Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Bersihkan Peta Dunia Pada Seat Kereta Guna Bahan Bajet!

Share

Tentu mahal jika anda nak bersihkan seat kereta yang kotor di kedai. Sebaiknya simpan sahaja duit anda itu kerana ada cara yang lebih mudah untuk bersihkan seat kereta. Malah anda hanya guna bahan bajet untuk bersihkan seat kereta seperti baru.

Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.

Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.

Jom ikuti perkongsiannya.

BACA: Wanita Tunjuk Cara Mudah Buat Perangkap Lipas Dalam Kereta, Hanya Guna 3 Bahan Je!

Bahan yang digunakan:

– 2 sudu cuka
– 1 sudu baking soda
– Secawan air suam

BACA: Kos Kurang RM15, Lelaki Ini Ajar Tip Nak Hilangkan Kesan Calar Pada Kereta!

Caranya:

1. Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
2. Kacau dan masukkan dalam botol spray.
3. Spray rata pada seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
4. Gunakan berus lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor.
5. Lapkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan air.
6. Ulangi langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih.
7. Keringkan dengan vacuum atau guna tuala microfiber hingga kering.

BACA: Tip Mudah Wangikan Bau Kereta Guna 4 Bahan Murah. Confirm Seperti Baru!

Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.

Selamat mencuba!

Published by
Team Maskulin