or no other witnesses.

Lagi ramai orang jadi penonton, makin kurang yang akan membantu. Ini yang banyak terjadi. To brother Benny, hope everything will work out well for you and your car.
Ni sebenarnya awareness post. Sangat recommend untuk beli.

Alat pemadam api 1kg

Saya tak jual. Tapi kalau nak beli jugak, boleh terus dapatkan di sini. Murah ja. Semalam tengok di Shell harga sebalang RM100 untuk 1kg dan RM130 untuk 2kg. Di link ni harga tak sampai RM40 pun untuk 2kg.

https://shp.ee/jysutjt

* abaikan pengulas berita tidak bertauliah dalam kereta tu
Harap Lalamove dapat bantu brader tu.

———————————————

Syabas MASKULIN ucapkan kepada saudara Nazri Ahmad yang begitu pantas, peka serta prihatin kerana membantu pemilik kenderaan tersebut yang berdepan situasi mencemaskan. Semoga perkongsian daripada beliau mampu memberikan sedikit sebanyak kesedaran tentang betapa pentingnya mempunyai alat pemadam api di dalam kereta atau kenderaan.

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk pelbagai update terkini gaya hidup lelaki.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim